Hartanah & Pembinaan
Image 2025 02 20 112109346

Pengenalan

Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad (KWPTB) telah berkecimpung di dalam bidang perladangan sawit bermula pada tahun 1978. Pengalaman hampir 40 tahun menjadikan KWPTB dinobatkan sebagai koperasi perladangan terbaik peringkat negeri Terengganu oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Business Photo Of Arab Mixed Race East Asian Adult City Suit.
Kowapol Bina Sektor Hartanah Industri

Bagi menyeru saranan daripada SKM di dalam Strategi teras ketiga yang digariskan di dalam Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011 – 2020 iaitu mewujudkan dan Meningkatkan Keupayaan Modal Insan Koperasi. Salah satu bidang yang diberi tumpuan adalah Sektor Hartanah dan Industri Pembinaan yang dijangka dapat memberikan sumbangan signifikan terhadap nilai pemilikan aset dan perolehan koperasi. Dengan ini tertubuhnya KOWAPOL BINA bagi menyeru saranan tersebut.

Dengan pertumbuhan yang pesat dan strategi pemasaran yang berkesan melalui SWOT Analysis. KOWAPOL BINA yakin penglibatan di dalam sektor ini dapat memberi keuntungan tambahan bagi memberi pulangan dividen yang tinggi kepada anggota.

Selain daripada itu, penglibatan di dalam sektor ini dapat membantu anggota di dalam pemilikan rumah sebagai contoh di bawah skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang disediakan oleh myAngkasaBina dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dikelolakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mampu memberi peluang kepada anggota untuk mengambil bahagian dalam perlaksanaan projek Bina Rumah Atas Tanah Sendiri.

KOWAPOL BINA berkeyakinan melalui Jawatankuasa Pembangunan Hartanah dan Pembinaan ini dapat memberi keuntungan tambahan serta memberi nilai tambah kepada pulangan dividen dan kebajikan kepada anggota

Senarai Rumah Sedang Dibina

Pakej Rumah Premium
Kampung Nyior Mukim Kuala Paka Daerah Dungun - Sedang di bina
Pakej Rumah Jimat
RTB Telaga Mas / Beril Mukim Kuala Paka Daerah Dungun - Sedang di bina

Senarai Pakej Rumah

Pakej Rumah Eksklusif
Pakej Harga < 300k Ke atas
Pakej Rumah Premium
Pakej Harga < 250k Ke atas
Pakej Rumah Jimat
Pakej Harga< 200k Ke atas
Pakej Rumah Mampu Milik
Pakej Harga < 150k ke bawah

Rakan Usahasama Pemajuan Hartanah

Anda ada tanah nak Jual atau nak kami beli atau jadi rakan usahasama pemajuan hartanah
JUAL TANAH

Sekiranya anda mempunyai tanah bersaiz minimum satu (1) ekar dan ingin menjualnya segera, pihak kami sedia menimbangkan untuk membeli tanah anda. KOWAPOL BINA akan membuat penilaian dahulu terhadap tanah tersebut sebelum pembelian dan sekiranya harga jualan yang ditawarkan oleh Pemilik Tanah bersesuaian, kami akan membeli tanah tersebut.

Pembelian tanah akan dibuat secara tunai dengan bayaran secara penuh atau bayaran secara ansuran dalam tempoh masa maksimum enam (6) bulan untuk kes-kes tertentu. Kelebihan proses jualan tanah ini adalah pemilik tanah akan mendapat bayaran tunai paling pantas berbanding kaedah usahasama yang lain.

PECAH LOT TANAH

Untuk JV pecahlot tanah, Pemilik Tanah perlu mempunyai tanah bersaiz minimum satu (1) ekar. KOWAPOL BINA akan membiayai semua kos yang terlibat untuk pecah lot kepada lot-lot banglo termasuk kos guaman, jurkur dan kos pejabat tanah.

Pada akhir proses, pemilik tanah akan menerima geran-geran individu untuk tanah lot yang telah siap dipecahkan dengan nilai tanah yang lebih tinggi. Sebagai balasan, Pemilik Tanah perlu menyerahkan sebahagian daripada lot tanah banglo yang telah siap dipecahlot tanpa perlu mengeluarkan bayaran daripada awal hingga akhir proses.

Pemilik tanah bebas untuk menjual menyimpan atau menjual tanah lot milik tuan tanah setelah menerima geran individu. KOWAPOL BINA pula tidak terikat untuk membangunkan tanah-tanah lot tersebut atau menjual bagi pihak tuan tanah kecuali terdapat perjanjian khusus berkenaan perkara tersebut.

JV PEMBANGUNAN TANAH

Untuk jenis JV ini, Pemilik Tanah menyerahkan kepada pihak KOWAPOL BINA untuk membangunkan perumahan di atas tanah bersaiz minimum satu (1) ekar dengan pulangan berbentuk bangunan (rumah) dan/atau bayaran tunai kepada pemilik.

Lokasi dan kesesuaian tanah akan dinilai terlebih dahulu oleh pihak KOWAPOL BINA sebelum keputusan pembangunan perumahan diberikan. Kesesuaian tanah akan dinilai atas beberapa faktor seperti jenis tanah, kerja tanah (earthwork) yang terlibat, jenis bangunan yang sesuai, potensi jualan projek perumahan di kawasan tersebut, fasiliti dan lain-lain.

JV pembangunan adalah termasuk rumah teres, semi-d, banglo dan/atau rumah kedai. Bergantung kepada saiz pembangunan, pembangunan boleh dilakukan secara berfasa bergantung kepada perjanjian di antara pemilik tanah dan KOWAPOL BINA.

Tempoh masa proses pembangunan perumahan daripada peringkat pecahlot sehingga pembinaan siap mengambil masa antara tiga (3) tahun ke empat (4) tahun.