Aktiviti, kerja-kerja dan lawatan

Berita Terkini

Featured Pengumuman Majlis Mesyuarat Agung Kwptb 44

Mesyuarat Agung Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad kali ke 44 Tahun 2024

Mesyuarat Agung kali ke 44 Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad akan diadakan pada:

22 Jun 2024 (Sabtu) – 3:00 petang

  • Pendaftaran dan check in Anggota KWPTB

23 Jun 2024 (Ahad) – 8:00 pagi

  • Ketibaan Pengarah SKM, Terengganu.
  • Ucapan alu aluan pengacara majlis

    Bacaan doa

  • Ucapan Pengerusi KWPTB

  • Ucapan Pengarah SKM Terengganu dan merasmikan Mesyuarat Agung KWPTB kali ke 44 tahun 2024.

  • Penyampaian cenderahati kepada Pengarah SKM Terengganu.

  • Mesyuarat Agung di mulakan

23 Jun 2024 (Ahad) – 12:00 tengahari

  • Mesyuarat Agung di tangguhkan   

  • Bersurai

Agenda Mesyuarat

  1. Pemilihan Pengerusi Mesyuarat Agung kali ke 44.
  2. Melantik satu jawatankuasa yang terdiri daripada 6 orang Anggota dan 4 orang ALK untuk menentusahkan deraf minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 44 tahun 2024.
  3. Mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan kali Ke 43 tahun 2023.
  4. Membentangkan laporan laporan Anggota Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman
  5. Menimbang dan meluluskan akaun akaun teraudit koperasi berakhir 31 Disember 2023 bersama dengan laporan JuruAudit
  6. Memilih Anggota Lembaga Koperasi
  7. Menimbang dan meluluskan anggaran belanjawan tahunan Koperasi bagi tahun berikutnya dan meluluskan elaun kepada Anggota Lembaga.
  8. Menentukan had maksimum keterhutangan (pinjaman luar) sebanyak 17 juta
  9. Menimbang dan meluluskan ruang lingkup had pelaburan wang lebihan Koperasi mengikut seksyen 54 Akta;
  10. Meluluskan perlantikan satu panel yang terdiri daripada tidak kurang daripada dua (2) Firma Audit untuk mengaudit akaun akaun koperasi
  11. Menimbang dan meluluskan apa apa cadangan pindaan kepada Undang Undang Kecil Koperasi.
  12. Membincangkan usul usul atau apa apa cadangan jika ada
  13. Menimbang dan meluluskan apa apa laporan yang dikehendaki supaya dikemukakan mengikut peraturan, jika ada.