KWPTB
Mesyuarat Agung Kali Ke-46 — 2026

Isi Kandungan

Mesyuarat Agung Kali Ke-46 — Tahun 2026

Prakata

Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad adalah milik bersama anggota yang bernaung di bawahnya. Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab semua Anggota Koperasi ini untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan bagi memahami perjalanan dan pencapaian yang Koperasi miliki. Maklumat berkaitan aktiviti ekonomi dan sosial yang telah dikemukakan oleh Koperasi, cabaran yang dihadapi dan pencapaian yang berjaya diperoleh oleh Koperasi sepanjang tahun dirumuskan dan dibentangkan dalam satu buku yang dikenali sebagai Laporan Tahunan Koperasi. Laporan ini bukan sekadar perlu dibaca, tetapi apa yang penting ialah untuk Anggota Koperasi memahami dengan jelas dan menilai maklumat yang ada supaya mereka dapat memainkan peranan dan membuat keputusan yang wajar di dalam Mesyuarat Agung.

Selaras dengan keperluan tersebut, Buku Laporan Tahunan Koperasi ini telah dibuat bagi memudahkan pemahaman dan menjadi panduan khususnya kepada Anggota Koperasi ini untuk mereka menghayati kandungan Laporan Tahunan Koperasi.

Pengerusi,

KOPERASI WARISAN POLIS TERENGGANU BERHAD

Aturcara Program Majlis Mesyuarat Agung

Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad Kali Ke-46 Tahun 2026

HARI 1 20 Jun 2026 (Sabtu)
03.00 Petang Pendaftaran dan check in Anggota KWPTB
08.30 Malam Sesi Taklimat Khas Aplikasi Kebajikan Koperasi

Sesi Taklimat Khas Aplikasi Kebajikan Koperasi

Masa / Tempat 8.30 Malam Bilik Mesyuarat Agung
Penyampai En. Mohd Ridhwan Pegawai Pengendali

Taklimat ini memfokuskan kepada Aturan-Aturan Tuntutan Kebajikan menggunakan aplikasi rasmi koperasi. Segala urusan tuntutan kebajikan telah pun dimulakan sepenuhnya menggunakan aplikasi ini sejak Mac 2026.

Semua anggota amat diharapkan hadir bagi memahami tatacara pengendalian sistem demi mengelakkan sebarang keciciran faedah. Sesi soal jawab dan penyerahan kemusykilan akan dibuka terus semasa sesi ini.

HARI 2 21 Jun 2026 (Ahad)
08.00 Pagi
  • Ketibaan Pengarah SKM, Terengganu.
  • Ucapan aluan pengacara majlis
    • Bacaan doa
    • Ucapan Pengerusi KWPTB
  • Ucapan Pengarah SKM Terengganu dan merasmikan Mesyuarat Agung KWPTB kali ke-46 tahun 2026.
  • Penyampaian cenderahati kepada Pengarah SKM Terengganu.
  • Penghargaan kepada Generasi Pertama.
  • Mesyuarat Agung di mulakan
12.00 Tgh Hari
  • Mesyuarat Agung di tangguhkan
    • Bersurai

Agenda Mesyuarat

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-46 Tahun 2026 — Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad

  1. Pemilihan Pengerusi Mesyuarat Agung kali ke-46
  2. Melantik satu jawatankuasa yang terdiri daripada 6 orang anggota dan 4 orang ALK untuk menentusahkan deraf minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-46 tahun 2026.
  3. Mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan kali Ke-45 tahun 2025
  4. Membentangkan laporan Anggota Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman
  5. Menimbang dan meluluskan akaun teraudit koperasi berakhir 31 Disember 2025 bersama dengan laporan JuruAudit
  6. Memilih Anggota Lembaga Koperasi
  7. Menimbang dan meluluskan anggaran belanjawan tahunan Koperasi bagi tahun berikutnya dan meluluskan elaun Anggota Lembaga Koperasi
  8. Menentukan had maksima keterhutangan (pinjaman luar) sebanyak 17 JUTA
  9. Menimbang dan meluluskan ruang lingkup had pelaburan wang lebihan Koperasi mengikut seksyen 54 Akta;
  10. Meluluskan perlantikan satu panel yang terdiri daripada tidak kurang daripada dua (2) Firma Audit untuk mengaudit akaun-akaun koperasi
  11. Menimbang dan meluluskan apa-apa cadangan pindaan kepada Undang-Undang Kecil Koperasi sekiranya ada.
  12. Membincangkan usul-usul jika ada
  13. Menimbang dan meluluskan apa-apa laporan yang dikehendaki supaya dikemukakan mengikut peraturan, jika ada.

Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-45

Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad

Tarikh22 Jun 2025 (Ahad)
Masa10.00 Pagi hingga 12.50 Tengahari
TempatHotel Sentral Riverview Melaka. No. 177 Jalan Tun Ali, 75350 Melaka.
Kehadiran133/166 anggota
Senarai Kehadiran Anggota
Bil No. Anggota Nama Anggota No. Telefon
1A/004RAZIMAN BIN AB RAHMAN013-48xxxx2
2A/005AMINAH BINTI ALI016-20xxxx6
3A/006HARUN BIN MOHD AMIN09-84xxxx8
4A/007NA'AIM BIN MOHAMAD019-98xxxx2
5A/008SHAMSUREY BIN ALWI013-40xxxx6
6A/009MOHD HAZWAN BIN MOHD HASHIM014-50xxxx7
7A/012NORIZAH BINTI RAZAK013-61xxxx0
8A/014AZIZAH BINTI ADAM013-93xxxx7
9A/016SITI NAFIAH BINTI ALI013-92xxxx1
10A/018MOHD FARID BIN MOHD FAUZI013-97xxxx7
11A/019ZULKIFLEE BIN ABD RAHMAN019-77xxxx8
12A/020ZAITON BINTI OTHMAN019-76xxxx6
13A/024SALUMA BINTI JUSOH019-98xxxx3
14A/028MOHAMAD BIN ABDULLAH019-93xxxx0
15A/036MOHAMMAD DANIAL BIN YUSOFF012-32xxxx4
16A/038LIM CHENG CHENG012-61xxxx2
17A/039CHE AZLIN BINTI HUSIN013-38xxxx8
18A/044AZHAR BIN SULONG014-21xxxx2
19A/045HASNAS BINTI ISMAIL013-96xxxx9
20A/048MAHFUDZAH BINTI HAMID014-81xxxx1
21A/049IDRUS BIN HARUN019-35xxxx5
22A/050MOHAMAD SAUFI @ MOHD SAUFI BIN IMAM DIN019-51xxxx8
23A/051TAN AI LING016-23xxxx3
24A/060ROZITA BINTI ABDULLAH010-86xxxx9
25A/061MUHAMMAD SYAMSUL RIZZAL BIN UMAR013-94xxxx6
26A/062MARSITA BINTI OMAR FAUZEE013-98xxxx7
27A/063MOHD BAKRI BIN HARUN013-73xxxx4
28A/064RUZILAWATI BINTI IBRAHIM017-69xxxx5
29A/067MOHD SUFFI BIN MOHD SOM019-64xxxx3
30A/070TAPSILAH BINTI MOHD NORDIN019-98xxxx6
31A/073MOHD SHOKRI BIN DAUD013-91xxxx0
32A/075AHMAD ZAINAL BIN ENDUT017-98xxxx4
33A/077SAMSUL SHAHAR BIN HJ ARIFFIN019-90xxxx1
34A/081HANITA BINTI SHAHAROM019-98xxxx3
35A/086AZLAN BIN OMAR013-27xxxx9
36A/090HANIDA BINTI HANIFAH013-96xxxx0
37A/094HAMZAH BIN MOHAMAD013-93xxxx7
38A/099WAN MUZITA BINTI WAN MOHAMAD013-92xxxx2
39A/102ROSLE BIN ADAM013-97xxxx3
40A/105KAMAL BIN ABDULLAH012-98xxxx2
41A/106WAN ZAKI BIN WAN ARSHAD019-22xxxx1
42A/108NOPIAH BINTI YAACOB012-65xxxx9
43A/114ZARINA BINTI MOHAMMAD012-95xxxx6
44A/117MOHD FAUZI BIN ISMAIL017-92xxxx8
45A/118MANSOR BIN MOHAMED013-93xxxx8
46A/120ZULKIFLI BIN DARUS019-31xxxx7
47A/130FATMAH @ FATIMAH BINTI ABDULLAH010-55xxxx0
48A/135RAHIMAH BINTI MUHAMAD014-33xxxx2
49A/136ZAINAL ABIDIN BIN MOHD SAID019-38xxxx1
50A/142SALBIAH BINTI SABLI013-94xxxx1
51A/144A'SHAH BINTI CHE MUDA019-93xxxx8
52A/146MUHD SHAHARIN BIN BAHARUDDIN0111-66xxxx7
53A/148SITI SUHAYA BINTI HASSAN013-93xxxx4
54A/149NAINA SURAYA BINTI ARIFFIN011-37xxxxx1
55A/153SHUHAIMI BIN MOHD GADOH013-34xxxx5
56A/157SUHAIMI BIN YAACOB019-98xxxx8
57A/158ALLIAS BIN MOHAMAD010-28xxxx8
58A/161ROHAYATI BINTI MOHD YAZID013-94xxxx5
59A/162CHE NORRIDZA BINTI T.A HAMID014-29xxxx5
60A/166ROSSITA BINTI BESAR019-98xxxx0
61A/167AHMAD HILMEE BIN DAUD012-92xxxx6
62A/168KAMAL BIN MOHAMMAD019-55xxxx0
63A/174WAN A RAHMAN BIN MUSTAFFA017-69xxxx3
64A/179ABD RAUB BIN AHMAD019-95xxxx5
65A/180ROS AZMI BIN MOHD ZAIDI012-37xxxx0
66A/187SUHAIMI BIN NOOR AHMAD017-67xxxx4
67A/192RODIAH BINTI KHALID017-55xxxx4
68A/197YUSLI BIN YUSSOF012-58xxxx2
69A/198AHMAD ZAHAFIZ BIN HEARUDDIN011-70xxxx9
70A/204ENGKU RAFIEAH BINTI ENGKU ISMAIL017-98xxxx6
71A/210SHAHARNIZAN BIN MUSTAFFA017-26xxxx8
72A/211SITI MARDHIAH BT MOHD ZAKI019-92xxxx4
73A/213ABDUL RAHIM BIN HAMZA019-99xxxx4
74A/214MOHD KHAIRUL NIZAM BIN MOHAMED KHALID019-98xxxx0
75A/215MAZLAN BIN MEARAJ013-74xxxx0
76A/216ISHAK BIN AHMAD017-50xxxx9
77A/218AHMAD SHUKRI BIN HASSAN012-95xxxx1
78A/219RAMLEE BIN ABDULLAH019-32xxxx7
79A/221CHE RAHANI BINTI CHE AB. GHANI016-44xxxx5
80A/222WAN PAH BINTI RAMLI013-59xxxx2
81A/223ABU BAKAR BIN YAACOB017-79xxxx0
82A/227MOEY LIAN GUAT012-41xxxx9
83A/228LIM MOEY CHENG012-31xxxx4
84A/229GHAZALI BIN SULAIMAN019-91xxxx9
85A/230MOHD AZIZAN BIN AHMAD012-57xxxx3
86A/231SALINA BINTI SAAID011-10xxxxx8
87A/233TAN CHENG LIAT012-23xxxx8
88A/235CHIANG KOK YEEN013-72xxxx3
89A/236NORDIN BIN HASSAN013-46xxxx0
90A/239OOI IOK HUN019-71xxxx8
91A/240CHEAH MEIN LI03-78xxxxx6
92A/241SOLEHA BINTI OMAR012-71xxxx5
93A/244MOHD ZAMAN BIN SULONG013-77xxxx0
94A/245GANESH A/L RAMASAMY017-77xxxx9
95A/248NOR HAZLITA BINTI LAJIS012-61xxxx2
96A/249ZAINURRASHIDAH BINTI ZAINURI019-21xxxx5
97A/250KAMARUDDIN BIN IBRAHIM017-39xxxx9
98A/251NORHALIZA BINTI ISHAK012-67xxxx2
99A/252SALLEHAN BIN ABD AZIZ019-92xxxx7
100A/253ISHAK BIN MOHD SALLEH019-74xxxx8
101A/255OTHMAN BIN TAIB012-96xxxx4
102A/256SAIFUL FIRDAUS BIN MOHD SHUKOR019-73xxxx1
103A/257MUNISAMY A/L GOVINDASAMY014-96xxxx9
104A/259ROSENAH BINTI MAHMUD013-38xxxx9
105A/260YUSOFF BIN IBRAHIM013-93xxxx2
106A/261HAYATI BINTI SHAFIE013-98xxxx8
107A/264ROHANI BINTI ABDUL RAHMAN016-47xxxx6
108A/265ZAINAL ABIDIN BIN MOHAMED019-98xxxx2
109A/266ARIS FADZALLAH BIN ABU SAMAH017-67xxxx6
110A/267ZAINON BINTI MOHAMAD019-75xxxx3
111A/268KUAN CHUIN SEONG012-30xxxx9
112A/269MOHD HAMIZAN BIN ABD HADI019-66xxxx9
113A/270FAUZIAH BINTI MD YUSOF013-65xxxx3
114A/271NAZIAH BINTI HASSAN013-92xxxx2
115A/275TENGKU MINAH BINTI TENGKU DIN013-96xxxx1
116A/276SITI NUR AISYAH BINTI NAZRI017-44xxxx3
117A/278M. ZAININ BIN HASSAN012-45xxxx0
118A/279NASHARUDDIN BIN WAHAB013-93xxxx7
119A/282NORASHIKIN BINTI ISMAIL019-34xxxx2
120A/283NOR RAHAH BINTI TAIB019-75xxxx1
121A/285NAGIB BIN ISMAIL012-30xxxx2
122A/286SALEHUDDIN BIN JAMIL016-78xxxx9
123A/288ARBAAYAH BINTI BIDIN019-27xxxx7
124A/289ZAILAN BIN SUDIN013-92xxxx8
125A/291SURIAWATI BINTI MOHAMAD012-93xxxx5
126A/292AZRUL BIN ADAM09-61xxxx7
127A/293SAUDAH BINTI MUDA019-94xxxx2
128A/294ROKIAH BINTI IBRAHIM013-96xxxx8
129A/295AHMAD HELMI BIN MOKHTAR019-47xxxx3
130A/296IBRAHIM BIN ALI013-98xxxx5
131A/297WAHI INDRA BIN ALI013-98xxxx0
132A/300SUNARMI BIN HUSAIN013-98xxxx8
133A/301SULAIMAN BIN WARIMAN010-41xxxx4
Pendahuluan

UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI WARISAN POLIS TERENGGANU BERHAD KALI KE 45

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Puan Che Wan Soraya binti Che Wan Ibrahim Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Negeri Terengganu. Diringi Tuan Saffuan Fathi bin Md Shuhaimi. Penolong Pengarah Kanan, Suruhanjaya Koperasi Wilayah Selatan, Negeri Terengganu.

Berkumpul kita mulakan sidang, mencari sepakat sebulat suara. Pemanis kata selamat datang, awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia, Puan Che Wan Soraya binti Che Wan Ibrahim. Timbalan Pengarah, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Terengganu. Yang dikasihi, Tuan Saffuan Fathi bin Md Shuhaimi. Penolong Pengarah Kanan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Negeri Terengganu.

Yang berbahagia, Haji Suhaimi bin Yaacob. Pengerusi Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad. Yang berbahagia, Encik Mohd Farid bin Mohd Fauzi. Timbalan Pengerusi Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad. Yang dikasihi, Semua Anggota Lembaga Koperasi serta Anggota-Anggota Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad.

Bersyukur ke hadrat ilahi, di atas limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama hadir ke majlis perasmian Mesyuarat Agung Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad pada hari ini.

Di kesempatan ini juga majlis mengucapkan setinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Puan Che Wan Soraya binti Che Wan Ibrahim, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Negeri Terengganu kerana sudi meluangkan masa untuk hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad Kali Ke 45 Tahun 2025.

Tangan ditadah melirik rindu, Mencari sisa seribu rahmat. Pada ilahi dimohon restu, Semoga majlis mendapat berkat.

Marilah sama-sama kita membaca Ummul kita al–fatihah bagi memberkati majlis dan juga untuk dihadiahkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan keluarga baginda sahabat baginda, kedua ibu bapa dan rakan kita yang telah meninggal dunia. Al fatihah.

Seterusnya bagi memuliakan majlis dan untuk mendapat kerahmatan serta keberkatan dipersilakan yang berusaha Haji Nagib bin Ismail untuk mempimpin bacaan doa. Dipersilakan. Bacaan doa oleh Tuan Haji Nagib bin Ismail.

Aamiin aamiin ya Rabbal 'alamin. majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang berbahagia Tuan Haji Nagib di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Terpaut hati mengusik jiwa, bunga dipetik menjadi suri. Mulakan majlis dipersila, ucapan aluan jadi penyeri.

Memulakan majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berbahagia Tuan Haji Suhaimi bin Yaacob, Pengerusi Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad untuk menyampaikan ucapan aluan dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan aluan itu tadi.

Indah puitis bukan puisi, merungkai maksud sejuta erti. Silakan puan yang kami kasihi, hulurkan madah kata perasmi. Selasih dara jambangan hati, secangkir kata ucapan dinanti.

Meneruskan agenda utama majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berbahagia Puan Che Wan Soraya binti Che Wan Ibrahim, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Terengganu. Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad kali ke 45 tahun 2025. Dipersilakan yang berbahagia puan.

Terima kasih yang berbahagia puan di atas ucapan dan perasmian yang disampaikan itu tadi.

Ucapan sudah rasmi pun sudah tiba masanya memetik impian Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad berdiri gah. Cenderahati jadi kenangan meneruskan majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Haji Suhaimi bin Yaacob Pengerusi Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad untuk menyampaikan cenderahati kepada yang berbahagia Puan Che Wan Soraya binti Che Wan Ibrahim Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Terengganu dengan hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas penyampaian cenderahati itu tadi sebelum mengakhiri majlis saya mengambil kesempatan ini sekali lagi mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua yang berusaha memastikan majlis ini berjalan lancar penghargaan juga di atas kesediaan yang berbahagia Puan Che Wan Soraya binti Che Wan Ibrahim yang sudi hadir merasmikan majlis ini. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua dan mereka yang memudahkan urusan orang lain. Aamiin ya rabbal alamin berdamailah dengan hati bersangka baik dengan allah terima kasih sekalung budi demi koperasi terjalin ukhwah.

Ulik mayang diulik, ulik dengan si tuan puteri nan elok bawalah balik, nan tak elok tinggallah disini. Watimang watimang landok, daun selasih lah dek nandung, kalau hendok sesama hendok, susah senang sama ditanggung. Andai terlanjur patah bicara, serendah hati maaf dipinta.

Sebelum mengundurkan diri, saya Hajah Azizah binti Adam menyusun sepuluh jari mohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa sepanjang mengacarakan majlis ini.

Sekian, wabillahhitaufik wal hidayah. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Mesyuarat Agung, akan dimulakan setengah jam dari sekarang.

Perutusan Pengerusi

Haji Suhaimi bin Yaacob, Pengerusi Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillahirabbil 'alamin wassalamu 'ala ashrafil anbiya'i wa mursalin, wa 'ala alihi wasahbihi ajma'in. Segala puji-pujian bagi Allah, pemerintah sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, sahabat dan kaum keluarga baginda.

