Assalamualaikum dan salam Sejahtera kepada semua anggota KWPTB, untuk makluman mengenai perkembangan koperasi terkini dari Mesyuarat ALK yang ke 540 pada 22 November 2023 yang lepas dipejabat ladang koperasi.
Mengenai Biro Kebajikan ingin melapurkan yang segala tuntutan yang dibolehkan diberhentikan buat masa ini termasuk bayaran RM200 setiap bulan hasil keuntungan yang diberi olih pihak Sandemas.
Walau bagaimana pun bayaran untuk KHAIRAT KEMATIAN diteruskan. Pihak koperasi menghadapi kekangan kewangan yang agak serious dimana terpaksa membayar cukai taksiran tahun 2022 kepada LHDN berjumlah RM 600,000.00 Dan bayaran ini perlu dijelaskan bagi mengelakkan daripada pihak koperasi dikenakan denda nanti.
Bayaran sebanyak RM99,025.00 telah dibayar mulai Oktober 2023 hingga Mac 2024. Untuk makluman pihak Koperasi mengalami kerugian setiap bulan disebabkan harga pasaran koperasi merudum dari awal tahun ini. Alhamdulillah 3 bulan terakhir ini, perstasi pengeluaran buah sawit telah bertambah baik Cuma harga pasaran buah sawit masih rendah.
INSYA-ALLAAH MENGENAI BAYARAN BANTUAN PERSEKOLAHAN RM500 AKAN DIPUTUSKAN PADA MESYUARAT TAHUN HADAPAN (8 JANUARI 2024). DOAKAN YANG TERBAIK
Pihak Koperasi juga menghadapi permasalahan perlombongan dan Insya-Allaah dalam usaha untuk menyelesaikan dengan cara yang terbaik.
Segala tuntutan ini akan dibolehkan semula sebaik saja kewangan koperasi mengizinkannya. Saya berharap agar anggota faham dan Alhamdulillah Kerajaan Madani telah menyediakan bantuan-bantuan bagi B40 dan warga emas untuk menikmatinya. Gunakan kesempatan ini yang disediakan dari segi kesihatan dan sebagainya.
Saya dengan rendah diri memohon agar anggota semua untuk mendoakan agar koperasi kita kembali pulih dan cermelang Insya-Allaah. Ini semua adalah ketentuan dari Allah yang perlu kita terima dan perlu berusaha lebih untuk memulihkannya. Sesungguhnya manusialah yang menzalimi dirinya sendiri. Dan kita pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku ini.
Akhir kata bersenpena sambutan tahun baru 2024, saya bagi pihak Pengerusi KWPTB ingin merakamkan ucapan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2024 semoga dengan datangnya tahun baru ini maka hasil kelapa sawit koperasi akan bertambah baik dan segala permasalahan yang koperasi hadapi selesai hendaknya. Insya-Allaah