TERENGGANU, 15 Mac 2026 – Syukur Alhamdulillah, Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad (KWPTB) terus mempamerkan momentum pengeluaran hasil ladang yang cemerlang bagi bulan ini.
Untuk makluman seluruh anggota, pencapaian kutipan buah kelapa sawit kita setakat 15 Mac 2026 telah mencatatkan angka 338 Tan Metrik (MT). Pencapaian ini adalah sangat memberangsangkan kerana ia telah melepasi sasaran (bajet) yang ditetapkan untuk tempoh ini, iaitu sebanyak 317 MT.
Walau bagaimanapun, pihak pengurusan dan pekerja ladang tidak akan berpuas hati setakat ini sahaja. Kita masih memerlukan lebih kurang 100 MT lagi untuk mengatasi rekod pencapaian bagi tempoh yang sama pada tahun 2025, iaitu sebanyak 416 MT.
Pihak Lembaga Koperasi (ALK) sentiasa menggalakkan agar kutipan dapat dimaksimumkan dan dilebihkan lagi pada waktu hasil sedang lebat ini. Langkah proaktif ini sangat penting sebagai persediaan penampan (buffer) untuk bulan-bulan mendatang, memandangkan keadaan cuaca dan kitaran hasil ladang yang kadangkala tidak menentu.
Dengan usaha gigih, komitmen berterusan daripada para pekerja ladang, serta pemantauan rapi oleh ALK, kita amat optimis bahawa sasaran besar tahun ini iaitu 8,300 MT mampu dicapai dengan jayanya.
Marilah kita semua, sebagai keluarga besar KWPTB, terus menitipkan doa ke hadrat Ilahi. Semoga Allah SWT sentiasa mempermudahkan segala urusan perladangan kita, melimpahkan rezeki yang berkat, serta mengurniakan kesihatan dan kekuatan kepada semua pekerja yang memerah keringat di ladang.
Insya-Allah, berkat doa dan usaha bersama, kita akan capai kejayaan yang disasarkan.