Terima Kasih kepada pengacara majlis, Puan Hajah Azizah binti Adam.

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia Puan Che Wan Soraya binti Che Wan Ibrahim, Timbalan Pengarah SKM Negeri Terengganu. Turut mengiringi beliau adalah Tuan Saffuan Fathi bin Mohd Shuhaimi, Penolong Pengarah Kanan SKM Kemaman.

Yang dikasihi Tuan Mohd Farid bin Mohd Fauzi, Timbalan Pengerusi, Tuan Haji Na'aim bin Mohamad selaku Setiausaha dan Tuan Haji Mohamad bin Abdullah, Bendahari Koperasi serta barisan Anggota Lembaga Koperasi dan seluruh Anggota Koperasi yang saya kasihi.

Terlebih dahulu dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan kehendaknya jua dapat kita sama-sama selamat berkumpul di sini walaupun hanya sekali dalam setahun bagi melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan kali Ke-45.

Tidak lupa juga, marilah kita sama-sama menyedekahkan Al Fatihah kepada anggota kita yang telah meninggal dunia. Semoga roh mereka dicurahi Rahmat dan ditempatkan Bersama orang yang beriman. Al Fatihah……………….Aamin, Aamin. Yarabbal Alamin.

Sebelum saya memberi secara ringkas prestasi koperasi bagi tahun 2024, saya ingin memohon maaf sekiranya perjalanan urusan pendaftaran hotel yang sedikit menyulitkan anggota semua disebabkan kita menginap di 2 hotel. Pihak kami telah cuba sedaya upaya untuk mendapatkan 1 hotel yang dapat menampung bilangan anggota kita tetapi gagal disebabkan dah penuh serta harga yang tinggi. Saya berjanji insyaallah perkara ini tidak akan berlaku lagi untuk masa akan datang.

Dimaklumkan juga pada tahun hadapan pihak Anggota Lembaga Koperasi telah bersetuju untuk mengadakan MAT kali ke 46 di Kota Bharu, Kelantan insyaallah jika kewangan mengizinkan.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Nagib yang telah bertungkus lumus menguruskan penginapan, cenderahati dan juga menyediakan khidmat untuk melihat keindahan kota Melaka. Tidak lupa juga kepada semua ALK dan kakitangan koperasi yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menjayakan MAT kali ini. Mohon semua anggota memberi tepukan kepada mereka tanda ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian izinkan saya mengambil masa sedikit untuk melaporkan secara ringkas prestasi Koperasi kita bagi tahun 2024.

Pada tahun 2024, bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2024, koperasi telah memperolehi keuntungan bersih sebanyak RM 2,192,256.00 berbanding keuntungan sebanyak RM 80,433 pada tahun 2023. Peningkatan sebanyak RM 2.1 Juta. Oleh itu, koperasi bercadang memperuntukkan sebanyak RM 451,649.56 iaitu 20% dividen daripada keuntungan untuk dibahagikan kepada semua anggota.

Pengeluaran sawit bagi tahun 2024 sebanyak 6,759.25 Tan dengan nilai sebanyak RM 5.7 Juta berbanding Tahun 2023 iaitu Pengeluaran sawit sebanyak 5,708.14 Tan dengan nilai RM 4.2 Juta. Peningkatan jualan sebanyak RM 1.5 Juta. Pengeluaran juga meningkat sebanyak 15.5%. Peningkatan ini mendorong lebihan keuntungan kepada koperasi untuk diagihkan kepada semua anggota.

Pada tahun ini, pihak kami akan lebih berusaha dan mempelajari kaedah baru dari ladang yang lebih berjaya supaya hasil makin meningkat di samping penyeliaan yang kerap dilakukan oleh 4 orang ALK yang dilantik khas untuk mengawasi secara lebih dekat dari segi segala aspek termasuk pembajaan yang berkesan ke atas pokok sawit.

Pihak koperasi juga sentiasa mengambil langkah untuk menangani masalah kos yang meningkat.

Keuntungan ini akan dimanfaatkan sepenuhnya kepada anggota dengan mewujudkan dan menambah peruntukan di dalam tabung-tabung kebajikan anggota seperti Tabung Khairat Kematian, Tabung Pendidikan dan Tabung Kebajikan Am. Peruntukan bagi tabung yang dinyatakan tersebut adalah sebanyak RM 500,000.00. Pihak koperasi sedaya supaya memastikan bahawa perbelanjaan ini adalah patuh kepada sistem percukaian Malaysia.

Bagi mewujudkan tabung kepada anggota hal-hal kebajikan anggota tetap dititikberatkan oleh Koperasi. Belanja Kebajikan Am Anggota Koperasi seperti perubatan dan belian cermin mata telah disalurkan kepada anggota sebanyak RM 36,820.10. Diharapkan segala bantuan kebajikan yang diberikan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Di sini saya juga bercadang memperuntukkan sejumlah RM 500,000.00 lagi untuk disalurkan kepada semua anggota bagi tahun 2025/2026 dan diberikan kepada anggota setiap bulan. Jumlah dan mekanisme akan dibuat dan akan dilaksanakan secepat mungkin setelah mendapat persetujuan dari anggota semua dan juga bergantung kepada kedudukan kewangan.

Di atas penilaian ini, ingin dimaklumkan, Koperasi telah tersenarai sebagai 350 Koperasi Terbaik Malaysia iaitu berada di kedudukan 33 bagi peringkat nasional dan di kedudukan ke 5 bagi negeri Terengganu dan merupakan pencapaian yang membanggakan kita semua.

Untuk makluman semua anggota, Jawatankuasa Pembangunan Hartanah dan Pembinaan sedang menyiapkan 2 unit rumah banglo untuk pembeli dan dijangka siap pada akhir bulan Julai 2025. Jangkaan keuntungan bersih bagi pembinaan ini adalah sebanyak RM 20,000.00 sehingga 30,000.00.

Kesempatan ini juga, saya ingin melaporkan perkembangan mengenai perlombongan. Pihak koperasi telah menandatangani satu perjanjian pajakan perlombongan bersama SMA Mineral Sdn. Bhd. bagi pengoperasian kawasan perlombongan dan pembinaan kilang memproses bijih besi. Melalui perjanjian ini, koperasi telah menerima wang pendahuluan sebanyak RM 240,000.00 sebagai sebahagian daripada wang pengurusan sebanyak RM 20,000.00 sebulan. Bayaran-bayaran lain yang akan diterima adalah sebanyak RM 5.00 / tan bagi bijih besi yang dibawa masuk ke tapak untuk diproses dan RM 10.00 / tan bagi bijih besi yang diekstrak di kawasan lombong koperasi. Anggaran keuntungan bersih melalui perlombongan ini dijangkakan sebanyak RM 500,000.00 setahun.

Dalam mendepani cabaran ekonomi dan persaingan sengit di peringkat global, ianya hanya boleh direalisasikan berasaskan pengetahuan sepenuhnya melalui modal manusia yang berilmu, berpengetahuan tinggi, penguasaan teknologi maklumat dan tenaga profesional. Bagi memenuhi keperluan dalam ekonomi baru ini, sumbangan tenaga muda diperlukan untuk pembangunan koperasi. Oleh itu, saya menyarankan penglibatan tenaga muda di dalam pemilihan Anggota Lembaga Koperasi kali ini.

Masa kita telah berlalu, yang tua dihormati, yang muda dikasihi, barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang, meracun diri. Biduk berlalu, kiambang bertaut. Begitulah kita dalam koperasi, orang yang bertelingkah kemudiannya berbaik semula. Namun, semua yang berlaku untuk kebaikan serta kemajuan koperasi kita bersama.

Saya selaku Pengerusi Koperasi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Anggota Lembaga Koperasi serta keseluruhan pengurusan dan pentadbiran koperasi yang sentiasa memberikan komitmen tinggi dan bertungkus lumus di dalam menjayakan Mesyuarat Agung ini supaya ianya berjalan dengan lancar.

Sebelum berundur, saya ingin memaklumkan prestasi kewangan koperasi sehingga Mei 2025, koperasi kita telah mendapat keuntungan lebih kurang RM 1.15 juta. Syukur alhamdulillah dan dengan komitmen ALK, kakitangan Koperasi dan pekerja kita, saya berharap kita akan mendapat keuntungan sejumlah RM 2.5 juta bagi tahun 2025 insyaallah dan mohon jua doa dari semua anggota supaya dipermudahkan urusan.

Sekali lagi saya sebagai Pengerusi Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad, merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua anggota kerana dapat menghadirkan diri di dalam melancarkan Mesyuarat Agung Tahunan kali Ke-45. Saya bagi pihak ALK memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan di dalam menguruskan operasi koperasi dan berjanji akan cuba yang terbaik untuk terus memajukan koperasi kita semua.

Sebelum mengakhiri ucapan saya marilah kita membaca surah Al–'Asr.

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Negeri Terengganu

Bismillahirrahmanirahim… Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan salam Malaysia Madani.

Alhamdulillah, setinggi pujian dan rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW. Syukur alhamdulillah, kita dapat bertemu di dalam majlis yang cukup bermakna ini, Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 45.

Tahniah dan syabas kepada Anggota dan Anggota Lembaga Koperasi yang berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 45, Tahun 2025 menurut kehendak Seksyen 39 Akta Koperasi 1993 bagi merealisasikan prinsip demokrasi dalam berkoperasi.

Saya menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada warga Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad kerana memberi penghormatan untuk saya menyusun sepatah dua kata dalam Buku Mesyuarat Agung Tahunan, Tahun 2025 untuk tatapan para anggota.

Dasar Koperasi Malaysia 2030 (DaKoM 2030) merupakan hala tuju strategik bagi pembangunan koperasi dalam meningkatkan prestasi ekonomi dan kesejahteraan sosial anggotanya dengan visi untuk menjadikan sektor ini sebagai pemangkin utama pertumbuhan sosioekonomi Malaysia.

Selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) dan Rancangan Malaysia Kedua Belas 2021-2025 (RMKe-12), DaKoM 2030 akan bertindak sebagai pemangkin kepada aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang membangun secara mampan dengan pengagihan ekonomi yang lebih adil dan inklusif, bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan seterusnya muncul sebagai peneraju ekonomi Asia.

Kebangkitan ekonomi digital memberikan cabaran baharu dalam perniagaan yang dijalankan koperasi. Sebilangan koperasi kini telah menawarkan perkhidmatan berasaskan platform seperti perkongsian kenderaan, khidmat penghantaran dan lain-lain.

Perniagaan tersebut menggunakan laman web atau aplikasi mudah alih untuk menjual barangan atau perkhidmatan dan pada masa yang sama, melaksanakan prinsip kerjasama di mana keputusan secara demokratik dan pemilikan bersama platform diamalkan oleh pekerja dan pengguna.

Bagi koperasi di Malaysia, usaha mesti ditumpukan untuk menyokong pelaksanaan adaptasi inovasi dan penggunaan teknologi. Majoriti (60%) daripada koperasi yang menyertai tinjauan memahami kepentingan trend ini. Namun begitu, masih ramai yang tidak mengambil sebarang tindakan, sebaliknya menggunakan pendekatan tunggu dan lihat.

Selari dengan matlamat DaKoM 2030, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Terengganu akan sentiasa menyokong usaha murni koperasi dalam membantu meningkatkan taraf sosio ekonomi anggotanya dan juga masyarakat setempat.

Akhir kata, saya mendoakan agar Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad akan terus maju dan kekal cemerlang di masa hadapan.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad kali ke-45.

Selamat bermesyuarat dan semoga dirahmati Allah.

Agenda Mesyuarat & Keputusan

MESYUARAT AGUNG KALI KE 45 DIMULAKAN PADA JAM 10.00 PAGI.
Kehadiran: 133 orang Anggota (sila rujuk senarai kehadiran)

1. MEMILIH PENGERUSI

1.1 Calon Pengerusi Mesyuarat Agung kali ke 45 ialah:

Pengerusi Dicadangkan
Tuan Haji Mohamad Saufi @ Mohd Saufi bin Imam Din
A/050
Pencadang
Encik Nagib bin Ismail
A/285
Penyokong
Encik Abdul Rahim bin Hamza
A/213

Keputusan: Tuan Haji Mohamad Saufi @ Mohd Saufi bin Imam Din (A/050) dilantik sebagai Pengerusi Mesyuarat Agung kali ke 45.

(s) Tuan Haji Mohamad Saufi @ Mohd Saufi bin Imam Din (A/050): Merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas perlantikannya sebagai Pengerusi Mesyuarat bagi mengendalikan Mesyuarat Agung kali ke 45 ini. Di atas kepercayaan yang diberikan kepadanya oleh semua Anggota, InsyaAllah beliau akan mengendalikan mesyuarat ini dengan sebaik mungkin. Beliau berharap mendapat kerjasama daripada semua Anggota agar mesyuarat yang akan dijalankan dapat berjalan dengan lancar dan teratur.

Agenda Mesyuarat & Keputusan

2. MELANTIK JAWATANKUASA MENENTUSAHKAN MINIT

Mesyuarat telah melantik (6) orang anggota sebagai Jawatankuasa Menentusahkan Deraf Minit Mesyuarat, bersama (4) orang Anggota Lembaga Koperasi (ALK).

6 Orang AnggotaJawatankuasa Menentusahkan Deraf Minit
i
Nasharuddin bin Wahab
A/279
ii
Abdul Rahim bin Hamza
A/213
iii
Mohd Zaman bin Sulong
A/244
iv
Shamsurey bin Alwi
A/008
v
Mohammad Danial bin Yusoff
A/036
vi
Wahi Indra bin Ali
A/297
4 Orang ALKAnggota Lembaga Koperasi
i
Suhaimi bin Yaacob
A/157
ii
Mohd Farid bin Mohd Fauzi
A/018
iii
Na'aim bin Mohamad
A/007
iv
Mohamad bin Abdullah
A/028

Keputusan: Mesyuarat dengan kehadiran 134 orang anggota sebulat suara bersetuju dengan perlantikan tersebut.

Agenda Mesyuarat & Keputusan

3. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-44 BERTARIKH 23 JUN 2024

Pengerusi Mesyuarat telah memaklumkan minit mesyuarat tersebut adalah dari mukasurat 4 hingga 26.

(s) Tuan Haji Mohd Zaman bin Sulong (A/244) mempersoalkan tentang jawapan berkenaan Syarikat Global Mining Management Sdn. Bhd. yang dibentangkan oleh Tuan Mohd Farid bin Mohd Fauzi di dalam Mesyuarat Agung kali ke 37 yang telah diadakan pada 21 Mei 2017 tidak direkodkan di dalam minit mesyuarat. (rujuk minit Mesyuarat Agung kali ke 44 di dalam buku laporan tahunan 2025, ms 16)

(j) Tuan Ahmad Shukri bin Hassan (A/218) memaklumkan minit Mesyuarat Agung kali 37 dicatat mengikut sepertimana yang dibincangkan di dalam mesyuarat. Minit mesyuarat telah disemak dan disahkan oleh jawatankuasa penentusah deraf minit mesyuarat yang telah dilantik di dalam Mesyuarat Agung tersebut.

(j) Tuan Saffuan Fathi bin Md Shuhaimi, Penolong Pengarah Kanan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Terengganu menjawab soalan bagi pihak ALK. Beliau memberi penerangan sekiranya kenyataan yang diberikan oleh Tuan Mohd Farid di dalam mesyuarat tersebut tidak direkodkan, ia dianggap kesilapan teknikal yang boleh dibuat pembetulan. ALK boleh membuat pembetulan di dalam minit Mesyuarat Agung kali ke 37 sekiranya maklumat dinyatakan ada dimaklumkan di dalam mesyuarat tersebut.

Setelah diterangkan secara terperinci, mesyuarat dengan sebulat suara menerima untuk disahkan.

Pencadang
Encik Hamzah bin Mohamad
Penyokong
Puan Marsita binti Omar Fauzee

Keputusan: Mesyuarat mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-44 bertarikh 23 Jun 2024 dengan persetujuan 133 orang anggota.

Agenda Mesyuarat & Keputusan

4. MEMBINCANGKAN PERKARA BERBANGKIT

4.1 A/148 Siti Suhaya binti Hassan
  1. Cadangan Anggota

    Mencadangkan agar Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang diadakan di Kota Bharu, Kelantan pula. Memberi peluang pada ahli-ahli Koperasi merasa suasana dan persekitaran keindahan negeri-negeri yang diadakan AGM nanti. Boleh buat secara rotation seandainya kewangan koperasi mengizinkan dengan persetujuan ALK dan ahli koperasi yang lain.

    Jawapan ALK

    Keputusan akan diputuskan oleh ALK.

  2. Cadangan Anggota

    Menaikkan kadar dividen tinggi sedikit seandainya keuntungan meningkat di mana 50% ditambah dalam bentuk saham dan 50% dalam bentuk tunai (dikreditkan ke dalam akaun ahli masing-masing) seperti yang dilaksanakan sebelum ini.

    Jawapan ALK

    Tuan Haji Suhaimi bin Yaacob selaku Pengerusi Koperasi memaklumkan pada tahun ini koperasi bercadang membayar dividen sebanyak 20% kepada semua anggota. ALK akan membuat permohonan kepada SKM. Bayaran dividen akan dibuat selepas mendapat kelulusan daripada SKM.

  3. Cadangan Anggota

    Elaun kehadiran untuk ahli yang hadir mesyuarat dinaikkan dan ditambah sedikit duit minyak untuk hadir mesyuarat.

    Jawapan ALK

    Elaun kehadiran akan dibayar sebanyak RM 1,500.00 kepada setiap anggota yang hadir mesyuarat dan sebanyak RM 500.00 seorang kepada anggota yang tidak hadir kerana menunaikan haji serta anggota yang sedang mendapatkan rawatan di hospital.

  4. Cadangan Anggota

    Rasanya dulu pihak koperasi ada peruntukan duit sebanyak RM 200.00 sebulan untuk semua ahli-ahli Koperasi tapi cuma beberapa bulan sahaja. Andainya koperasi ini kekal maju dan capai keuntungan berterusan harap dapat dilaksanakan kembali dengan persetujuan ALK menjadikan RM 300.00 sebulan.

    Jawapan ALK

    Perkara ini akan disemak dan dibincangkan oleh ALK. Sumbangan bulanan kepada Anggota Koperasi akan dibayar sekiranya keadaan kewangan Koperasi memuaskan.

  5. Cadangan Anggota

    Mencalonkan Haji Suhaimi bin Yaacob, Haji Mohamad bin Abdullah dan Haji Na'aim bin Mohamad sebagai ALK Koperasi.

    Jawapan ALK

    Perlantikan ALK akan diadakan di dalam Mesyuarat Agung.

4.2 A/244 Mohd Zaman bin Sulong
  1. Cadangan Anggota

    Membuat bayaran semula imbuhan RM 200.00 setiap bulan kepada anggota sebagaimana yang pernah dibayar mulai Julai 2022 hasil usahasama tanam semula dengan Syarikat Sandemas dengan Koperasi Warisan Polis.

    Jawapan ALK

    Perkara ini akan disemak dan dibincangkan oleh ALK. Sumbangan bulanan kepada Anggota Koperasi akan dibayar sekiranya keadaan kewangan Koperasi memuaskan.

  2. Cadangan Anggota

    Tabung sumbangan bencana alam. Bayaran peruntukan khas bagi bayaran tabung bencana alam dinaikkan dari RM 300.00 ke RM 500.00 untuk seorang anggota.

    Jawapan ALK

    ALK telah membuat keputusan menaikkan sumbangan daripada RM 300.00 ke RM 500.00 kepada anggota yang terkesan dalam bencana alam.

  3. Cadangan Anggota

    Tabung sumbangan rawatan hospital. Bayaran anggota suami/isteri yang sakit dimasukkan ke hospital kerajaan/swasta dan ditahan di wad melebihi enam (6) jam dibayar sebanyak RM 20.00 per hari dinaikkan kepada RM 50.00 per hari maksimum bayaran adalah tidak melebihi 30 hari setahun. (rujukan Aturan-Aturan Kumpulan Wang Kebajikan ms 27)

    Jawapan ALK

    Bayaran kepada anggota suami/isteri yang sakit dimasukkan ke hospital kerajaan/swasta dan ditahan di wad melebihi enam (6) jam dinaikkan bayaran sebanyak RM 30.00 per hari maksimum bayaran adalah tidak melebihi 30 hari setahun.

4.3 A/253 Ishak bin Mohd Salleh
  1. Cadangan Anggota

    Mencadangkan supaya MAT akan datang diadakan di tempat yang berlainan negeri di Negeri Pantai Barat Semenanjung.

    Jawapan ALK

    Keputusan akan diputuskan oleh ALK.

4.4 A/257 Munisamy a/l Govindasamy
  1. Cadangan Anggota

    Tanaman pokok koko iaitu sebagai 'secondary crop' akan bertambah hasil berlebihan. Ini kerana pada Mesyuarat Agung kali ke 44 yang lepas, Pengurus ladang ada memberitahu bahawa hasil pengeluaran buah kelapa sawit (production) adalah kurang. Ini sebab jarak antara pokok kelapa sawit adalah sedikit jauh dan boleh isi ruang kosong dengan tanaman pokok koko.

    Jawapan ALK

    Buat masa sekarang koperasi memfokuskan kepada tanaman kelapa sawit. Walaubagaimanapun cadangan ini akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan sekiranya ALK telah mengenalpasti kawasan yang berpotensi untuk ditanam pokok koko.

  2. Cadangan Anggota

    Mencadangkan koperasi memberi sumbangan bulanan tetap sebanyak RM 500.00 seorang sebab harga buah (minyak) kelapa sawit meningkat di pasaran dunia.

    Jawapan ALK

    Sumbangan kepada Anggota Koperasi akan dibayar sekiranya keadaan kewangan Koperasi memuaskan.

  3. Cadangan Anggota

    Mencalonkan Haji Nagib bin Ismail, Haji Zainal Abidin bin Mohamed dan Haji Na'aim bin Mohamad sebagai ALK Koperasi.

    Jawapan ALK

    Perlantikan ALK akan diadakan di dalam Mesyuarat Agung.

4.5 A/300 Sunarmi binti Hussain
  1. Cadangan Anggota

    Mencadangkan Mesyuarat Agung dilakukan pada waktu cuti sekolah.

    Jawapan ALK

    Keputusan akan dibuat oleh ALK.

Agenda Mesyuarat & Keputusan

5. MENIMBANG LAPORAN LEMBAGA DAN JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN (JAD)

Laporan Lembaga Koperasi dan Jawatankuasa Audit Dalaman dibentangkan oleh Encik Na'aim bin Mohamad (A/007) merujuk halaman 32 hingga 52.

(s) Encik Mohd Zaman bin Sulong (A/244): Membahaskan isu berkaitan projek perumahan dan meminta kemas kini kemajuan pelaksanaan.

(s) Encik Mohd Farid bin Mohd Fauzi (A/018): Menyertai perbahasan dan menyokong penambahbaikan pelaporan prestasi projek.

(s) Encik Ahmad Shukri bin Hassan (A/218): Menegaskan kepentingan pemantauan berkala oleh jawatankuasa yang ditetapkan.

Keputusan: Mesyuarat menerima Laporan Lembaga dan JAD dengan persetujuan 133 orang anggota.

Agenda Mesyuarat & Keputusan

6. MENIMBANG DAN MELULUSKAN AKAUN TERAUDIT BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2024

Akaun teraudit dibentangkan oleh Encik Mohamad bin Abdullah (A/028) merujuk halaman 53 hingga 83 termasuk cadangan dividen pada kadar 20% tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa berkaitan.

(s) Anggota: Perbahasan menyentuh isu Sandemas serta komponen pendapatan koperasi.

(j) Pembentang: Memberi penjelasan bahawa pelaporan kewangan disediakan mengikut piawaian audit dan angka dibentangkan adalah berdasarkan akaun yang telah diaudit.

Pencadang
Puan Hanita binti Shaharom
Penyokong
Puan Marsita binti Omar Fauzee

Keputusan: Mesyuarat meluluskan Akaun Teraudit bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 dan menerima cadangan dividen 20% dengan persetujuan 133 orang anggota.

Agenda Mesyuarat & Keputusan

7. PEMILIHAN ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI (ALK)

Mesyuarat dimaklumkan bahawa tiga orang ALK gugur mengikut giliran iaitu Encik Suhaimi bin Yaacob (A/157), Encik Mohamad bin Abdullah (A/028) dan Encik Na'aim bin Mohamad (A/007).

Empat orang calon bertanding bagi pemilihan ALK bagi penggal baharu.

Keputusan Undi Pemilihan ALK 4 calon · 3 kerusi · disusun mengikut undi tertinggi
# Calon Jumlah Undi Kedudukan
1 Encik Na'aim bin Mohamad A/007
97undi Terpilih
2 Encik Mohamad bin Abdullah A/028
86undi Terpilih
3 Encik Suhaimi bin Yaacob A/157
79undi Terpilih
4 Encik Mohd Zaman bin Sulong A/244
11undi Calon Simpanan

Keputusan: Tiga calon dengan undi tertinggi dilantik sebagai ALK bagi penggal baharu manakala Encik Mohd Zaman bin Sulong (A/244) direkodkan sebagai calon simpanan.

Agenda Mesyuarat & Keputusan

8. MENIMBANG DAN MELULUSKAN ANGGARAN BELANJA TAHUN 2026

Anggaran Belanja Tahun 2026 dibentangkan oleh Encik Mohamad bin Abdullah (A/028) merujuk halaman 84 hingga 85.

(s) Encik Mohd Zaman bin Sulong (A/244): Mengemukakan soalan mengenai peruntukan R&D dan impak kepada perancangan jangka sederhana koperasi.

(j) Pembentang: Menjelaskan peruntukan tersebut disediakan bagi menyokong penambahbaikan operasi serta inisiatif pertumbuhan baharu.

Pencadang
Encik Abdul Rahim bin Hamza
Penyokong
Puan Siti Suhaya binti Hassan

Keputusan: Mesyuarat meluluskan Anggaran Belanja Tahun 2026 dengan persetujuan 133 orang anggota.

Agenda Mesyuarat & Keputusan

9. MENETAPKAN HAD MAKSIMUM KETERHUTANGAN KOPERASI

Mesyuarat menimbangkan cadangan had maksimum keterhutangan koperasi daripada RM 17 Juta kepada RM 20 Juta bagi menampung keperluan pembiayaan aktiviti perniagaan dan pembangunan koperasi.

Pencadang
Encik Mohd Farid bin Mohd Fauzi
Penyokong
Encik Hamzah bin Mohamad

Keputusan: Mesyuarat meluluskan had maksimum keterhutangan koperasi pada kadar RM 20 Juta (dipinda daripada RM 17 Juta) dengan persetujuan 133 orang anggota.

Agenda Mesyuarat & Keputusan

10. MENETAPKAN HAD MAKSIMUM PELABURAN KOPERASI

Mesyuarat menimbang cadangan menetapkan had maksimum pelaburan koperasi sebanyak RM 1 Juta.

Pencadang
Encik Abdul Rahim bin Hamza
Penyokong
Puan Siti Suhaya binti Hassan

Keputusan: Mesyuarat meluluskan had maksimum pelaburan koperasi sebanyak RM 1 Juta.

Agenda Mesyuarat & Keputusan

11. MELANTIK PANEL FIRMA AUDIT

Mesyuarat membincangkan pelantikan panel firma audit dan bersetuju agar urusan pelantikan diserahkan kepada ALK untuk ditentukan berdasarkan keperluan semasa serta pematuhan peraturan.

Pencadang
Tuan Haji Mohamad Saufi @ Mohd Saufi bin Imam Din
Penyokong
Encik Abdul Rahim bin Hamza

Keputusan: Mesyuarat meluluskan supaya pelantikan panel firma audit diserahkan kepada ALK.

Agenda Mesyuarat & Keputusan

12. PINDAAN UNDANG-UNDANG KECIL (UUK)

Mesyuarat dimaklumkan bahawa tiada cadangan pindaan UUK yang dibentangkan untuk kelulusan pada Mesyuarat Agung Kali Ke-45.

(s) Encik Mohd Zaman bin Sulong (A/244): Membahaskan isu berkaitan jawatan Timbalan Pengerusi dan kejelasan fungsi dalam pentadbiran koperasi.

(s) Encik Saffuan Fathi (SKM): Memberi pandangan supaya sebarang cadangan pindaan keseluruhan UUK melalui proses draf terperinci sebelum dibawa ke Mesyuarat Agung.

Keputusan: Tiada pindaan UUK diputuskan dalam mesyuarat ini.

Agenda Mesyuarat & Keputusan

13. MEMBINCANGKAN USUL-USUL

Pengerusi Mesyuarat memaklumkan terdapat usul yang dikemukakan oleh lembaga dan dibawa ke Mesyuarat Agung Tahunan untuk mendapat kelulusan.

Senarai Usul Mesyuarat Agung 7 usul dibentangkan untuk kelulusan mesyuarat
  1. Cadangan Usul

    Cadangan membayar dividen sebanyak 20% kepada anggota. Dividen dibayar secara tunai (tertakluk kepada kelulusan SKM). Tuan Haji Suhaimi bin Yaacob selaku Pengerusi Koperasi memaklumkan pada tahun ini koperasi bercadang membayar dividen sebanyak 20% secara tunai kepada semua anggota. Tuan Saffuan Fathi bin Md Shuhaimi, Penolong Pengarah Kanan, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Terengganu memaklumkan untuk pemahaman Anggota Koperasi, di dalam laporan akaun teraudit koperasi, dividen anggota telah diisytiharkan sebanyak 20%. Untuk mendapatkan kelulusan bayaran dividen, Anggota Koperasi perlu memberi mandat kepada ALK untuk memohon kelulusan daripada SKM. Setelah permohonan diluluskan koperasi dibenarkan membuat bayaran dividen kepada anggota. Mesyuarat memberi mandat kepada ALK untuk memohon dividen sebanyak 20% setiap anggota daripada SKM.

    Pencadang
    Tuan Haji Hamzah bin Mohamad
    A/094
    Penyokong
    Marsita binti Omar Fauzee
    A/062
    Keputusan

    Dipersetujui sebulat suara oleh 133 orang Anggota yang hadir.

  2. Cadangan Usul

    Bayaran syer bonus daripada Kumpulan Wang Rizab modal RM 149,999.00 hasil penjualan aset tetap (rumah banglo di Taman Rashidah, Chendering, Kuala Terengganu) (tertakluk kepada kelulusan SKM). Bendahari memaklumkan mengikut kebenaran daripada SKM, hasil penjualan aset rumah banglo yang telah dijual oleh koperasi akan dibahagikan kepada 167 orang anggota dalam bentuk syer bonus. Jumlah yang akan ditambah ke dalam saham setiap anggota adalah sebanyak RM 898.19.

    Keputusan

    Mesyuarat dengan kehadiran 133 orang anggota bersetuju hasil jualan rumah banglo ditambah sebanyak RM 898.19 ke dalam saham setiap anggota.

  3. Cadangan Usul

    Penerbitan syer bonus dari Kumpulan Wang Rizab Statutori. Semua anggota bersetuju syer bonus anggota ditambah dari Kumpulan Wang Rizab Statutori. Tuan Saffuan Fathi bin Md Shuhaimi memaklumkan penerbitan syer bonus yang akan ditambah ke dalam saham setiap anggota hendaklah mendapatkan kebenaran dan kelulusan daripada SKM.

  4. Cadangan Usul

    Dicadangkan agar sumbangan wang saraan dibayar terus pada setiap ALK yang gugur mengikut giliran walaupun dipilih kembali (rujuk aturan tabung sumbangan saraan ALK (G)).

    Keputusan

    Mesyuarat bersetuju wang saraan ALK dibayar terus kepada setiap ALK yang gugur mengikut giliran walaupun telah dilantik kembali pada tahun tersebut.

  5. Cadangan Usul

    Ketidakhadiran ke Mesyuarat Agung Tahunan atas sebab menunaikan haji dan dimasukkan ke wad kerana sakit kronik atau sedang menjalankan pembedahan dibayar separuh daripada elaun hadir MAT.

    Keputusan

    Mesyuarat bersetuju membayar sebanyak RM 500.00 kepada anggota yang tidak hadir ke Mesyuarat Agung kali ini kerana menunaikan haji serta anggota yang sedang mendapatkan rawatan di hospital. Anggota hendaklah mengemukakan surat terpilih mengerjakan haji daripada Lembaga Tabung Haji dan surat kenyataan sedang menerima rawatan perubatan daripada hospital.

  6. Cadangan Usul

    Bayaran honorarium sebanyak RM 2,000.00 seorang kepada 9 orang ALK. ALK memohon persetujuan mesyuarat untuk membayar honorarium kepada 9 orang ALK. Tuan Saffuan Fathi bin Md Shuhaimi memaklumkan permohonan membayar honorarium kepada ALK tidak perlu diusulkan di dalam Mesyuarat Agung. Honorarium boleh dibayar setelah laporan akaun teraudit telah diterima dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung.

  7. Cadangan Usul

    Cadangan mengusahakan stesen minyak.

    Keputusan

    Mesyuarat bersetuju koperasi mengusahakan stesen minyak.

Agenda Mesyuarat & Keputusan

14. HAL-HAL LAIN

14.i Pindaan aturan kebajikan

Mesyuarat membincangkan cadangan pindaan aturan kebajikan bagi memastikan kebajikan anggota ditadbir secara lebih teratur dan adil.

14.ii Sumbangan RM500 pada awal tahun

Mesyuarat membincangkan cadangan pemberian sumbangan RM500 pada awal tahun tertakluk kepada syarat kelayakan serta kemampuan kewangan koperasi.

(s) Encik Saffuan Fathi (SKM): Menasihatkan supaya segala aturan kebajikan didokumenkan dengan jelas agar pelaksanaan menepati tadbir urus dan peraturan semasa.

Keputusan: Perkara 14.i dan 14.ii diambil maklum; ALK dipertanggungjawabkan menyediakan draf aturan terperinci untuk tindakan lanjut.

Agenda Mesyuarat & Keputusan

15. PENANGGUHAN MESYUARAT

Setelah semua agenda selesai dibincangkan, Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua anggota atas kerjasama dan perjalanan mesyuarat yang lancar.

Pencadang Penangguhan
Puan Marsita binti Omar Fauzee
Penyokong Penangguhan
Puan Siti Suhaya binti Hassan

Keputusan: Mesyuarat ditangguhkan dengan persetujuan mesyuarat.

Agenda Mesyuarat & Keputusan

16. UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi Mesyuarat mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota yang hadir dalam Mesyuarat Agung kali ini. Akhir kata pengerusi majlis berdoa semoga Allah SWT sentiasa memberkati segala usaha dan keikhlasan ALK menjalankan tugas untuk semua anggota koperasi. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari pada 22 Jun 2025.

Sekian. Terima kasih.

Disediakan oleh
Tandatangan Na'aim bin Mohamad
Na'aim bin Mohamad
Setiausaha
Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad
Disahkan oleh
Tandatangan Suhaimi bin Yaacob
Suhaimi bin Yaacob
Pengerusi
Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad
Disahkan oleh
Jawatankuasa Penentusah Deraf Minit Mesyuarat Agung kali ke-45 05 Julai 2025

Kami, Jawatankuasa Penentusah Deraf Minit Mesyuarat Agung Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad kali ke-45 yang telah diadakan pada 22 Jun 2025 dengan ini mengesahkan Minit Mesyuarat Agung ini seperti yang dicatatkan.

Bil Nama Anggota No Catatan
1 Suhaimi bin Yaacob A/157
2 Mohd Farid bin Mohd Fauzi A/018
3 Na'aim bin Mohamad A/007
4 Mohamad bin Abdullah A/028
5 Mohd Zaman bin Sulong A/244
6 Wahi Indra bin Ali A/297
7 Mohammad Danial bin Yusoff A/036
8 Nasharuddin bin Wahab A/279
9 Shamsurey bin Alwi A/008
10 Abdul Rahim bin Hamza A/213 Tidak Hadir

Laporan Anggota Lembaga Koperasi

Sesi 2025 & 2026

1. Carta Organisasi Anggota Lembaga Koperasi

Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad · Sesi 2025–2026
Suhaimi bin Yaacob
Suhaimi bin Yaacob
Pengerusi
A/157
Mohd Farid bin Mohd Fauzi
Mohd Farid bin Mohd Fauzi
Timbalan Pengerusi
A/018
Na'aim bin Mohamad
Na'aim bin Mohamad
Setiausaha
A/007
Mohamad bin Abdullah
Mohamad bin Abdullah
Bendahari
A/028
Zainal Abidin bin Mohamed
Zainal Abidin bin Mohamed
ALK
A/265
Nagib bin Ismail
Nagib bin Ismail
ALK
A/285
Ahmad Shukri bin Hassan
Ahmad Shukri bin Hassan
ALK
A/218
Raziman bin Ab Rahman
Raziman bin Ab Rahman
ALK
A/004
Azizah binti Adam
Azizah binti Adam
ALK
A/014

2. Carta Organisasi Jawatankuasa Biro

Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad · Sesi 2025–2026
Jawatankuasa Perladangan dan Pengurusan
Suhaimi bin Yaacob
Ketua Suhaimi bin Yaacob A/157
Ahli Jawatankuasa
Mohamad bin Abdullah
AJKMohamad bin AbdullahA/028
Ahmad Shukri bin Hassan
AJKAhmad Shukri bin HassanA/218
Raziman bin Ab Rahman
AJKRaziman bin Ab RahmanA/004
Zainal Abidin bin Mohamed
AJKZainal Abidin bin MohamedA/265
Jawatankuasa Perlombongan
Mohd Farid bin Mohd Fauzi
Ketua Mohd Farid bin Mohd Fauzi A/018
Ahli Jawatankuasa
Ahmad Shukri bin Hassan
AJKAhmad Shukri bin HassanA/218
Na'aim bin Mohamad
AJKNa'aim bin MohamadA/007
Raziman bin Ab Rahman
AJKRaziman bin Ab RahmanA/004
Jawatankuasa Pelaburan / Kewangan
Mohamad bin Abdullah
Ketua Mohamad bin Abdullah A/028
Ahli Jawatankuasa
Na'aim bin Mohamad
AJKNa'aim bin MohamadA/007
Suhaimi bin Yaacob
AJKSuhaimi bin YaacobA/157
Jawatankuasa Pembangunan Hartanah dan Pembinaan
Mohd Farid bin Mohd Fauzi
Ketua Mohd Farid bin Mohd Fauzi A/018
Ahli Jawatankuasa
Mohamad bin Abdullah
AJKMohamad bin AbdullahA/028
Raziman bin Ab Rahman
AJKRaziman bin Ab RahmanA/004
Jawatankuasa Perhotelan
Azizah binti Adam
Ketua Azizah binti Adam A/014
Ahli Jawatankuasa
Mohd Farid bin Mohd Fauzi
AJKMohd Farid bin Mohd FauziA/018
Na'aim bin Mohamad
AJKNa'aim bin MohamadA/007
Jawatankuasa Kebajikan & Khairat Kematian
Nagib bin Ismail
Ketua Nagib bin Ismail A/285
Ahli Jawatankuasa
Zainal Abidin bin Mohamed
AJKZainal Abidin bin MohamedA/265
Azizah binti Adam
AJKAzizah binti AdamA/014
Jawatankuasa Multimedia
Nagib bin Ismail
Ketua Nagib bin Ismail A/285
Ahli Jawatankuasa
Mohd Farid bin Mohd Fauzi
AJKMohd Farid bin Mohd FauziA/018

3. Mesyuarat ALK & Mesyuarat Agung

6
Mesyuarat ALK diadakan sepanjang tahun 2025
2
Mesyuarat Khas diadakan sepanjang tahun 2025
2
Mesyuarat Biro diadakan sepanjang tahun 2025
45
Mesyuarat Agung diadakan sepanjang tempoh penubuhan Koperasi
Jadual Kehadiran Mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi
KWPTB · Januari 2025 – Disember 2025 · Mesyuarat ALK Tahun 2025
Bil Nama Anggota Jawatan 18/01 22/02 19/04 05/07 11/09 16/11 Kehadiran
1 Suhaimi bin YaacobA/157 Pengerusi 6/6
2 Mohd Farid bin Mohd FauziA/018 Timb. Pengerusi 6/6
3 Na'aim bin MohamadA/007 Setiausaha 6/6
4 Mohamad bin AbdullahA/028 Bendahari 6/6
5 Nagib bin IsmailA/285 ALK 6/6
6 Ahmad Shukri bin HassanA/218 ALK 6/6
7 Zainal Abidin bin MohamedA/265 ALK 6/6
8 Azizah binti AdamA/014 ALK 6/6
9 Raziman bin Ab RahmanA/004 ALK 6/6
Tempat Mesyuarat Dalam Talian Pejabat Koperasi Pejabat Koperasi Pejabat Koperasi Pejabat Koperasi Dalam Talian
Jadual Kehadiran Mesyuarat Khas, Biro & Perbincangan
KWPTB · Januari 2025 – Disember 2025
Bil Nama Anggota Jawatan 13/06 10/12 Kehadiran
1 Suhaimi bin YaacobA/157 Pengerusi 2/2
2 Mohd Farid bin Mohd FauziA/018 Timb. Pengerusi 2/2
3 Na'aim bin MohamadA/007 Setiausaha 2/2
4 Mohamad bin AbdullahA/028 Bendahari 1/2
5 Nagib bin IsmailA/285 ALK 1/2
6 Ahmad Shukri bin HassanA/218 ALK 2/2
7 Zainal Abidin bin MohamedA/265 ALK 1/2
8 Azizah binti AdamA/014 ALK 2/2
9 Raziman bin Ab RahmanA/004 ALK 2/2
Tempat Mesyuarat Paka,
K. Terengganu
Pejabat Koperasi

4. Carta Organisasi Jawatankuasa Audit Dalaman

Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad · Sesi 2025 – Jun 2026
Wahi Indra bin Ali
Wahi Indra bin Ali
Pengerusi JAD
A/297
Ahmad Hilmee bin Daud
Ahmad Hilmee bin Daud
Setiausaha JAD
A/167
Mohammad Danial bin Yusoff
Mohammad Danial bin Yusoff
AJK JAD
A/036
Juruaudit Luar
Pelaksanaan Audit menurut piawaian yang diluluskan di Malaysia
WSJ & Co.
Level 6, Menara City One,
No. 3, Jalan Munshi Abdullah, Letter Box CP 6-01,
50100 Kuala Lumpur

5. Keanggotaan Koperasi

Komposisi Keanggotaan
KWPTB · Mengikut Bangsa dan Jantina
166 Jumlah Ahli
97 Lelaki
70 Perempuan
Bangsa Lelaki Perempuan Jumlah
Melayu 88 63 151
Cina 6 7 13
India 2 0 2
Jumlah 97 70 166

6. Carta Organisasi Kakitangan Pengurusan dan Pentadbiran

Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad · Sesi 2025 – Jun 2026
Ridzuan b. Mohamad
Ridzuan b. Mohamad
Pengurus Ladang
Mohd Rosnin b. Said
Mohd Rosnin b. Said
Penolong Pengurus Ladang
Mohd Aminuddin bin Mat Zaid
Mohd Aminuddin bin Mat Zaid
Penyelia Ladang
Aswadi bin Razak
Aswadi bin Razak
Penyelia Ladang
Siti Raihan Aidah bt. Omar
Siti Raihan Aidah bt. Omar
Pembantu Kewangan
Normiza bt. Mohd Nor
Normiza bt. Mohd Nor
Pembantu Tadbir dan Pengurusan
Shabuddin b. Mohamad
Shabuddin b. Mohamad
Mekanik
Mohamad Nazri bin Mohamad
Mohamad Nazri bin Mohamad
Kerani Timbang
Ramli bin Mohd
Ramli bin Mohd
Pembantu Am Pejabat
Kakitangan Pejabat dan Pengurusan Ladang KWPTB
Senarai Kakitangan · Kelulusan Akademik
Bil Nama Jawatan Kelulusan
1 Ridzuan b. Mohamad Pengurus Ladang Diploma
2 Mohd Rosnin b. Said Penolong Pengurus Ladang Sijil
3 Mohd Aminuddin bin Mat Zaid Penyelia Ladang Diploma
4 Aswadi bin Razak Penyelia Ladang Diploma
5 Siti Raihan Aidah bt. Omar Pembantu Kewangan Sijil
6 Normiza bt. Mohd Nor Pembantu Tadbir dan Pengurusan Diploma
7 Ramli bin Mohd Pembantu Am Pejabat SPM
8 Shabuddin b. Mohamad Mekanik SPM
9 Mohamad Nazri bin Mohamad Kerani Timbang SPM
Pekerja Ladang KWPTB
Senarai Pekerja Tempatan · Ladang KWPTB
19
Pekerja Tempatan
Jumlah pekerja ladang tempatan di bawah pengurusan Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad
Bil Nama Jawatan
1 Kamal bin Ismail Pemotong Rumput
2 Ahmad Tarzili bin Ismail Pemandu Traktor
3 Mohd Nazeri bin Zaiman Pemandu Traktor
4 Mohd Sofean bin Sulaiman Mandur
5 Mohd Hidayat bin Mazelan Mandur
6 Rosmaini bin Razali Mandur
7 Che Azmi bin M.Yusoof Buruh Am
8 Ruzlan bin M. Yusoof Buruh Am
9 Abd Aziz bin M.Yusoff Buruh Am
10 Mohd Tajuddin bin Sulaiman Buruh Am
11 Faridah binti Harun Buruh Am
12 Hamsiah binti Hassan Buruh Am
13 Normal binti Mohamad Pekerja Landskap
14 Tanje Noorashikin binti Ibrahim Buruh Am
15 Fatimah binti Berahim Buruh Am
16 Ali Hassan bin Abdullah Pengawal Keselamatan
17 Che Wan Firdaus bin Che Wan Zainal Abidin Pengawal Keselamatan
18 Andi Amirol bin Andika Pengawal Keselamatan
19 Khairuddin bin Mohd Hussin Pengawal Keselamatan

7. Aset Koperasi

Hartanah / Bangunan / Kenderaan / Jentera
Kawasan Hartanah Ladang

a) Kawasan pokok yang diusahakan (potong BTB)

Fasa Kawasan Keseluruhan Kawasan Bertanam
Fasa 1 (Tanam 2012) 260.29 Ha 189.11 Ha
Fasa 2 (Tanam 2013) 227.19 Ha 170.41 Ha
Fasa 3 (Tanam 2018) 156.35 Ha 156.35 Ha
Fasa 4 (Tanam 2019) 57.50 Ha 57.50 Ha
Jumlah 701.33 Ha 573.37 Ha

b) Kawasan tiada pokok / tidak boleh usahakan sawit dan lain-lain

Kawasan pejabat ladang dan rumah pekerja ladang 4.00 Ha
Kawasan paya kosong 30.00 Ha
Kawasan bukit curam, berbatu 64.63 Ha
Kawasan terlampau curam / batu 15.60 Ha
Jumlah 114.23 Ha
Jumlah A + B (Keseluruhan Kawasan Ladang) 815.56 Ha
Bangunan Koperasi
  • i Bangunan pejabat pengurusan ladang, surau, kantin, ramp tempat longgokan BTB di dalam kawasan ladang.
  • ii 10 unit rumah semi-D, tempat letak kenderaan, stor dan bengkel.
  • iii 1 unit Kedai Pejabat 3 Tingkat Lot PT 3283, Taman Chendering Heights, Chendering, 21080 Kuala Terengganu.
Kenderaan / Jentera / Treler
2
Toyota Hilux dan Isuzu D-Max
buah
6
Traktor
buah
7
Treler
buah
1
JCB
buah
1
Lori Isuzu
buah

8. Portfolio Ekuiti Tidak Tersenarai

Ringkasan Pelaburan bagi Ekuiti Tidak Tersenarai

Jadual berikut membentangkan ringkasan komprehensif bagi portfolio Ekuiti Tidak Tersenarai. Pelaburan ini merangkumi pegangan strategik di dalam institusi kewangan koperasi, dengan jumlah nilai pelaburan terkumpul sebanyak RM130,333.00.

Bil Entiti Pelaburan atau Nama Institusi Nilai Pelaburan (RM)
i Kilang Sawit Panji Alam 50,000.00
ii Bank Rakyat 75,333.00
iii Co-op Bank Pertama 5,000.00
Jumlah Pelaburan 130,333.00

9. Laporan / Aktiviti Biro

Laporan / Aktiviti Biro — a. Ahli Jawatankuasa Perladangan

Aktiviti perladangan Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad
Laporan / Aktiviti Biro a. Ahli Jawatankuasa Perladangan — Tahun 2025 / 2026

A) Ahli Jawatankuasa

  • i)Suhaimi bin Yaacob ~ Pengerusi
  • ii)Ahmad Shukri bin Hassan
  • iii)Mohamad bin Abdullah
  • iv)Zainal Abidin bin Mohamed
  • v)Raziman bin Ab Rahman

B) Kawasan Ladang Koperasi

Kawasan ladang Koperasi dibahagikan kepada empat (4) fasa iaitu:

Fasa Keluasan Tahun Tanam
Fasa 1260.29 hektar2012
Fasa 2227.19 hektar2013
Fasa 3156.35 hektar2018
Fasa 457.50 hektar2019

Laporan / Aktiviti Biro — a. Ahli Jawatankuasa Perladangan

C) Keluaran BTS Bagi Tahun 2024 & 2025

Bulan 2024 2025
Met/Ton Jumlah (RM) RM/Ton Met/Ton Jumlah (RM) RM/Ton
Jan515.53378,276.59733.76577.45551,468.19955.01
Feb309.93244,556.41789.07349.25343,254.81982.83
Mac310.15263,215.38848.67416.67414,711.18995.30
April327.84282,702.30862.32501.69454,525.39905.99
Mei431.29339,054.46786.14437.89356,402.75813.91
Jun545.94446,016.73816.97404.06327,104.04809.54
Julai734.70593,877.29808.33402.99345,636.66857.68
Ogos827.63657,589.21794.54520.29475,446.63913.81
Sept881.02721,302.03818.71678.58631,184.15930.15
Okt815.73736,685.15903.10908.18844,984.82930.42
Nov458.31482,846.971,053.54951.61808,684.84849.81
Dis601.18632,119.571,051.461,121.87918,326.54818.57
Jumlah 6,759.255,778,242.09 7,270.536,471,730.00

D) Perbandingan Keluaran BTB 2024 & 2025

E) Aktiviti-aktiviti Jawatankuasa Perladangan

1

Lawatan Muhibah ke Koperasi Ladang Berhad di Mersing, Johor

4 Jun 2025 Mersing, Johor

Pada 4 Jun 2025, KWPTB telah mengadakan lawatan muhibah ke Koperasi Ladang Berhad di Mersing, Johor. Koperasi Ladang Berhad merupakan antara koperasi terbaik di Malaysia dan telah diiktiraf sebagai koperasi nombor lima terbaik bagi tahun 2024. Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi pengalaman berkaitan pengurusan ladang terbaik, teknologi perladangan serta peluang kerjasama yang boleh dimanfaatkan bagi kepentingan kedua-dua koperasi.

Lawatan ini melibatkan Ahli Jawatankuasa Perladangan KWPTB iaitu En. Mohd Farid bin Mohd Fauzi, En. Raziman bin Haji Ab Rahman, En. Ahmad Shukri bin Hassan dan Haji Zainal Abidin bin Mohamed. Turut hadir bersama ialah Pengurus Ladang serta dua (2) orang Pegawai Ladang.

Lawatan Muhibah ke Koperasi Ladang Berhad, Mersing
Lawatan muhibah Ahli Jawatankuasa Perladangan KWPTB ke Koperasi Ladang Berhad, Mersing, Johor pada 4 Jun 2025

Hasil Lawatan

Hasil daripada lawatan tersebut, pihak ladang KWPTB telah melaksanakan pembinaan dan penyelenggaraan sebanyak 188 unit silt pit di beberapa kawasan strategik ladang. Pembinaan silt pit ini bertujuan untuk:

  • Mengurangkan hakisan tanah
  • Mengawal aliran air permukaan
  • Meningkatkan kadar resapan air ke dalam tanah
  • Membantu mengekalkan kelembapan tanah

Langkah ini turut membantu menjaga kesuburan tanah, mengurangkan kerosakan jalan ladang serta menyokong amalan perladangan yang lebih lestari dan mesra alam.

Pembinaan Silt Pit di Ladang KWPTB
Pembinaan dan penyelenggaraan 188 unit silt pit di kawasan strategik ladang KWPTB hasil daripada lawatan penanda aras ke Koperasi Ladang Berhad

Cadangan Projek Sistem Pengairan Pam Solar

Salah satu projek yang sedang dipertimbangkan oleh KWPTB adalah pembangunan sistem pengairan ladang menggunakan pam solar. Sistem ini melibatkan pengepaman air menggunakan tenaga solar ke tangki simpanan utama yang dibina di kawasan paling tinggi dalam ladang sebelum air disalurkan secara graviti ke kawasan tanaman kelapa sawit. Pelaksanaan projek ini bertujuan memastikan pokok kelapa sawit menerima bekalan air yang mencukupi terutama ketika musim panas atau tempoh kurang hujan.

Bekalan air yang stabil dijangka dapat membantu meningkatkan kesuburan pokok, mengurangkan tekanan cuaca terhadap tanaman serta meningkatkan penghasilan Buah Tandan Segar (BTS). Selain itu, penggunaan tenaga solar juga membantu mengurangkan kos operasi jangka panjang, menjimatkan penggunaan bahan api serta menyokong amalan perladangan yang lebih lestari dan mesra alam.

Cadangan Sistem Pengairan Pam Solar
Rujukan sistem pengairan ladang menggunakan pam solar di Koperasi Ladang Berhad, Mersing — cadangan projek yang sedang dipertimbangkan oleh KWPTB

KWPTB telah menerima dua (2) sebut harga daripada kontraktor berikut:

  1. Koperasi Ladang Berhad
  2. Sima Resources Sdn. Bhd.

Walau bagaimanapun, Ahli Lembaga Koperasi (ALK) KWPTB masih dalam peringkat pertimbangan dan kajian terperinci sebelum projek ini dilaksanakan.

Laporan / Aktiviti Biro — a. Ahli Jawatankuasa Perladangan

2

Program Penyuburan Tanah Bersama Syarikat Teknoganik Hijau Sdn Bhd dan MSR Growth Sdn Bhd

21 Jun 2025 Melaka September 2025 – 2026

Mesyuarat dan lawatan pertama telah diadakan di kilang baja Power Grow di Melaka pada 21 Jun 2025. Hasil daripada beberapa siri mesyuarat Jawatankuasa Perladangan dan Ahli Lembaga Koperasi (ALK), KWPTB bersetuju melaksanakan program penyuburan tanah bagi blok-blok yang mencatatkan hasil pengeluaran rendah.

Program ini melibatkan pembajaan foliar sebanyak tiga (3) kali semburan PowerGRO 720 dan satu (1) kali semburan Power Absorb 720 dalam tempoh 90 hari. Program ini bertujuan untuk:

  • Meningkatkan prestasi pokok sawit
  • Meningkatkan daya serapan nutrien
  • Memperbaiki kesuburan tanah
  • Meningkatkan penghasilan Buah Tandan Segar (BTS)

Program ini melibatkan dua (2) syarikat pembekal utama seperti berikut:

Technoganik Hijau Sdn. Bhd. Produk: Power Grow, Power Absorb dan Baja PowerGRO
MSR Growth Sdn. Bhd. Produk: Pro BioMax

Program dimulakan pada bulan September 2025 di beberapa blok ladang KWPTB yang dikenal pasti mempunyai tahap produktiviti rendah iaitu Blok 1F, 2C dan 2G.

Pelaksanaan Fasa 1

Program Fasa 1 melibatkan kawasan seluas 100.24 hektar (247.69 ekar) seperti berikut:

Keluasan
100.24 ha
247.69 ekar
Blok Terlibat
3
1F, 2C & 2G

Senarai Blok — Fasa 1

Bil Blok Keluasan (Hektar) Keluasan (Ekar)
1Blok 2C38.85 ha95.98 ekar
2Blok 1F46.10 ha113.94 ekar
3Blok 2G15.29 ha37.77 ekar
Jumlah100.24 ha247.69 ekar

Pegawai penyelia bagi setiap blok adalah seperti berikut:

Blok 1F
ALK
En. Raziman bin Haji Ab Rahman
Pegawai
En. Ridzuan bin Mohamad
Blok 2G
ALK
En. Mohd Farid bin Mohd Fauzi
Pegawai
En. Mohd Aswadi bin Razak
Blok 2C
ALK
Haji Zainal Abidin bin Mohamed
Pegawai
En. Mat Rosnin bin Said

Pelaksanaan Fasa 2

Selepas Program Fasa 1 menunjukkan peningkatan hasil yang memberangsangkan, KWPTB telah memulakan Program Fasa 2 bermula Januari 2026 dengan penambahan beberapa blok baharu iaitu 1D, 1E, 2A, 2B, 2D, 2E dan 2F. Program tambahan ini melibatkan kawasan seluas 261.55 hektar (646.30 ekar) seperti berikut:

Keluasan
261.55 ha
646.30 ekar
Blok Terlibat
7
1D, 1E, 2A, 2B, 2D, 2E & 2F

Senarai Blok — Fasa 2

Bil Blok Keluasan (Hektar) Keluasan (Ekar)
1Blok 1D40.98 ha101.26 ekar
2Blok 1E47.53 ha117.45 ekar
3Blok 2A19.01 ha46.98 ekar
4Blok 2B31.36 ha77.49 ekar
5Blok 2D30.96 ha76.50 ekar
6Blok 2E44.76 ha110.60 ekar
7Blok 2F46.95 ha116.02 ekar
Jumlah261.55 ha646.30 ekar
Pelaksanaan Program Penyuburan Tanah Fasa 2
Pelaksanaan Program Penyuburan Tanah Fasa 2 di ladang KWPTB melibatkan 7 blok tambahan dengan keluasan 261.55 hektar bermula Januari 2026

Laporan / Aktiviti Biro — a. Ahli Jawatankuasa Perladangan

3

Operasi Ladang KWPTB Bakal Lebih Rancak Dengan Penambahan Aset Lori & Traktor Baharu

Terengganu Januari 2026

TERENGGANU – Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad (KWPTB) terus mengorak langkah ke hadapan dalam memperkasakan sektor perladangannya dengan kemasukan aset jentera baharu.

Pihak pengurusan dengan sukacitanya mengumumkan penerimaan sebuah lori dan traktor baharu yang akan digunakan sepenuhnya untuk kegunaan di ladang sawit milik koperasi.

Pembelian aset-aset ini dilihat sebagai satu keperluan mendesak dan strategik bagi menampung aktiviti ladang yang semakin rancak, terutamanya selepas kejayaan koperasi mencatatkan hasil kutipan yang memberangsangkan pada tahun lalu.

Dengan adanya jentera moden ini, proses pengangkutan buah, penyelenggaraan jalan, serta kerja-kerja penjagaan ladang dapat dijalankan dengan lebih efisien dan pantas. Ini secara langsung dapat meminimumkan masalah logistik dan memastikan buah sawit dapat dihantar ke kilang dalam keadaan segar dan tepat pada waktunya.

Pihak Koperasi optimis bahawa pelaburan terhadap jentera ini akan memberi pulangan yang berbaloi (ROI) melalui peningkatan produktiviti dan penjimatan kos operasi jangka panjang.

Lori baharu Isuzu Elf milik KWPTB untuk operasi ladang sawit
Penambahan aset lori baharu milik KWPTB untuk menyokong operasi ladang sawit yang lebih efisien

Marilah kita sama-sama mendoakan agar dengan kehadiran aset baharu ini, hasil ladang KWPTB akan terus bertambah melimpah ruah. Semoga usaha kita ini sentiasa dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT.

Insya-Allah, semoga terus maju jaya.

Laporan / Aktiviti Biro — a. Ahli Jawatankuasa Perladangan

4

Lawatan dan Sesi Perbincangan Bersama Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Berhad (KPFB)

9 April 2026 Kuala Lumpur

Satu lawatan dan sesi perbincangan telah diadakan pada 9 April 2026 bersama Pengerusi dan Ahli Lembaga Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Berhad (KPFB) di Kuala Lumpur. Tujuan utama pertemuan ini adalah bagi membincangkan peluang kerjasama strategik yang boleh dimanfaatkan bersama antara KWPTB dan KPFB, khususnya dalam bidang pelaburan, perniagaan dan pembangunan ekonomi koperasi. KPFB merupakan koperasi premier bagi tahun 2025 dan mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan serta pembangunan sektor koperasi.

Sesi Perbincangan Bersama KPFB
Sesi perbincangan bersama Pengerusi dan Ahli Lembaga Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Berhad (KPFB) di Kuala Lumpur pada 9 April 2026

Hasil Perbincangan

Hasil daripada perjumpaan tersebut, pihak KPFB telah mengemukakan satu cadangan (proposal) berkaitan pembelian Buah Tandan Segar (FFB) dengan tawaran harga dan bentuk kerjasama yang dilihat berpotensi memberi kelebihan serta meningkatkan pendapatan kepada KWPTB.

Status Semasa: Pengerusi dan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) akan mengadakan perbincangan lanjut bagi meneliti cadangan tersebut secara terperinci sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan selepas Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-46. Selain itu, kedua-dua pihak turut membuka ruang kepada kemungkinan kerjasama lain yang dilihat berpotensi dan mampu memberi manfaat kepada KWPTB, khususnya dalam bidang perniagaan, pelaburan dan pembangunan ekonomi koperasi pada masa akan datang.

Disediakan oleh

En. Raziman bin Ab Rahman

bagi Pihak Jawatankuasa Perladangan
Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad

Laporan / Aktiviti Biro — b. Ahli Jawatankuasa Perlombongan

Aktiviti perlombongan Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad
Laporan / Aktiviti Biro b. Ahli Jawatankuasa Perlombongan — Tahun 2025 / 2026

A) Ahli Jawatankuasa

i)Mohd Farid bin Mohd Fauzi ~ Ketua
ii)Raziman bin Hj. Ab Rahman
iii)Na’aim bin Mohamad
iv)Ahmad Shukri bin Hassan

B) Peranan Ahli Jawatankuasa Perlombongan

Ahli Jawatankuasa Perlombongan bertanggungjawab memastikan operasi perlombongan berjalan dengan lancar, selamat, mematuhi undang-undang, dan menguntungkan, sambil meminimumkan impak negatif terhadap alam sekitar dan masyarakat sekitar.

C) Peranan dan Skop Utama

i

Tadbir Urus dan Pematuhan Undang-Undang (Governance & Compliance)

  • Mematuhi Akta dan Peraturan: Memastikan semua aktiviti perlombongan mematuhi undang-undang negara, seperti Akta Pembangunan Perlombongan atau peraturan alam sekitar yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).
  • Kelulusan dan Lesen: Menilai, menyemak, dan meluluskan permohonan lesen merancang, lesen melombong, atau pajakan melombong (pajakan galian).
  • Ketelusan Operasi: Memastikan syarikat atau agensi perlombongan melaporkan hasil bumi yang dikeluarkan secara jujur bagi tujuan cukai dan royalti.
ii

Pengurusan Risiko dan Impak Alam Sekitar

  • Penilaian EIA (Environmental Impact Assessment): Meneliti laporan impak alam sekitar sebelum sesuatu projek perlombongan dimulakan.
  • Pemulihan Kawasan Lombong (Rehabilitasi): Memastikan ada pelan dan dana yang mencukupi untuk memulihkan semula tanah bekas lombong selepas operasi tamat.
  • Kawalan Pencemaran: Memantau sistem pelupusan sisa toksik (tailing) agar tidak mencemari sumber air sungai atau bawah tanah berhampiran.
iii

Perancangan Strategik dan Kewangan

  • Pelaburan dan Belanjawan: Menilai daya maju (viability) ekonomi sesuatu tapak lombong sebelum meluluskan peruntukan kewangan yang besar untuk eksploitasi.
  • Teknologi dan Inovasi: Menggalakkan penggunaan teknologi moden yang lebih cekap tenaga dan kurang menghasilkan sisa (green mining).

Laporan / Aktiviti Biro — b. Ahli Jawatankuasa Perlombongan

D) Aktiviti AJK Perlombongan

1

Laporan Status Permohonan Pajakan Melombong – ML (Borang 8A) Bijih Besi di Kampung Machang, Terengganu

i)

Latar Belakang Permohonan: Permohonan Pajakan Melombong (Borang 8A) bagi projek perlombongan bijih besi di Kampung Machang, Terengganu telah dikemukakan kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Terengganu pada 28 Julai 2025, bersama bayaran fi permohonan sebanyak RM500.00.

ii)

Status Kelulusan: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Terengganu Kali Ke-12/2026, yang bersidang pada 15 April 2026 melalui Minit Bil. 532/2026, telah BERSETUJU MELULUSKAN permohonan tersebut.

iii)

Profil Dan Skop Kelulusan:

PerkaraButiran Am Kelulusan Pajakan
Jenis MineralBijih Besi
Kawasan ProjekKampung Machang, Terengganu
Keluasan Kawasan40 Hektar
Tempoh Tenemen (Pajakan)5 Tahun
iv)

Syarat-Syarat Kelulusan Nyata:

  • Pematuhan Alam Sekitar: Projek ini tertakluk di bawah Jadual Kedua, Aktiviti 8(b) Perintah Kualiti Alam Sekeliling, yang memerlukan penyediaan dan kelulusan laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).
  • Kerja Pengukuran Sempadan: Pengukuran sempadan kawasan melombong hendaklah dijalankan oleh Koperasi; segala kos ditanggung sepenuhnya oleh pihak Koperasi.
  • Penyediaan Pelan Ukur: Koperasi dikehendaki mengemukakan lima belas (15) salinan pelan ukur halus yang disediakan dan disahkan oleh Jurukur Berlesen.
v)

Implikasi Kewangan Dan Tempoh Akhir:

  • Fi Kelulusan: RM 35,000.00
  • Tempoh Bayaran: Bayaran penuh hendaklah diselesaikan dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh surat makluman dikeluarkan.
  • Nota Penting: Kegagalan menjelaskan bayaran dalam tempoh tersebut akan menyebabkan kelulusan ini ditarik balik secara automatik.
vi)

Cadangan Tindakan: Bagi memastikan kelulusan ini tidak terbatal, pihak pengurusan mencadangkan agar ALK meluluskan peruntukan segera sebanyak RM35,000.00 untuk bayaran fi kelulusan, pelantikan Jurukur Berlesen bagi kerja sempadan, serta perunding alam sekitar bagi penyediaan laporan EIA.

vii)

Tindakan Susulan: Fi kelulusan sebanyak RM35,000.00 telah diselesaikan oleh operator SMA Mineral Sdn. Bhd. pada 20 April 2026, selaras dengan Perjanjian Usahasama bersama KWPTB bertarikh 5 Disember 2024. Pihak SMA Mineral Sdn. Bhd. turut melantik jurukur berlesen dan menanggung sepenuhnya kos berkaitan.

Laporan / Aktiviti Biro — b. Ahli Jawatankuasa Perlombongan

2

Laporan Status Pembaharuan Lesen Pajakan Melombong Tuan Punya (PML 1/2007) di Mukim Tebak, Kemaman

i)

Latar Belakang & Status Tamat Tempoh:

  • No. Rujukan Pajakan: PML 1/2007
  • Lokasi: Mukim Tebak, Daerah Kemaman
  • Tarikh Tamat Asal: 01 Februari 2023
ii)

Kronologi Permohonan dan Pembiayaan: Permohonan pembaharuan telah dikemukakan kepada PTG Terengganu pada 10 Disember 2024, bersama bayaran Kumpulan Wang Amanah Pemulihan Bersama sebanyak RM25,000.00. Kos tersebut telah ditanggung sepenuhnya oleh SMA Mineral Sdn. Bhd.

iii)

Status Kelulusan Semasa:

PerkaraButiran Kelulusan Pembaharuan Rasmi
Jenis KelulusanLesen Melombong Tuan Punya [(PML-Borang G) Subseksyen 81(10)]
Tarikh Kelulusan PTG24 April 2024
No. Rujukan FailPTG.TR04/18/2006/E/002 PT 4
Tempoh Pembaharuan5 Tahun
Kuat Kuasa LesenBerkuat kuasa secara kebelakang (retrospective) dari 01 Februari 2023 sehingga 31 Januari 2028

Operasi perlombongan di Mukim Tebak kini sah dan aktif di bawah undang-undang sehingga awal tahun 2028. Pihak Koperasi tidak menanggung sebarang kos tunai bagi proses pembaharuan ini.

3

Laporan Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) Bagi Tenemen Mineral PML 1/2007

i)

Permohonan dan Perunding: Permohonan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) telah dikemukakan kepada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Terengganu pada 10 Februari 2026 melalui juruperunding K H Oon Mining Consultancy.

ii)

Status Kelulusan JMG Terengganu & Tempoh Kuat Kuasa:

Butiran Kelulusan TeknisPerincian Rasmi JMG
Nama DokumenSurat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM)
No. Rujukan KelulusanJMG TRG (M) 10/2026/08/(Fe)
No. Tenemen Mineral / LotPML 1/2007 / Lot PT 1067(P)
Tarikh Kelulusan Dikeluarkan29 April 2026
Tempoh Kelulusan / Tarikh Luput1 Tahun (Tamat pada 28 April 2027)
iii)

Syor / Nota Makluman: Kelulusan SKSPM merupakan syarat teknikal utama bagi aktiviti fizikal perlombongan bijih besi. Memandangkan tempoh kelulusan satu (1) tahun sahaja, pihak pengurusan bersama juruperunding perlu memulakan permohonan lanjutan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum 28 April 2027.

Laporan / Aktiviti Biro — b. Ahli Jawatankuasa Perlombongan

4

Laporan Status: Perjanjian Usahasama Perlombongan Bersama SMA Mineral Sdn. Bhd. (Kawasan ML 1/2008 dan PML 1/2007)

i)

Tujuan dan Latar Belakang: Melalui Mesyuarat Khas Perlombongan pada 14 Ogos 2024, pihak ALK telah meluluskan usahasama dengan SMA Mineral Sdn. Bhd. Perjanjian rasmi ditandatangani pada 5 Disember 2024.

ii)

Intipati Dan Terma Utama Perjanjian:

Perkara / Terma Kadar Bayaran Catatan / Status
Bayaran Pendahuluan (Deposit) RM 240,000.00 Telah dibayar sepenuhnya oleh SMA Mineral Sdn. Bhd.
Bayaran Pengurusan RM 20,000.00 / sebulan Bermula bulanan selepas penerimaan Operational Mining Scheme (OMS).
Tribute Bijih Besi (Domestik) RM 10.00 / tan Bagi bijih besi yang dijumpai/diekstrak di dalam kawasan tersebut.
Tribute Bijih Besi (Luar) RM 5.00 / tan Bagi bijih besi yang dibawa masuk dari luar untuk diproses di kawasan tersebut.
5

Laporan Status Kes Mahkamah: Isu Perlombongan Bersama Imbangan Jaya Sdn. Bhd. (IJ)

i)

Penolakan Permohonan Pembatalan Pembelaan (Striking Out): Pada 25 April 2024, Mahkamah menolak permohonan Imbangan Jaya Sdn. Bhd. (IJ) untuk membatalkan Pernyataan Pembelaan koperasi, dengan kos. Koperasi mempunyai pembelaan yang bermerit (triable issues) untuk perbicaraan penuh.

ii)

Status Pengurusan Kes (Case Management): Mahkamah menetapkan 28 Mei 2024 bagi sesi Pengurusan Kes. Koperasi berjaya mempertahankan hak membela diri (kemenangan teknikal awal).

iii)

Perkembangan Terkini Perbicaraan & Saksi/Wakil:

Perkara PerbicaraanButiran & Pelantikan Mahkamah
Tarikh Perbicaraan Baru13, 14, dan 15 September 2026
Saksi / Wakil KoperasiEncik Mohd Farid bin Mohd Fauzi
Encik Ahmad Shukri bin Hassan
Sejarah PenangguhanPenangguhan dua (2) kali — Mac 2026 dan Jun 2026

Pihak pengurusan dan barisan peguam koperasi sedang membuat persiapan rapi menjelang tarikh perbicaraan pada September 2026.

E) Penutup

“Jawatankuasa perlombongan sentiasa komited memanfaatkan hasil bumi secara mampan dan meneroka kawasan baharu demi menjana keuntungan berlipat ganda, sekali gus memperkukuh kewangan koperasi serta ekonomi komuniti.”

Disediakan oleh

En. Mohd Farid Bin Mohd Fauzi

bagi Pihak Jawatankuasa Perlombongan
Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad

Laporan / Aktiviti Biro — c. Ahli Jawatankuasa Perhotelan

Aktiviti perhotelan Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad
Laporan / Aktiviti Biro c. Ahli Jawatankuasa Perhotelan — Tahun 2025 / 2026

A) Ahli Jawatankuasa

i)Azizah binti Adam ~ Ketua
ii)Na’aim bin Mohamad
iii)Mohd Farid bin Mohd Fauzi

B) Peranan Ahli Jawatankuasa Perhotelan

Ahli Jawatankuasa Perhotelan Koperasi dengan ini membentangkan laporan status terkini mengenai pengurusan aset premis penginapan milik koperasi, iaitu Chendering Inn. Sejajar dengan keputusan dan mandat yang diberikan dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi (ALK) sebelum ini, satu pelan kerjasama strategik telah berjaya dimeterai bersama operator baharu. Langkah proaktif ini diambil bertujuan untuk mengoptimumkan pulangan pelaburan serta memastikan pengurusan aset terbabit berjalan dengan lebih cekap dan menguntungkan.

C) Perjanjian Sewaan Bersama Operator Baharu

Pihak koperasi telah mencapai persetujuan untuk menyewakan premis Chendering Inn kepada operator yang telah disenarai pendek dan dikenal pasti. Butiran terperinci mengenai perjanjian sewaan adalah seperti berikut:

Nama Penyewa / Operator Borneo Timur Enterprise
Tempoh Perjanjian Tiga (3) tahun
Tarikh Kuat Kuasa Bermula September 2025
Kadar Sewaan Bulanan RM3,500.00 sebulan

D) Status Penerimaan Bayaran Deposit dan Kewangan

Ingin dimaklumkan bahawa semua bayaran deposit berkaitan pengoperasian ini telah selamat dikreditkan ke dalam Akaun Agrobank milik koperasi. Jumlah keseluruhan dana yang diterima adalah sebanyak RM22,000.00 bagi tahun 2025.

Pecahan dan perincian bayaran adalah seperti jadual di bawah:

Pecahan Bayaran Deposit & Kewangan Tahun 2025

Bil. Perkara / Perincian Bayaran Formula / Pengiraan Jumlah (RM)
1. Deposit Sewaan RM3,500.00 × 4 Bulan 14,000.00
2. Sewa Pendahuluan (Advance) RM3,500.00 × 2 Bulan 7,000.00
3. Deposit Utiliti (Elektrik & Air) Kadar Rata (Flat Rate) 1,000.00
Jumlah Keseluruhan Deposit 22,000.00

Nota: Dengan kadar sewaan RM3,500 sebulan, jumlah hasil pendapatan perhotelan bagi tahun 2026 adalah sebanyak RM42,000.00.

Laporan / Aktiviti Biro — c. Ahli Jawatankuasa Perhotelan

E) Perancangan dan Penggunaan Ruang Tingkat Bawah

Bagi memaksimumkan fungsi dan nilai utiliti bangunan, bahagian bawah premis (Tingkat Bawah) tidak termasuk dalam skop sewaan kepada pihak Borneo Timur Enterprise. Ruang tersebut akan mengekalkan status pengurusan sendiri oleh pihak koperasi bagi tujuan-tujuan strategik berikut:

i)

Pejabat AJK Hartanah dan Pembinaan: Berfungsi sebagai pusat operasi setempat (one-stop centre) bagi urusan jual beli, sewaan, pengurusan, serta pemantauan portfolio aset hartanah dan pembinaan di bawah milikan koperasi.

ii)

Ruang Mesyuarat: Dijadikan sebagai ruang khas yang dilengkapi dengan kemudahan asas bagi menjalankan mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi (ALK), mesyuarat AJK, atau perjumpaan jawatankuasa kerja pada masa hadapan.

