Aktiviti, kerja-kerja dan lawatan

Berita Terkini

KWPTB Cemerlang Kutipan Hasil Sawit Melepasi Sasaran 7947 MT Pengerusi Turun Padang Raikan Pekerja

KWPTB Cemerlang: Kutipan Hasil Sawit Melepasi Sasaran 7,947 MT, Pengerusi Turun Padang Raikan Pekerja

TERENGGANU, 1 Januari 2026 – Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad (KWPTB) melakar senyuman lebar pada awal tahun ini apabila hasil kutipan kelapa sawit ladang milik koperasi mencatatkan prestasi yang membanggakan.

Bagi menzahirkan rasa syukur dan penghargaan, Tuan Pengerusi bersama wakil Anggota Lembaga Koperasi (ALK), En. Raziman, telah mengadakan lawatan turun padang ke ladang koperasi pada hari pertama tahun baru ini.

Lawatan tersebut bertujuan untuk menyantuni serta meraikan para pekerja ladang yang telah bertungkus-lumus memastikan operasi perladangan berjalan lancar. Hasil komitmen yang tinggi daripada semua pihak, kutipan hasil sawit bagi tahun kewangan lalu telah berjaya mencecah angka 7,947 tan metrik (mt). Jumlah ini merupakan satu pencapaian cemerlang kerana ia telah melepasi sasaran (target) yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.

Kejayaan melepasi sasaran ini membuktikan bahawa pengurusan ladang KWPTB berada pada landasan yang tepat dan produktif.

Dalam pertemuan tersebut, Tuan Pengerusi melahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas rezeki yang dikurniakan. Beliau turut meniupkan semangat agar momentum kejayaan ini dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi bagi tahun 2026.

Pihak Koperasi menyeru seluruh anggota untuk sama-sama mendoakan agar hasil ladang kita akan terus bertambah dan barakah pada masa akan datang. Semoga segala usaha yang dilakukan demi memajukan ekonomi anggota KWPTB sentiasa diberkati Allah SWT.

Alhamdulillah dan tahniah kepada semua yang terlibat.