Aktiviti, kerja-kerja dan lawatan

Berita Terkini

Majlis Apresiasi Hari Koperasi Negara 2022 Negeri Terengganu

Majlis Apresiasi Hari Koperasi Negara 2022 Negeri Terengganu

Majlis Apresiasi Hari Koperasi Negara 2022 Negeri Terengganu telah di adakan Elysium Skybridge Drawbridge, Kuala Terengganu. Majlis disempurnakan oleh YBhg. Dato Haji Zazali bin Haron, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Turut hadir sama Tuan Haji Awg Ruslli bin Haji Mohammad, Pengarah SKM Negeri Terengganu, Datuk Baharom bin Embi Pengerusi Coopbank Pertama.
 
Pada Majlis Apresiasi HKN ini, disampaikan sijil penghargaan kepada rakan strategik agensi Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Bank Rakyat, Coopbank Pertama dan ANGKASA Negeri Terengganu. Sijil penghargaan juga telah diberikan kepada rakan strategik koperasi yang telah menjayakan HKN 2022 Negeri Terengganu.
 
Majlis turut diserikan dengan pelancaran 30 Koperasi Terbaik Peringkat Negeri Terengganu dan penyampaian mock check bantuan SKM dan Pinjaman TMPSKM kepada koperasi Negeri Terengganu.