F) Struktur Kadar Harga & Jenis Bilik (Cadangan Operator)

Berikut adalah senarai bilik dan struktur kadar harga harian yang ditawarkan di Chendering Inn di bawah pengurusan baharu:

Senarai Bilik & Kadar Harga Harian Chendering Inn

Bil Jenis Bilik (Room Type) Kadar Harga (RM) Kapasiti / Jenis Katil Kemudahan Bersama (Amenities)
1 Standard Single RM70 1 x Single Bed Bilik air peribadi, Penghawa dingin, TV skrin rata, Wi-Fi percuma.
2 Standard Twin RM90 2 x Single Bed Bilik air peribadi, Penghawa dingin, TV skrin rata, Wi-Fi percuma.
3 Standard Double RM100 1 x Queen size bed Bilik air peribadi, Penghawa dingin, TV skrin rata, Wi-Fi percuma.
4 Deluxe Family RM120 1 x Queen + 1 Single Bilik air peribadi, Penghawa dingin, TV skrin rata, Ruang luas (Spacious room).
5 Standard Quad RM140 2 x Queen size bed Bilik air peribadi, Penghawa dingin, TV skrin rata, Tempat letak kenderaan percuma, Wi-Fi percuma.
Suasana Bilik Chendering Inn
Suasana bilik penginapan di Chendering Inn di bawah pengurusan baharu

G) Penutup

Ahli Jawatankuasa Perhotelan melihat penstrukturan semula model perniagaan Chendering Inn ini bukan sekadar satu langkah penyelesaian jangka pendek, sebaliknya merupakan sebuah lubuk potensi yang amat luar biasa untuk menjana pendapatan yang mampan dan menaikkan imej organisasi. Melalui mekanisma sewaan strategik bagi Tingkat 1 dan Tingkat 2 kepada Borneo Timur Enterprise, risiko operasi dapat diminimumkan sementara aliran tunai koperasi terus diperkukuh. Pada masa yang sama, pengekalan hak urus tadbir Tingkat Bawah sebagai Pejabat Hartanah Koperasi dan Ruang Mesyuarat memastikan utiliti aset dioptimumkan sepenuhnya demi kepentingan bersama.

Ahli Jawatankuasa Perhotelan dengan ini menyatakan komitmen yang sepenuhnya dan tidak berbelah bahagi untuk memantau pelaksanaan perjanjian ini ke tahap yang tertinggi. Pendekatan dan fokus utama adalah tekad untuk menyelia portfolio aset ini dengan penuh integriti, memastikan pematuhan terma sewaan secara konsisten, serta menyokong sebarang usaha nilai tambah pada masa hadapan. Keyakinan dan optimisme yang tinggi diletakkan bahawa pelan tindakan ini akan membuahkan hasil yang lumayan dan meletakkan portfolio pelaburan koperasi di landasan yang kukuh dan stabil.

Disediakan oleh

Hajah Azizah binti Adam

bagi Pihak Jawatankuasa Perhotelan
Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad

Laporan / Aktiviti Biro — d. Ahli Jawatankuasa Hartanah & Pembinaan

Aktiviti pembangunan hartanah dan pembinaan KWPTB
Laporan / Aktiviti Biro d. Ahli Jawatankuasa Hartanah & Pembinaan — Tahun 2025 / 2026

A) Ahli Jawatankuasa

i)Mohd Farid bin Mohd Fauzi ~ Ketua
ii)Mohamad bin Abdullah
iii)Raziman bin Ab Rahman

B) Peranan Ahli Jawatankuasa

Jawatankuasa Pembangunan Hartanah dan Pembinaan dirancang untuk merancang, mengawal selia, dan memastikan setiap projek pembangunan atau pembinaan berjalan mengikut jadual, bajet, serta standard kualiti yang ditetapkan.

C) Peranan dan Skop Utama

1

Perancangan Strategik dan Penilaian Daya Maju (Feasibility)

Sebelum sesuatu projek bermula, ahli jawatankuasa bertanggungjawab untuk menilai sama ada projek tersebut berbaloi untuk dilaksanakan atau tidak.

  • Menilai Kajian Kemungkinan (Feasibility Study): Meneliti data pasaran, kos anggaran, dan unjuran keuntungan (ROI) untuk memastikan projek itu menguntungkan.
  • Mengenal Pasti Tapak/Tanah: Menilai kesesuaian lokasi tanah, status undang-undang (zon pertanian/perumahan), dan implikasi geografi sebelum pembelian atau usahasama dibuat.
  • Penyelarasan Pelan Induk (Master Plan): Memastikan konsep pembangunan selari dengan visi jangka panjang organisasi dan permintaan pasaran semasa.
2

Pengurusan Kewangan dan Kelulusan Bajet

Faktor kewangan adalah nadi utama dalam industri pembinaan. Ahli jawatankuasa bertindak sebagai penjaga gawang kewangan projek.

  • Kelulusan Bajet Projek: Meneliti dan meluluskan anggaran kos keseluruhan projek (CAPEX), termasuk kos pra-pembinaan, kos bahan, dan luar jangka.
  • Kawalan Kos: Memantau aliran tunai projek secara berkala untuk mengelakkan lebihan bajet (cost overrun).
  • Penilaian Struktur Pembiayaan: Membantu menentukan kaedah pembiayaan projek, sama ada melalui pinjaman bank, dana dalaman, atau model usahasama (JV).
3

Tadbir Urus, Perolehan (Procurement), dan Lantikan Kontraktor

Jawatankuasa ini memastikan proses pemilihan pihak ketiga dilakukan secara telus dan berintegriti.

  • Proses Tender: Menyelia proses pengeluaran tender, menilai dokumen cadangan, dan memilih perunding serta kontraktor utama yang berkelayakan.
  • Pematuhan Undang-Undang: Memastikan kelulusan PBT seperti Kebenaran Merancang (KM), pelan bangunan, dan EIA diperoleh mengikut undang-undang.
  • Pengurusan Risiko: Mengenal pasti risiko awal dan menyediakan pelan mitigasi.
4

Pemantauan Prestasi Tapak dan Kawalan Kualiti

Semasa fasa pembinaan berjalan, jawatankuasa ini bertindak sebagai badan penyelia peringkat tinggi.

  • Memantau Garis Masa Projek (Timeline): Memastikan kemajuan kerja menepati milestone yang ditetapkan.
  • Memastikan Standard Kualiti & Keselamatan: Menuntut laporan berkala mengenai kualiti binaan dan pematuhan HSE di tapak binaan.
  • Menyelesaikan Pertikaian (Dispute Resolution): Menjadi penengah jika timbul isu besar atau pertikaian kontrak.
5

Penyerahan Projek dan Penilaian Pasca-Projek

Peranan jawatankuasa ini berterusan sehingga projek diserahkan kepada pengguna atau pembeli.

  • Sijil Kelayakan (CCC): Memastikan proses pemeriksaan akhir berjalan lancar bagi mendapatkan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC).
  • Post-Mortem Projek: Melakukan penilaian selepas projek siap bagi penambahbaikan projek masa hadapan.
6

Perancangan Strategik dan Kewangan Tambahan

  • Pelaburan dan Belanjawan: Menilai daya maju ekonomi sesuatu tapak sebelum meluluskan peruntukan kewangan yang besar.
  • Teknologi dan Inovasi: Menggalakkan penggunaan teknologi moden yang lebih cekap tenaga dan mampan.

Laporan / Aktiviti Biro — d. Ahli Jawatankuasa Hartanah & Pembinaan

D) Aktiviti AJK Pembangunan Hartanah dan Pembinaan

1

Projek Pembinaan 4 Unit Banglo di Atas Tanah Sendiri (Koperasi Sebagai Kontraktor Utama)

Status Kewangan Projek Pembinaan 4 Unit Rumah Banglo

Peruntukan modal keseluruhan projek empat (4) unit rumah banglo menggunakan dana akaun AmBank (Ladang) berjumlah RM547,042.00. Ringkasan kutipan bayaran tuntutan (claims):

RM342,350 Tuntutan Diterima
RM570,150 Baki Belum Diterima
RM547,042 Modal Projek
Bil Lokasi Baki Bayaran Tuntutan (RM) Tuntutan (%) Siap (%)
1. Lot 14069 – Kg. Nyior 134,750.00 45% 95%
2. Lot 73063 – Telaga Mas 57,500.00 75% 95%
3. Lot PT 7378 – Alur Gali 152,900.00 45% 70%
4. Lot 136414 – Seri Damai 225,000.00 55%
Jumlah Keseluruhan 570,150.00

Anggaran Keuntungan dan Pulangan Modal

Projek ini dianggarkan menjana keuntungan bersih sebanyak RM44,109.95. Apabila kesemua projek siap, jumlah dana keseluruhan dalam pegangan dianggarkan RM591,151.35, diagihkan seperti berikut:

  • RM547,042.00 dimasukkan semula ke akaun AmBank (Ladang) bagi pemulangan modal asal.
  • RM44,109.35 disimpan di akaun Bank Rakyat (Hartanah) sebagai modal pusingan projek seterusnya.

Status Semasa Akaun Bank & Perbelanjaan Lain

Baki Semasa Akaun Kedudukan baki tunai di akaun Bank Muamalat (Hartanah) berjumlah RM107,100.00.
Tuntutan Kos Pembinaan Lain Sejumlah RM40,499.20 daripada hasil bayaran tuntutan diperuntukkan bagi kos pembinaan satu (1) unit pondok pengawal KWPTB.
Projek pembinaan 4 unit rumah banglo KWPTB
Projek pembinaan 4 unit rumah banglo di atas tanah sendiri — Koperasi sebagai kontraktor utama

Laporan / Aktiviti Biro — d. Ahli Jawatankuasa Hartanah & Pembinaan

2

Projek Usahasama Pembangunan Hartanah (Joint Venture) – 7 Lot Banglo, Mukim Jerung, Daerah Marang, Terengganu

Pengenalan & Latar Belakang

Laporan ini membentangkan cadangan projek usahasama (joint venture) pembangunan tanah lot di Mukim Jerung, Daerah Marang, Terengganu melibatkan 7 lot tanah banglo. Koperasi telah membayar Deposit Pemajuan Hartanah berjumlah RM70,000 (RM10,000 setiap lot) bagi tempoh pemajuan 2 tahun (24 bulan).

Strategi & Kaedah Pembangunan

Dua (2) pilihan kaedah pembangunan dikemukakan untuk pertimbangan:

Kaedah A: Bina dan Jual Rumah Banglo Membina rumah banglo di atas setiap lot dan menjualnya sebagai pakej lengkap (rumah dan tanah).
Kelebihan: Pulangan keuntungan kasar lebih tinggi berdasarkan nilai pasaran semasa.
Kaedah B: Pembangunan Peningkatan Nilai Infrastruktur (Infra Lot) Kerja asas infrastruktur seperti menambun tanah, membina jalan, dan pemasangan perpaipan.
Kelebihan: Modal lebih rendah, pusingan modal lebih cepat, nilai jualan tanah kosong RM110,000/lot.

Implikasi Kewangan & Analisis Kos (Untuk 1 Unit Lot)

Nota: Analisis di bawah adalah unjuran kos dan keuntungan bagi satu (1) unit lot sekiranya memilih Kaedah A (Bina & Jual).

Kos Pembangunan RM Nota
Harga Tanah70,000.001 Lot Banglo
Tambun Tanah10,000.00
Kos Pembinaan (RM145 × 1200 k.p)174,000.00
Kos Pelan (Arkitek & Jurutera)10,000.00
Misc15,000.00
Kos Pembangunan 279,000.00
Nilai Pembangunan (Market Value)380,000.00Market Value
Nilai Pembangunan (Force Sale Value)350,000.00Force Sale Value

Laporan / Aktiviti Biro — d. Ahli Jawatankuasa Hartanah & Pembinaan

2

Projek JV Mukim Jerung (Sambungan)

Unjuran Nilai Pulangan & Keuntungan (1 Lot)

i)

Senario 1: Penjualan Mengikut Nilai Pasaran (Market Value)
Jumlah Nilai Pembangunan: RM380,000
Anggaran Keuntungan Bersih: RM101,000 (RM380,000 − RM279,000)

ii)

Senario 2: Penjualan Mengikut Nilai Jualan Paksaan (Force Sale Value)
Jumlah Nilai Pembangunan: RM350,000
Anggaran Keuntungan Bersih: RM72,200 (RM350,000 − RM279,000)

Perbandingan Strategik Untuk 7 Lot (Keseluruhan)

A

Kaedah A (Bina & Jual — Market Value): Jumlah anggaran keuntungan 7 unit × RM101,000 = RM707,000. Komitmen: modal pusingan pembinaan yang tinggi.

B

Kaedah B (Jual Lot Ber-Infrastruktur): Harga jualan RM110,000/lot; jumlah nilai jualan (7 lot) RM770,000; kos tanah RM490,000; kos infra RM140,000; anggaran keuntungan RM140,000. Komitmen: modal lebih rendah, risiko lebih minima.

Syor & Kesimpulan

Ahli mesyuarat diminta membincangkan, meneliti, dan meluluskan hala tuju projek ini sama ada untuk:

  1. Meneruskan Kaedah A bagi memaksimumkan keuntungan Koperasi melalui pembinaan perumahan; ATAU
  2. Memilih Kaedah B untuk mengurangkan risiko modal dengan menjual lot tanah ber-infra bagi pulangan yang lebih cepat.
3

Cadangan Memecah Sempadan Lot 74171 (GM 12397), Mukim Kuala Dungun kepada 21 Lot Banglo dan Semi-D

Latar Belakang

Koperasi telah menandatangani perjanjian usahasama bersama pemilik tanah bagi pecah sempadan/bahagian tanah di atas Lot 74171 (GM 12397), Mukim Kuala Dungun, Daerah Dungun, Terengganu. Projek ini bertujuan menukarkan status lot tanah asal kepada 21 lot baharu:

  • 20 unit lot Semi-D
  • 1 unit lot Banglo

Implikasi Kewangan & Kos Projek

Segala implikasi kewangan bagi proses memecah sempadan dikendalikan sepenuhnya oleh Koperasi:

  • Kos Keseluruhan Pecah Sempadan termasuk menambun tanah: RM145,000
  • Tanggungan Kos: Ditanggung sepenuhnya oleh Koperasi tanpa kos pendahuluan daripada pemilik tanah, meliputi dokumentasi, pelan, premium/pejabat tanah, dan kos berkaitan.

Kaedah Balasan (Kontra) Kepada Pemaju (Koperasi)

Bil Jenis Aset (Pulangan) Kuantiti (Unit) Anggaran Nilai Pasaran (RM)
1. Lot Semi-D 2 140,000.00
2. Lot Banglo 1 120,000.00
Jumlah Nilai Pasaran (Balasan) 3 260,000.00

Analisis Keuntungan Bersih Koperasi (Unjuran Awal)

RM260,000 Nilai Aset (Balasan)
RM145,000 Kos Pecah Sempadan
RM115,000 Keuntungan Bersih

Faedah Projek Kepada Kedua-Dua Pihak

Kepada Tuan Tanah Dapat memecahkan tanah kepada 21 lot bernilai pasaran individu lebih tinggi tanpa modal pusingan sendiri (RM145,000 diuruskan Koperasi). Tuan tanah memegang baki 18 lot Semi-D sedia untuk dijual atau dibangunkan.
Kepada Koperasi Memperolehi pulangan pelaburan (ROI) menguntungkan dalam bentuk 3 lot strategik (2 Semi-D, 1 Banglo) dengan nilai bersih RM115,000 selepas ditolak kos operasi.

Disediakan oleh

En. Mohd Farid bin Mohd Fauzi

bagi Pihak Jawatankuasa Pembangunan Hartanah dan Pembinaan
Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad

Laporan / Aktiviti Biro — e. Ahli Jawatankuasa Kebajikan

Aktiviti kebajikan Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad
Laporan / Aktiviti Biro e. Ahli Jawatankuasa Kebajikan — Tahun 2025 / 2026

A) Ahli Jawatankuasa

i)Nagib bin Ismail ~ Ketua
ii)Zainal Abidin bin Mohamed
iii)Azizah binti Adam

B) Senarai Tuntutan Kebajikan

Sepanjang tahun 2025, Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad telah menerima beberapa tuntutan bantuan pelajaran anak anggota dan perubatan bagi anggota. Senarai tuntutan tersebut adalah seperti berikut:

1. Senarai Tuntutan Rawatan Perubatan & Wad

Bil No. Anggota Kenyataan Jumlah (RM)
1.A/008Tuntutan dimasukkan ke wad anggota Shamsurey bin Alwi.100.00
2.A/012Tuntutan rawatan perubatan anggota Norizah binti Razak.1,040.00
3.A/014Tuntutan rawatan perubatan anggota Azizah binti Adam.1,014.70
4.A/016Tuntutan rawatan perubatan anggota Siti Nafiah binti Ali.3,000.00
5.A/028Tuntutan rawatan perubatan anggota Mohamad bin Abdullah.1,584.48
6.A/038Tuntutan rawatan perubatan anggota Lim Cheng Cheng.408.20
7.A/108Tuntutan rawatan perubatan anggota Nopiah binti Yaacob.445.00
8.A/114Tuntutan rawatan perubatan anggota Zarina binti Mohammad165.00
9.A/117Tuntutan rawatan perubatan anggota Mohd Fauzi bin Ismail.160.00
10.A/118Tuntutan rawatan perubatan anggota Mansor bin Mohamed106.90
11.A/120Tuntutan rawatan perubatan anggota Zulkifli bin Darus1,491.00
12.A/120Tuntutan rawatan perubatan isteri anggota Zulkifli bin Darus.3,000.00
13.A/130Tuntutan rawatan perubatan anggota Fatima @ Fatma binti Abdullah.83.00
14.A/137Tuntutan rawatan perubatan anggota Zainol @ Zainon binti Abdullah.470.00
15.A/148Tuntutan rawatan perubatan anggota Siti Suhaya binti Hassan.1,724.25
16.A/197Tuntutan rawatan perubatan isteri anggota Yusli bin Yusof.2,300.00
17.A/197Tuntutan dimasukkan ke wad isteri anggota Yusli bin Yusof.20.00
18.A/202Tuntutan rawatan perubatan anggota Muhammad Najmuddin bin Omar279.00
19.A/211Tuntutan rawatan perubatan anggota Siti Mardhiah binti Mohd Zaki.730.00
20.A/218Tuntutan rawatan perubatan anggota Ahmad Shukri bin Hassan.120.00
21.A/244Tuntutan rawatan perubatan anggota Mohd Zaman bin Sulong.2,379.60
22.A/244Tuntutan rawatan perubatan isteri anggota Mohd Zaman bin Sulong.2,116.85
23.A/250Tuntutan rawatan perubatan anggota Kamaruddin bin Ibrahim.737.00
24.A/255Tuntutan rawatan perubatan isteri anggota Othman bin Taib3,000.00
25.A/257Tuntutan rawatan perubatan anggota Munisamy a/l Govindasamy.1,014.80
26.A/260Tuntutan rawatan perubatan isteri anggota Yusoff bin Ibrahim.3,000.00
27.A/260Tuntutan dimasukkan ke wad isteri anggota Yusoff bin Ibrahim.100.00
28.A/265Tuntutan rawatan perubatan anggota Zainal Abidin bin Mohamed.695.50
29.A/265Tuntutan rawatan perubatan isteri anggota Zainal Abidin bin Mohamed.410.00
30.A/278Tuntutan rawatan perubatan anggota M. Zainin bin Hassan.614.40
31.A/286Tuntutan rawatan perubatan anggota Salehuddin bin Jamil.2,000.00
32.A/291Tuntutan rawatan perubatan anggota Mohamad bin Adam.405.42
33.A/292Tuntutan rawatan perubatan anggota Azrul bin Adam.1,101.50
34.A/296Tuntutan rawatan perubatan anggota Ibrahim bin Ali1,040.00
35.A/297Tuntutan rawatan perubatan anggota Wahi Indra bin Ali3,000.00
36.A/297Tuntutan rawatan perubatan isteri anggota Wahi Indra bin Ali.3,000.00
Jumlah Keseluruhan42,856.60

