Jaringan Informasi, Inovasi Tanpa Henti
JAWATANKUASA MULTIMEDIA
Multimedia
Mengukuhkan komunikasi korporat dan profil digital koperasi, memastikan penyebaran maklumat yang pantas, tepat, dan interaktif kepada semua anggota selaras dengan era pendigitalan.
A) Ahli Jawatankuasa
| i) | NAGIB BIN ISMAIL ~ PENGERUSI |
| ii) | MOHD FARID BIN MOHD FAUZI |
| iii) | MOHAMMAD DANIAL BIN YUSOFF |
Biro Multimedia ditubuhkan bagi memastikan Koperasi sentiasa peka dan seiring dengan perkembangan semasa dalam arus pendigitalan negara, selaras dengan inisiatif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
B) Transformasi Digital Koperasi KWPTB
Tujuan Penubuhan Biro
Biro Multimedia ditubuhkan bertujuan untuk memastikan Koperasi sentiasa peka dan seiring dengan perkembangan semasa dalam arus pendigitalan negara. Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) selaku badan pengawal selia telah menggerakkan inisiatif agar semua koperasi bersama-sama beralih ke arah transformasi digital.
Inisiatif Pendigitalan Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad
Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad tidak ketinggalan dalam menyahut seruan ini. Beberapa langkah progresif telah dan sedang diambil, antaranya:
- Pembangunan Aplikasi Koperasi: Membangunkan aplikasi khusus bagi memudahkan anggota membuat tuntutan (seperti tuntutan perubatan dan kebajikan) serta urusan lain secara dalam talian.
- Pengenalan E-Book Mesyuarat Agung: Bermula Mesyuarat Agung kali ini, buku laporan fizikal tidak lagi dicetak. Sebaliknya, ia digantikan sepenuhnya dengan format e-book demi kecekapan dan kelestarian persekitaran.
- Kemas Kini Laman Sesawang: Laman web rasmi Koperasi akan sentiasa dikemas kini (setiap 3 bulan) dari semasa ke semasa sebagai pusat rujukan utama anggota bagi menyampaikan perkembangan terkini KWPTB mengikut biro-biro sedia ada.
https://anggota.kwptb.com/wp-admin
Pastikan Tuan/Puan telah diberikan username dan password.
Taklimat Semasa Mesyuarat Agung: Langkah proaktif diambil dengan memberi penerangan lebih terperinci mengenai cara penggunaan aplikasi, akses e-book, serta perkara penting lain yang perlu diketahui oleh semua anggota.
Taklimat ini akan diberikan secara jelas semasa sesi Mesyuarat Agung oleh Syarikat Wanfrodo Studio.
Disediakan oleh
Haji Nagib bin Ismail
bagi Pihak Jawatankuasa Multimedia
Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad