Mengenai KWPTB
Latar Belakang
Pengenalan
Matlamat
Matlamat Koperasi ini ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi.
Fungsi Koperasi ini ialah pertanian. Bagi mencapai matlamat dan fungsi, Koperasi boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan menjalankan aktiviti berikut ;
- Menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan pertanian, perhutanan dan perlombongan termasuk perladangan, penternakan, perikanan, pembalakan dan kuari
- Menjalankan aktiviti kepenggunaan dalam membekal dan memasarkan barangan keperluan harian kepada Anggota dan bukan Anggota
- Menjalankan aktiviti memproses, mengeluar, mengilang, membungkus, memasar dan memperdagangkan barangan berasas pertanian dan bukan pertanian;
- Menjalankan kerja kerja kontrak penyelenggaraan, pembekalan dan pembinaan
- Menjalankan aktiviti berkaitan perkhidmatan dalam bidang pelancongan, pengangkutan, insuran, pusat servis, penerbitan, percetakan, teknologi maklumat dan telekomunikasi
- Menjalankan aktiviti pembangunan hartanah bagi tujuan perumahan dan perindustrian
- Menjalankan aktiviti kebajikan dan pendidikan anggota
- Membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih
- Melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 akta
- Mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya dan menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi lain
- menjalankan aktiviti perhotelan dan penginapan termasuk rumah sewa dan homestay
Sejarah
Pemulaan Koperasi
Sedang dikemaskini.
Pemangkin Utama
Lembaga Pengarah

Haji Na'aim bin Mohammad
Setiusaha

Haji Mohamad bin Abdullah
Bendahari
Visi
Bertekad Untuk Kekal Menjadikan KWPTB Koperasi Yang Telah Berjaya Dalam Bidang Pertanian Disamping Bidang Lain Yang Boleh Menjadikan Penyumbang Kepada Kejayaan KWPTB Dimasa Hadapan
Falsafah
Amanah dan berintegriti dalam memastikan keuntungan yang diperolehi untuk tujuan kepada anggota
Misi
- Menjadikan KWPTB Supaya Kompetitif, Berdaya Tahan, Progresif Dan Berintergriti.
- Melibatkan KWPTB Dalam Pelbagai Sektor Ekonomi.
- Memastikan Keuntungan Yang Diperolehi Nanti Akan Diberi Keutamaan Kepada Semua Anggota.
- Dengan Rujukan Dan Garis Panduan Undang-Undang Kecil KWPTB Yang Perlu Dipatuhi.