Laporan / Aktiviti Biro — e. Ahli Jawatankuasa Kebajikan

2. Senarai Tuntutan Cermin Mata

Bil No. Anggota Kenyataan Jumlah (RM)
1.A/012Tuntutan cermin mata anggota Norizah binti Razak.700.00
2.A/018Tuntutan cermin mata anggota Mohd Farid bin Mohd Fauzi700.00
3.A/025Tuntutan cermin mata anggota Noraini binti Nawang.700.00
4.A/044Tuntutan cermin mata anggota Azhar bin Sulong.700.00
5.A/045Tuntutan cermin mata anggota Hasnas binti Ismail700.00
6.A/077Tuntutan cermin mata anggota Shamsul Shahar bin Ariffin.700.00
7.A/094Tuntutan cermin mata anggota Hamzah bin Mohamad700.00
8.A/094Tuntutan cermin mata isteri anggota Hamzah bin Mohamad700.00
9.A/099Tuntutan cermin mata Wan Muzita binti Wan Mohamad700.00
10.A/130Tuntutan cermin mata anggota Fatima @ Fatma binti Abdullah.700.00
11.A/137Tuntutan cermin mata anggota Zainol @ Zainon bin Abdullah700.00
12.A/137Tuntutan cermin mata isteri anggota Zainol @ Zainon bin Abdullah700.00
13.A/142Tuntutan cermin mata anggota Salbiah binti Sabli.700.00
14.A/146Tuntutan cermin mata anggota Muhd Shaharin bin Baharuddin.700.00
15.A/146Tuntutan cermin mata isteri anggota Muhd Shaharin bin Baharuddin.700.00
16.A/148Tuntutan cermin mata anggota Siti Suhaya binti Hassan.700.00
17.A/162Tuntutan cermin mata anggota Che Norridza binti T.A Hamid700.00
18.A/202Tuntutan cermin mata anggota Muhammad Najmuddin bin Omar700.00
19.A/202Tuntutan cermin mata isteri anggota Muhammad Najmuddin bin Omar700.00
20.A/218Tuntutan cermin mata anggota Ahmad Shukri bin Hassan.700.00
21.A/229Tuntutan cermin mata anggota Ghazali bin Sulaiman.700.00
22.A/229Tuntutan cermin mata isteri anggota Ghazali bin Sulaiman.700.00
23.A/244Tuntutan cermin mata isteri anggota Mohd Zaman bin Sulong.700.00
24.A/245Tuntutan cermin mata isteri anggota Ganesh a/l Munisamy.700.00
25.A/250Tuntutan cermin mata anggota Kamaruddin bin Ibrahim.402.00
26.A/269Tuntutan cermin mata isteri anggota Mohd Hamizan bin Abd. Hadi.700.00
27.A/281Tuntutan cermin mata anggota Mustaffa bin Abd. Rahman700.00
28.A/282Tuntutan cermin mata anggota Norashikin binti Ismail700.00
29.A/285Tuntutan cermin mata anggota Nagib bin Ismail310.00
30.A/285Tuntutan cermin mata isteri anggota Nagib bin Ismail.700.00
31.A/296Tuntutan cermin mata isteri anggota Ibrahim bin Ali600.00
32.A/299Tuntutan cermin mata anggota Rusohati binti Majid.700.00
Jumlah Keseluruhan21,612.00

Laporan / Aktiviti Biro — e. Ahli Jawatankuasa Kebajikan

3. Senarai Tuntutan Bencana Alam

Bil No. Anggota Kenyataan Jumlah (RM)
1.A/162Tuntutan bencana alam Che Norridza binti T.A Hamid500.00
2.A/292Tuntutan bencana alam Azrul bin Adam.500.00
Jumlah Keseluruhan1,000.00

4. Senarai Tuntutan Dermasiswa Anak Anggota

Bil No. Anggota Kenyataan Jumlah (RM)
1.A/038Dermasiswa anak anggota Lim Cheng Cheng300.00
2.A/038Dermasiswa anak anggota Lim Cheng Cheng300.00
3.A/067Dermasiswa anak anggota Mohd Suffi bin Mohd Som.300.00
4.A/077Dermasiswa anak anggota Shamsul Shahar bin Ariffin.300.00
5.A/081Dermasiswa anak anggota Hanita binti Saharom.300.00
6.A/099Dermasiswa anak anggota Wan Muzita binti Wan Mohamad300.00
7.A/099Dermasiswa anak anggota Wan Muzita binti Wan Mohamad300.00
8.A/120Dermasiswa anak anggota Zulkifli bin Darus300.00
9.A/120Dermasiswa anak anggota Zulkifli bin Darus400.00
10.A/157Dermasiswa anak anggota Suhaimi bin Yaacob400.00
11.A/161Dermasiswa anak anggota Rohayati binti Mohd Yazid300.00
12.A/161Dermasiswa anak anggota Rohayati binti Mohd Yazid400.00
13.A/180Dermasiswa anak anggota Ros Azmi bin Zaidi300.00
14.A/231Dermasiswa anak anggota Salina binti Saaid500.00
15.A/264Dermasiswa anak anggota Rohani binti Abdul Rahman300.00
16.A/269Dermasiswa anak anggota Mohd Hamizn bin Abd. Hadi150.00
17.A/269Dermasiswa anak anggota Mohd Hamizn bin Abd. Hadi150.00
18.A/289Dermasiswa anak anggota Zailan bin Sudin500.00
19.A/295Dermasiswa anak anggota Ahmad Helmi bin Mokhtar300.00
Jumlah Keseluruhan6,100.00

* Bayaran kebajikan ini telah diluluskan oleh Nagib bin Ismail, ketua Jawatankuasa Kebajikan dan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) di dalam mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi.

Laporan / Aktiviti Biro — e. Ahli Jawatankuasa Kebajikan

C) Senarai Tuntutan Khairat Kematian

Bil No. Anggota Kenyataan Jumlah (RM)
1.A/225Anggota Shafie @ Shafee bin Abdul Rahman telah meninggal dunia pada 9 Mei 2025.2,500.00
2.A/237Anggota Lee Kar Kong telah meninggal dunia pada 12 Jun 2025.2,500.00
3.A/261Anggota Shafie bin Abdul Rahman telah meninggal dunia pada 11 Februari 2025.2,500.00
4.A/263Anggota Siti binti Soto telah meninggal dunia pada 22 Mac 2022.2,500.00
Jumlah Keseluruhan10,000.00

* Bayaran khairat kematian ini telah diluluskan oleh Nagib bin Ismail, ketua Jawatankuasa Kebajikan dan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) di dalam mesyuarat Anggota Lembaga Koperasi.

Laporan / Aktiviti Biro — e. Ahli Jawatankuasa Kebajikan

D) Aktiviti-aktiviti Jawatankuasa Kebajikan

1

Sumbangan Awal Ramadhan kepada Kakitangan dan Pekerja Ladang Koperasi

Pada awal Ramadan yang penuh keberkatan ini, KWPTB telah menghulurkan sumbangan kepada kakitangan dan pekerja ladang sebagai tanda penghargaan dan sokongan. Sumbangan ini merupakan salah satu usaha untuk meringankan beban mereka dan menyemarakkan semangat Ramadan di kalangan penerima.

Penyampaian sumbangan ini telah disempurnakan oleh Supervisor, En. Mohd Aminuddin. Keprihatinan KWPTB dan komitmen En. Mohd Aminuddin dalam menjayakan program ini menunjukkan semangat kebersamaan yang tinggi antara majikan dan pekerja. Semoga usaha ini membawa keberkatan kepada semua pihak yang terlibat.

Sumbangan Awal Ramadhan kepada kakitangan dan pekerja ladang koperasi KWPTB
Penyampaian sumbangan Awal Ramadhan kepada kakitangan dan pekerja ladang koperasi oleh Supervisor, En. Mohd Aminuddin
2

Sumbangan Banjir kepada Kakitangan KWPTB

KWPTB telah menghulurkan bantuan kepada kakitangannya yang terjejas akibat banjir. Sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban mereka dalam menghadapi bencana alam ini.

Pihak pengurusan KWPTB turut mengambil langkah proaktif dengan menyediakan sokongan moral dan kewangan kepada kakitangan yang terlibat. Dengan inisiatif ini, diharapkan kakitangan yang terjejas dapat bangkit semula dan meneruskan kehidupan harian mereka dengan lebih baik.

Sumbangan banjir kepada kakitangan KWPTB yang terjejas
Penyampaian sumbangan banjir kepada kakitangan KWPTB yang terjejas akibat bencana banjir

Disediakan oleh

Haji Nagib bin Ismail

bagi Pihak Jawatankuasa Kebajikan
Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad

10. Laporan Audit Dalaman Kali 1 2025/2026

Juruaudit Dalaman Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad

Laporan Audit Dalaman Kali 1 2025/2026

Tarikh 19 Julai 2025
Masa 9.30 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat Pejabat Ladang Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad, Jalan Air Putih, Kemaman, Terengganu
Perkara Laporan Juru Audit Dalaman 1/25
Kehadiran
  • En. Mohammad Danial bin Yusoff
  • En. Wahi Indra bin Ali
  • En. Ahmad Hilmee bin Daud
  • En. Ridzuan bin Mohamad (Pengurus Ladang)
Bil Kategori Penemuan Penambahbaikan
1 Pembentukan Jawatankuasa Juru Audit Dalaman 2025/2026
Pengerusi En. Wahi Indra Bin Ali
Setiausaha En. Ahmad Hilmee Bin Daud
AJK En Mohammad Danial Bin Yusoff
2 Penerangan oleh Pengurus Ladang
815.56 Ha Keluasan Ladang
(+8 ekar baru, dalam proses MPOB)
114.23h Tidak boleh ditanam sawit (14%)
Bukit berbatu & lombong
Operasi Ladang
  • KWPTB (Koperasi) — 487.48h (59.8%)
  • Sandemas — 213.85h (26.2%)
  • Jumlah ditanam sawit — 701.33h (86%)
Pekerja
16 Pekerja Tempatan
37 Pekerja Asing
Kenderaan
Hilux 2 JCB 1 Traktor 6 Trailer (punggah sawit) 7
Bangunan
  • 4 unit semi D — Rumah Pekerja ladang
  • 1 Unit Semi D — Rumah Pekerja pejabat
  • Pejabat, Surau, Bengkel — 1 unit setiap satu
  • Stor Baja & Stor Racun — 1 unit setiap satu
Waste Store 1 Parking Motorsikal 2 Rumah Timbang 1 Ramp (BTS) 1 Pondok Pengawal 1
Cadang mengkaji kebolehgunaan kawasan yang tidak digunakan untuk aktiviti lain bagi memaksimakan produktiviti gunatanah.
3 ESTATE HIRARC (Hazard Identification, Risk Assessment, and Risk Control)

Tarikh semakan terkini pada 1 Jan 2025. Minimum semakan sekali setahun atau apabila perlu jika terdapat perubahan proses.

Proses / Lokasi Semakan
Bengkel Kenderaan/Jentera Membaja Meracun Penuaian BTS
Skala 4–8 Tiada risiko skala tinggi (12–15). Keseluruhan risiko berskala rendah dan sederhana.
4 Lawatan Operasi Ladang

Meninjau aktiviti kutipan buah (BTS).

Pekerja ladang dan buah sawit KWPTB
5 i) Temubual Pekerja Ladang bernama Helaluddin
Tiada aduan. Layanan majikan kepada pekerja adalah baik.
ii) Melawat Pusat Pengumpulan Buah - RAMP
Tapak punggahan BTS bersimen yang baru telah dibuat. Pintu RAMP yang patah telah dibaiki.
Pusat pengumpulan RAMP KWPTB
6 i) Rumah Timbang (Weight Bridge)
! Sijil Perakuan akan tamat tempoh pada 12.8.2025. Proses pembaharuan dalam proses.
Rumah Timbang (Weight Bridge)
ii) Alat Pemadam api
Sijil Perakuan BOMBA untuk 13 unit Alat Pemadam Api telah diperbaharui dan sah sehingga 16.7.2026.
iii) Pondok Pengawal
i Terdapat kawasan tanaman sawit baru seluas 8 ekar di lokasi sebelum Pondok Pengawal. Namun kedudukan pondok pengawal masih di lokasi lama.
Dicadangkan lokasi Pondok Pengawal dipindahkan ke lokasi di pintu masuk kawasan tanah yang baru diperolehi atas faktor keselamatan.
7 Semakan Lejar Tunai Bulan Mei dan Julai 2025
Geo Solution Resources
RM 26,433.00
29.5.2025 DTF20250529003524 AMBANK
Tujuan: Perunding Lombong.
Dokumen Perjanjian / Kontrak tiada di Pejabat untuk semakan dan pengesahan. Semua dokumen berkaitan urusniaga KWPTB mesti tersedia di Pejabat. Sistem pengurusan Rekod dan Dokumen perlu diwujudkan.
NOZFA TRADING
RM 25,512.71
14.7.2025 DTF20250714003831 AMBANK
Tujuan: Aktiviti Pembersihan Parit dan Saliran.
Kejuruteraan ANG TAK
RM 850.00
10.7.2025 DTF20250710003372 AMBANK
Tujuan: Alat Ganti Case/Jengkaut
Disediakan oleh
Tandatangan Ahmad Hilmee bin Daud
En. Ahmad Hilmee bin Daud
Setiausaha JAD
Jawatankuasa Audit Dalaman
Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad
Disahkan oleh
Tandatangan Wahi Indra bin Ali
En. Wahi Indra bin Ali
Pengerusi JAD
Jawatankuasa Audit Dalaman
Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad
Ahli Jawatankuasa
Tandatangan Mohammad Danial bin Yusoff
En. Mohammad Danial bin Yusoff
AJK JAD
Jawatankuasa Audit Dalaman
Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad

11. Laporan Audit Dalaman Kali 2 2025/2026

Juruaudit Dalaman Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad

Laporan Audit Dalaman Kali 2 2025/2026

Tarikh 15hb November 2025
Masa 9.30 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat Pejabat Ladang Koperasi Warisan Polis Terengganu Bhd, Jalan Air Putih, Kemaman, Terengganu
Perkara Laporan Aliran Tunai Dan Operasi KWPTB
Kehadiran
  • En Mohammad Danial Bin Yusoff
  • En. Wahi Indra Bin Ali
  • En. Ahmad Hilmee Bin Daud
Bil Kategori Penemuan Penambahbaikan
1

Aliran Tunai
MFI PROPERTIES

Bayaran dibuat
No Ruj
Ogos
7.8.2025 10,000.00 No 3442
14.8.2025 7,000.00 No 3448
20.8.2025 7,000.00 No 3454
25.8.2025 17,000.00 No 3457
September
7.9.2025 10,000.00 No 3462
11.9.2025 25,000.00 No 3470
25.9.2025 15,000.00 No 3488
Oktober
2.10.2025 10,000.00 No 3496
Laporan pendapatan hotel dan perbincangan biro hartanah KWPTB
9.10.2025 10,000.00 No 3556
Keratan minit mesyuarat yang diserlahkan KWPTB

Merujuk kepada Minit Mesyuarat ALK KWPTB kali Ke 2 2025-2026 bertarikh 11hb Sep 2025 perkara 6.ii

Dalam tempoh 3 bulan dari lejar Aliran Tunai terdapat banyak aliran tunai keluar kepada MFI PROPERTIES tetapi tiada aliran masuk dari MFI PROPERTIES kepada akaun KWPTB

Merujuk kepada Minit Mesyuarat ALK KWPTB kali Ke 2 2025-2026 bertarikh 11hb Sep 2025

Didapati perkara 5.4 bertajuk Biro Hartanah (projek Perumahan Koperasi :

i - Perumahan 1 Rugi RM700.00

ii - Pengerusi telah mengarahkan agar berhenti menyalurkan modal projek perumahan kepada MFI PROPERTIES, namun didapati masih terdapat aliran tunai keluar kepada MFI PROPERTIES pada Oktober 2025.

2 Hotel Bajet Chendering Inn

Operator baru hotel bajet telah memulakan operasi pada 24hb Julai 2025 tetapi Kontrak Usahasama di antara KWPTB dengan Operator baru belum ditandatangani.

Sepatutnya semua aktiviti Hotel dimulakan setelah semua kontrak ditandatangani

3 Laman Web KWPTB
! Maklumat peribadi dan data anggota (no ahli, Nama penuh dan Alamat rumah) boleh diakses secara bebas oleh orang awam tanpa sekatan. Risiko kepada salah guna maklumat anggota oleh pihak luar atau scammer.

Perlu diwujudkan tapisan keselamatan seperti ID dan Kata Laluan

Disediakan oleh
Tandatangan Ahmad Hilmee bin Daud
En. Ahmad Hilmee bin Daud
Setiausaha JAD
Jawatankuasa Audit Dalaman
Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad
Disahkan oleh
Tandatangan Wahi Indra bin Ali
En. Wahi Indra bin Ali
Pengerusi JAD
Jawatankuasa Audit Dalaman
Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad
Ahli Jawatankuasa
Tandatangan Mohammad Danial bin Yusoff
En. Mohammad Danial bin Yusoff
AJK JAD
Jawatankuasa Audit Dalaman
Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad

12. Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2025

Jika paparan PDF tidak muncul, sila buka fail PDF dalam tab baharu atau muat turun untuk dibaca.

13. Anggaran Pendapatan dan Perbelanjaan 2027

ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad · 2027
Perkara Butiran (RM) Jumlah (RM)
Pendapatan
Jualan buah sawit(8,495 tan metrik x RM 800.00 / tan metrik) 6,796,000.00
Tambah : Lain-lain Pendapatan
1. Projek Hartanah330,000.00
2. Projek Lombong720,000.00
3. Hibah Bank25,000.00
4. Sandemas672,000.00
5. Hotel Cendering Inn42,000.00
6. Faedah Simpanan Tetap80,000.00
Jumlah 1,869,000.00 1,869,000.00
Tolak : Kos Langsung Pengeluaran
1. Bahan Baja1,666,500.00
2. Bahan Racun158,600.00
3. Upah Tuai buah594,650.00
4. Kos Pengangkutan buah48,600.00
5. Upah Selenggara ladang1,135,400.00
6. Kos Pengangkutan ladang294,840.00
Jumlah Kos Langsung 3,898,590.00
Tolak : Kos Tidak Langsung
1. Peralatan / perkakasan20,000.00
2. Pengairan / perparitan60,000.00
3. Selenggara jalan / titi80,000.00
4. Sempadan / pemagaran10,000.00
5. Selenggara mesin / jentera60,000.00
6. Selenggara RAMP / timbang10,000.00
Jumlah Kos Tidak Langsung 240,000.00
Jumlah Keseluruhan Kos 4,138,590.00
Untung / (Rugi) Kasar Koperasi 4,526,410.00
Tolak : Perbelanjaan
1. Gaji, elaun & saguhati457,000.00
2. KWSP219,000.00
3. Perkeso47,000.00
4. Perubatan kakitangan6,000.00
5. Pakaian seragam pengawal2,000.00
6. Kursus & latihan kakitangan4,000.00
7. Elaun ALK222,000.00
8. HRD9,000.00
9. Elaun JAD8,000.00
10. Perbelanjaan MAT60,000.00
11. Elaun kehadiran MAT160,000.00
12. Utiliti50,000.00
13. Derma dan sumbangan5,000.00
14. Kebajikan pekerja25,000.00
15. Cukai pintu & tanah32,000.00
16. Lesen dan pendaftaran2,000.00
17. Fi peguam10,000.00
18. Insurans dan cukai jalan12,000.00
19. Insuran perlindungan bangunan20,000.00
20. Levi, permit / insurans pekerja asing57,000.00
21. Yuran Juru Audit Luar / konsultan10,000.00
22. MSPO25,000.00
23. Caj Bank1,000.00
24. Selenggara landskap3,000.00
25. Selenggara air & letrik5,000.00
26. Selenggara kenderaan (4x4)15,000.00
27. Saguhati pekerja67,000.00
28. Alat tulis5,000.00
29. Keraian10,000.00
30. Selenggara bangunan ladang10,000.00
31. Levi Kastam339,800.00
32. Penyelidikan & pembangunan (R&D)200,000.00
33. Ansuran kenderaan57,600.00
34. Ansuran pinjaman tanaman baharu170,400.00
Jumlah Perbelanjaan 2,325,800.00
Untung Bersih 2,200,610.00

14. Had Keterhutangan & Pelaburan

MENENTUKAN HAD MAKSIMUM KETERHUTANGAN (PINJAMAN LUAR)
Sebanyak RM 17 Juta
Bil Butiran Jumlah (RM)
1 Menyediakan prasarana dan keperluan untuk menceburi bidang penternakan, perikanan dan pertanian 2,500,000.00
2 Membeli kenderaan dan jentera untuk kegunaan pengurusan ladang dan pengurusan koperasi 1,000,000.00
3 Mengadakan projek perumahan 3,000,000.00
4 Mengusahakan perniagaan stesen minyak 5,500,000.00
5 Mengusahakan perniagaan pasaraya 3,000,000.00
6 Membeli hartanah 2,000,000.00
Jumlah 17,000,000.00
MENENTUKAN HAD MAKSIMUM RUANG LINGKUP PELABURAN SEBANYAK RM 1 JUTA

15. Usul Lembaga & Usul Anggota

USUL LEMBAGA
3 usul untuk kelulusan mesyuarat
  1. Cadangan membayar dividen sebanyak 40 % ATAU 35 % dibayar secara tunai dan 5 % ditambah ke dalam saham anggota namun perkara ini tertakluk kepada kelulusan SKM.
  2. Penambahan Saham Anggota daripada RM13,578.40 kepada maksima RM18,000.00.
  3. Pindaan Buku Aturan Kebajikan untuk menambah baik syarat tuntutan Aturan Kebajikan.

