Assalamualaikum kepada semua anggota Koperasi Warisan Terengganu Bhd. yang saya hurmati bagi yang beragama Islam dan salam sejahtera bagi yang bukan beragama Islam. Bagi pihak Koperasi, diharap semua anggota dapat meneruskan ibadah puasa dan beribadah di bulan yang penuh dengan Barakah. Saya bagi pihak koperasi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 2025.
Saya juga berpesan supaya semua anggota dan juga ahli yang akan beraya di kampung Bersama keluarga yang tersayang supaya berhati-hati semasa memandu dan juga kepada anak cucu juga jangan bermain bunga api atau mercun yang dilarang oleh Kerajaan. Berseronok boleh tapi kena jaga juga keselamatan kita semua.
Disini sya mengambil peluang untuk memberi secara ringkas keadaan perniagaan. Alhamdulillah juga pada bulan Mac ini, kita juga masih telah mendapat keuntungan dan MOHON juga dari semua anggota mendoakan supaya kita terus berjaya dan mendapat keuntungan .
Untuk makluman anggota, buat masakini terdapat syarikat swasta masih sedang menjalankan operasi bagi mengenalpasti masih terdapat logam atau apa jua di situ. Pihak kami akan memaklumkan status perkembangan dari masa ke semasa.
Di samping itu juga, pihak koperasi juga telah menceburi badang hartanah. Buat masa kini, kita sedang untuk menyiapkan 2 buah rumah di Daerah Paka, Dungun sebelum atau pada bulan Jun 2025 nanti. Manakala 2 buah lagi perumahan akan dibina setelah mendapat kelulusan pembiayaan dari bank dan juga Kerajaan. Bagi anggota yang ingin mendirikan rumah dengan Pihak Koperasi sangatlah di alualukan dan REBET Istimewa akan diberikan.
Pada tahun ini, pihak koperasi juga telah bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan di Melaka Bandaraya Besejarah pada bulan Jun 2025 nanti. Surat makluman akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Saya mewakili semua Ahli Lembaga dan juga wargakerja Koperasi mengucapkan selamat beribadat serta SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI 2025 & MAAF ZAHIR DAN BATIN dengan yang tersayang dan jadikan amalan kunjung mengunjungi jiran dan sahabat handai di hari raya serta dirumah terbuka.