Pindaan Buku Aturan Kebajikan

Bil Perkara Semasa Cadangan Catitan
1 Penyakit Kritikal dan Pemeriksaan Kesihatan Anggota sahaja (RM3,000) sekali setahun Anggota dan pasangan RM6,000 sekali setahunMuka Surat 15
2 Bantuan Buat Cermin Mata Anggota serta pasangan (RM700) setiap orang Anggota dan pasangan RM1,400.00 setiap 3 tahunMuka Surat 20
3 Tuntutan Perubatan Anggota serta pasangan (RM3,000) setiap orang. Perlu amanah dalam membuat tuntutan. Anggota dan pasangan. Perlu disertakan surat sokongan doktor jika ada dan nyatakan ubat serta penyakit yang dihadapi. Ubat supplement tidak dibenarkan. RM6,000 bagi anggota dan pasanganMuka Surat 11
Bagi Perkara 1, 2 & 3: tuntutan boleh dibuat bagi anggota dan pasangan, atau anggota sahaja, atau pasangan sahaja dengan jumlah yang diberi sekali setahun.
4 Di Aturan Tabung Deramasasiswa ditambah satu lagi kategori iaitu sumbangan kewangan kepada anggota setahun sekali untuk aktiviti pengajian (keagamaan / kursus / membeli buku dan peralatan). Cadangan sumbangan daripada RM500 kepada RM1,000 (untuk elak cukai LHDN). Muka Surat 35
5 Dicadangkan agar KWPTB memikirkan untuk melantik panel doktor setiap tempat agar tuntutan kebajikan dapat dikawal dengan lebih baik. Muka Surat 10

Cadangan Pindaan / Tambahan pada Undang-Undang Kecil (UUK) KWPTB

Usul mengenai hibah disarankan dimasukkan dalam UUK untuk memberi peluang anggota yang masih hidup menggantikan keanggotaannya kepada anak/waris atau orang yang dipilih mengambil alih keanggotaannya.

Usul – Usul Anggota

Bil Cadangan / Usul Disokong Oleh Usul Jawapan / Maklum Balas ALK
1. (A/025) Noraini binti Nawang
  1. Mesyuarat diadakan pada hari Sabtu. Adil untuk ahli dari negeri kumpulan A dan B. Segala bayaran adalah online ke akaun ahli tidak lagi menggunakan cek tidak timbul isu bank tutup pada sabtu.
  2. Menentukan tempat MAT secara undian dan mengikut persetujuan majoriti.

Perkara ini akan dibincangkan oleh ALK di dalam Mesyuarat Agung.

2. (A/198) Ahmad Zahafiz bin Hearuddin

Meningkatkan lagi perniagaan perhotelan memandangkan ia adalah cabang perniagaan bagi KWPTB seperti :

  • Menaiktaraf papan tanda hotel kepada pencahayaan papan tanda kerana didapati pada sebelah malam suasana agak suram.
  • Memperhebatkan lagi promosi hotel kerana Negeri Terengganu terkenal dengan negeri pelancongan contohnya pada musim cuti atau ada acara besar di Terengganu.
  • Mengadakan perkhidmatan bot seperti :
    1. Trip 10 orang menaiki bot melalui sungai dan jambatan angkat Terengganu.
    2. Pakej berbuka puasa di atas bot
    3. Trip hantar ke pulau.
  • Membuka cawangan hotel atau homestay bagi mengembangkan lagi perniagaan KWPTB.

Cadangan ini akan diteliti oleh ALK.

3. (A/218) Ahmad Shukri bin Hassan

Koperasi hendaklah membenarkan anggota membuat pengeluaran model syer Anggota Koperasi ini sebanyak 80 peratus bagi anggota yang memohon membuat pengeluaran dan anggota yang memerlukan bantuan kewangan.

Seseorang anggota hendaklah melanggan sebanyak RM 2,500 syer sebagai sumbangan minimum menurut fasa (1) Undang-undang Kecil 59.

4. (A/231) Salina binti Saaid

Cadangan saya agar lokasi mesyuarat yang akan datang dibuat secara berselang seli dan bukan setiap tahun perlu tempat yang berlainan. Cth: tahun 2026 di Kelantan, tahun 2027 kembali ke Terengganu, tahun 2028 mungkin ke Johor dan tahun 2029 kembali ke Terengganu dan seterusnya.

Perkara ini akan dibincangkan oleh ALK.

5. (A/244) Mohd Zaman bin Sulong
  1. Mohon biro Jawatankuasa Pembangunan Hartanah dan Pembinaan memberi perkembangan terkini projek perumahan Lot PT 14069 dan PT 73063 seperti berikut :
    1. Harga kos rumah
    2. Kos projek
    3. Keuntungan bersih
  2. Bila pihak koperasi akan membuat bayaran pada Anggota Koperasi setiap bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam ucapan Pengerusi pada MAT kali ke 45 di Melaka.

“Di sini saya juga bercadang memperuntukkan sejumlah RM 500,000.00 lagi untuk disalurkan kepada semua anggota bagi tahun 2025/2026 dan diberikan kepada anggota setiap bulan. Jumlah dan mekanisme akan dibuat dan akan dilaksanakan secepat mungkin setelah mendapat persetujuan dari anggota semua dan juga bergantung kepada kedudukan kewangan.”

  1. Biro Jawatankuasa Pembangunan akan memberi penerangan mengenai perkara ini kepada anggota di dalam MAT.
  2. Untuk mengelakkan cukai (LHDN) yang tinggi, koperasi mencadangkan dividen 40% atau 35% + 5% tambahan ke saham anggota. Anggota dibenarkan membuat pilihan pada MAT ke 46 nanti.
6. (A/269) Mohd Hamizan bin Hadi

Cadangan pemberian dividen pada MAT kali ini diselaraskan dengan penggenapan saham ahli daripada RM 13,578.40 seorang kepada RM 15,000.00 seorang.

Cadangan ini akan dibincangkan oleh ALK.

16. Etika Mesyuarat Agung

ETIKA MESYUARAT AGUNG Peraturan 1–6 daripada 16
1

Perhimpunan

Anggota-anggota koperasi hendaklah berhimpun di suatu tempat pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan seperti mana dalam notis mesyuarat.

2

Bahasa Rasmi

Bahasa Rasmi bagi mesyuarat hendaklah Bahasa Malaysia. Walau bagaimanapun, bahasa-bahasa lain dibenarkan mengikut kesesuaian.

3

Pengerusi Mesyuarat

Pengerusi mesyuarat hendaklah sebagaimana ditetapkan oleh undang-undang kecil.

4

Agenda Mesyuarat

Agenda mesyuarat hendaklah sebagaimana dinyatakan dalam Notis Mesyuarat.

5

Kuorum

Kuorum hendaklah sebagaimana ditetapkan oleh undang-undang kecil dan Peraturan-Peraturan Koperasi.

6

Minit Mesyuarat Agung Yang Lalu

Minit Mesyuarat Agung yang lalu akan diedarkan dan dibentang untuk pengesahan. Selain daripada pembetulan minit, perbincangan ke atasnya tidak dibenarkan. Hanya selepas pengesahan dibuat, anggota-anggota boleh bertanya sekadar mendapat penjelasan sahaja. Perbahasan terhadapnya tidak dibenarkan.

Etika Mesyuarat Agung — Peraturan 7–11

7

Setiausaha Mesyuarat

Setiausaha atau orang yang diarahkannya hendaklah mencatat perjalanan mesyuarat. Minit Mesyuarat hendaklah disiapkan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh Mesyuarat Agung diadakan.

8

Hak-hak Anggota

Anggota-anggota yang layak hadir dalam mesyuarat mempunyai hak untuk bercakap, menyuarakan pendapat, pandangan, cadangan dan mengundi atas sesuatu perkara yang dibincangkan dalam agenda mesyuarat.

9

Laporan Tahunan

a)

Laporan Tahunan yang mengandungi Laporan Lembaga dan Penyata Kewangan Teraudit akan dibentangkan untuk dibincangkan setelah minit mesyuarat agung yang lalu disahkan. Penerimaannya hendaklah di bawah syor “Telah diterima dan diluluskan”.

b)

Laporan Tahunan hendaklah diberi keutamaan daripada perkara lain. Sesuatu syor boleh dibuat terhadap mana-mana perkara dalam laporan tersebut dan ia hendaklah dibuat dengan persetujuan Pengerusi Mesyuarat.

10

Tertib Bercakap

a)

Anggota yang ingin bercakap hendaklah bangun dan apabila diberi keizinan oleh Pengerusi, beliau hendaklah berdiri dan mengajukan ucapannya kepada Pengerusi Mesyuarat.

b)

Apabila lebih daripada seorang anggota bangun untuk bercakap, anggota yang terdahulu hendaklah diberi keutamaan untuk bercakap. Walau bagaimanapun, keputusan terletak kepada Pengerusi Mesyuarat Agung.

c)

Anggota tidak boleh bercakap lebih daripada sekali di atas sebarang usul atau pindaan yang sama kecuali (sebagai pembawa usul atau pindaan kepada usul itu) untuk menjawab. Sekiranya ada pindaan dibuat ke atas usul asal, anggota berkenaan boleh bercakap sekali lagi terhadap pindaan yang dibuat itu.

d)

Seseorang anggota tidak boleh mengganggu anggota lain yang sedang bercakap, kecuali:

  1. Jika hendak membuat teguran berkenaan perkara tertib mesyuarat, ketika itu anggota yang sedang bercakap hendaklah menarik perhatian kepada perkara yang hendak disampaikan untuk pengetahuan mesyuarat dan diserahkan kepada Pengerusi Mesyuarat untuk memutuskannya; atau
  2. Jika hendak menerangkan apa-apa perkara yang disampaikan oleh anggota yang bercakap itu dalam ucapannya dengan syarat anggota yang sedang bercakap itu mahu memberi laluan dan anggota yang hendak mencelah itu diberi izin oleh Pengerusi Mesyuarat.
  3. Jika seseorang anggota mengganggu seorang anggota lain yang sedang bercakap semasa mesyuarat sedang berjalan atau menggunakan bahasa kasar atau biadab dan ingkar mematuhi arahan Pengerusi Mesyuarat apabila diminta menjaga tertib mesyuarat, namanya akan dicatat oleh Pengerusi Mesyuarat. Ia akan diminta meninggalkan bilik mesyuarat dan tidak akan dibenarkan masuk selagi ia tidak meminta maaf yang memuaskan dan diterima oleh Pengerusi Mesyuarat.
  4. Jika Pengerusi Mesyuarat memberi arahan untuk bertenang, atau apa-apa arahan yang ada kaitan dengan mesyuarat, anggota yang sedang bercakap hendaklah kembali duduk dan anggota lain tidak dibenarkan bercakap sehingga Pengerusi Mesyuarat memberi kebenaran untuk meneruskan perbincangan.
11

Had Masa Bercakap

Pembawa usul atau pindaan tidak dibenarkan bercakap lebih daripada lima minit. Anggota yang membicarakan usul selepas itu tidak dibenarkan melebihi tiga (3) minit, kecuali jika dibenarkan masa tambahan oleh Pengerusi Mesyuarat. Tambahan masa yang diberi hendaklah tidak melebihi dua (2) minit.

Etika Mesyuarat Agung — Peraturan 12–16

12

Isi-isi Ucapan

a)

Anggota hendaklah mengehadkan percakapan kepada perkara yang dibincangkan sahaja, dan tidak boleh mengeluarkan apa-apa yang tidak ada kaitan dengan perkara yang dibincangkan itu.

b)

Perkara-perkara yang dalam pertimbangan atau perbicaraan mahkamah tidak boleh dibincang.

c)

Perkara-perkara yang telah diputuskan oleh mesyuarat tidak boleh dipertimbangkan semula kecuali dengan adanya usul tersendiri bagi membatalkan keputusan mesyuarat berkenaan dengan perkara itu.

d)

Seseorang anggota tidak boleh menggunakan bahasa kasar atau biadab dan tidak boleh mengeluarkan sangkaan buruk terhadap orang lain.

e)

Nama, kelakuan dan sifat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau nama DYMM Raja-Raja Melayu atau TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak tidak boleh digunakan bagi mempengaruhi mesyuarat.

f)

Seseorang anggota yang bercakap tidak boleh menggunakan:

  1. Perkataan-perkataan derhaka kepada negeri.
  2. Perkataan-perkataan yang membangkitkan perasaan melawan terhadap kerajaan yang memerintah.
  3. Perkataan-perkataan yang menaikkan perasaan sakit hati dan permusuhan antara kaum dan agama di Malaysia.
g)

Jika pada pendapat Pengerusi, bahawa apa-apa usul atau pindaan atau perbahasan yang akan dijalankan atas usul atau pindaan itu tujuannya melanggar peraturan ini, maka Pengerusi boleh menolak usul atau pindaan berkenaan itu, atau memberhentikan perbahasan itu dan memerintahkan supaya usul atau pindaan berkenaan itu tidak dibahaskan lagi.

13

Menutup Ucapan / Perbahasan

Setelah sesuatu usul dikemukakan kepada mesyuarat, seorang anggota boleh mencadangkan usul itu diputuskan. Jika pada pendapat Pengerusi, usul itu tidak bercanggah dengan mana-mana peraturan, maka usul itu boleh dikemukakan untuk diputuskan dengan tidak boleh dipinda atau dibincang walaupun pembawa usul asal atau pindaan tidak berpeluang menjawab.

14

Usul (Motion)

a)

Sebarang cadangan pertama di dalam satu perkara itu akan dikenali sebagai usul asal dan semua cadangan mengenai perkara yang sama dikenali sebagai pindaan.

b)

Tiap-tiap usul atau pindaan-pindaan kepadanya hendaklah ada pencadang dan penyokongnya dan hendaklah dibentangkan secara bertulis.

c)

Tiap-tiap usul yang hendak dimasukkan ke dalam agenda hendaklah dihantar secara bertulis kepada Setiausaha koperasi sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum mesyuarat agung diadakan.

d)

Seseorang anggota yang ingin menarik balik atau mengubah atau meminda isi-isi sesuatu usul yang dibuat olehnya boleh berbuat demikian dengan memberitahu secara bertulis berkenaannya kepada Setiausaha sebelum tarikh mesyuarat agung. Walau bagaimanapun, disyaratkan pindaan itu pada pendapat Pengerusi tidak mengubah asas atau tujuan yang terkandung dalam usul asal itu.

e)

Apabila sesuatu usul itu ditarik balik selepas ianya dimasukkan dalam agenda Mesyuarat Agung, Pengerusi, apabila tiba masanya, mengisytiharkan dalam mesyuarat agung bahawa usul tersebut telah ditarik balik dan tidak boleh dibahas lagi.

15

Cadangan dan Sokongan

a)

Sesuatu usul atau pindaan tidak boleh dibincangkan atau dibahas sehingga ia mendapat sokongan. Jika tiada sokongan, usul atau pindaan itu gugur dengan sendirinya.

b)

Seseorang anggota tidak boleh mencadang atau menyokong lebih daripada sekali bagi sesuatu usul. Pencadang atau penyokong sesuatu usul atau pindaan usul tidak boleh mengemukakan (mencadang) atau menyokong pindaan lain kepada usul tersebut.

16

Pindaan

Jika sebarang pindaan dikemukakan dan disokong terhadap sesuatu usul, pindaan selanjutnya tidak boleh dibuat sehingga pindaan terdahulu itu dibatalkan. Apabila pindaan kepada usul tersebut diisytiharkan, usul yang dipinda menjadi usul asal, yang mana pindaan-pindaan selanjutnya boleh dikemukakan tertakluk kepada 16 etika ini.

17. Perancangan Masa Hadapan

PERANCANGAN MASA HADAPAN

Bagi memajukan dan meningkatkan prestasi koperasi supaya sentiasa berdaya maju dan meningkatkan pendapatan serta memberi lebih banyak kemudahan, faedah dan manfaat kepada Anggota Koperasi, KWPTB perlu melebarkan sayap dengan menceburi dalam beberapa sektor terpilih seperti:

  1. Mengusahakan perniagaan barang-barang pembinaan.
  2. Mengusahakan perniagaan stesen minyak.
  3. Mengusahakan perniagaan peruncitan.

Laporan Perkembangan Projek Perumahan Koperasi

Untuk KWPTB mencapai matlamat perancangan ini sudah tentu tahap pengurusan dan pentadbiran KWPTB mesti bersedia dan ditingkatkan dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan perkembangan perniagaan.

18. Penghargaan

PENGHARGAAN

Kami bagi pihak semua Anggota Lembaga Koperasi ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak sama ada terlibat secara langsung atau tidak langsung terutamanya kepada semua penyumbang yang Budiman, pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Terengganu, Juru Audit Luar, Jawatankuasa Audit Dalaman, bekas Anggota Lembaga Koperasi, pengurusan ladang, kakitangan Koperasi, semua Anggota Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad dan orang perseorangan yang memberi cadangan dan khidmat nasihat demi kebaikan dan kemajuan Koperasi kita.

Sekian, terima kasih.

Suhaimi bin Yaacob
Pengerusi
Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad
Na’aim bin Mohamad
Setiausaha
Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad

Penyumbang & Rakan Strategik — MAT Kali Ke-46

  • Sandemas Trading Sdn. Bhd.
  • East Coast Fertilizer Sdn. Bhd.
  • Segala Juta Sdn. Bhd.
  • MSR Growth Sdn. Bhd.
  • Teknoganik Hijau Sdn. Bhd.
  • Nozfa Trading
  • Agrobank Pasir Puteh & Kubang Kerian
  • Co-op Bank Pertama Cawangan Kuala Terengganu dan Kubang Kerian
  • H-Elite Design Hotel