PELABURAN DAN PERKHIDMATAN

Perladangan

Perladangan

Pengurusan Koperasi telah menguruskan perladangan Kelapa Sawit secara berperingkat

Laporan Jawatankuasa Perladangan | KWPTB
Laporan / Aktiviti Biro a. Ahli Jawatankuasa Perladangan — Tahun 2025 / 2026

A) Ahli Jawatankuasa

  • i)Suhaimi bin Yaacob ~ Pengerusi
  • ii)Ahmad Shukri bin Hassan
  • iii)Mohamad bin Abdullah
  • iv)Zainal Abidin bin Mohamed
  • v)Raziman bin Ab Rahman

B) Kawasan Ladang Koperasi

Kawasan ladang Koperasi dibahagikan kepada empat (4) fasa iaitu:

Fasa Keluasan Tahun Tanam
Fasa 1260.29 hektar2012
Fasa 2227.19 hektar2013
Fasa 3156.35 hektar2018
Fasa 457.50 hektar2019

C) Keluaran BTS Bagi Tahun 2024 & 2025

Bulan 2024 2025
Met/Ton Jumlah (RM) RM/Ton Met/Ton Jumlah (RM) RM/Ton
Jan515.53378,276.59733.76577.45551,468.19955.01
Feb309.93244,556.41789.07349.25343,254.81982.83
Mac310.15263,215.38848.67416.67414,711.18995.30
April327.84282,702.30862.32501.69454,525.39905.99
Mei431.29339,054.46786.14437.89356,402.75813.91
Jun545.94446,016.73816.97404.06327,104.04809.54
Julai734.70593,877.29808.33402.99345,636.66857.68
Ogos827.63657,589.21794.54520.29475,446.63913.81
Sept881.02721,302.03818.71678.58631,184.15930.15
Okt815.73736,685.15903.10908.18844,984.82930.42
Nov458.31482,846.971,053.54951.61808,684.84849.81
Dis601.18632,119.571,051.461,121.87918,326.54818.57
Jumlah 6,759.255,778,242.09 7,270.536,471,730.00

D) Perbandingan Keluaran BTB 2024 & 2025

E) Aktiviti-aktiviti Jawatankuasa Perladangan

1

Lawatan Muhibah ke Koperasi Ladang Berhad di Mersing, Johor

4 Jun 2025 Mersing, Johor

Pada 4 Jun 2025, KWPTB telah mengadakan lawatan muhibah ke Koperasi Ladang Berhad di Mersing, Johor. Koperasi Ladang Berhad merupakan antara koperasi terbaik di Malaysia dan telah diiktiraf sebagai koperasi nombor lima terbaik bagi tahun 2024. Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi pengalaman berkaitan pengurusan ladang terbaik, teknologi perladangan serta peluang kerjasama yang boleh dimanfaatkan bagi kepentingan kedua-dua koperasi.

Lawatan ini melibatkan Ahli Jawatankuasa Perladangan KWPTB iaitu En. Mohd Farid bin Mohd Fauzi, En. Raziman bin Haji Ab Rahman, En. Ahmad Shukri bin Hassan dan Haji Zainal Abidin bin Mohamed. Turut hadir bersama ialah Pengurus Ladang serta dua (2) orang Pegawai Ladang.

Lawatan Muhibah ke Koperasi Ladang Berhad, Mersing
Lawatan muhibah Ahli Jawatankuasa Perladangan KWPTB ke Koperasi Ladang Berhad, Mersing, Johor pada 4 Jun 2025

Hasil Lawatan

Hasil daripada lawatan tersebut, pihak ladang KWPTB telah melaksanakan pembinaan dan penyelenggaraan sebanyak 188 unit silt pit di beberapa kawasan strategik ladang. Pembinaan silt pit ini bertujuan untuk:

  • Mengurangkan hakisan tanah
  • Mengawal aliran air permukaan
  • Meningkatkan kadar resapan air ke dalam tanah
  • Membantu mengekalkan kelembapan tanah

Langkah ini turut membantu menjaga kesuburan tanah, mengurangkan kerosakan jalan ladang serta menyokong amalan perladangan yang lebih lestari dan mesra alam.

Pembinaan Silt Pit di Ladang KWPTB
Pembinaan dan penyelenggaraan 188 unit silt pit di kawasan strategik ladang KWPTB hasil daripada lawatan penanda aras ke Koperasi Ladang Berhad

Cadangan Projek Sistem Pengairan Pam Solar

Salah satu projek yang sedang dipertimbangkan oleh KWPTB adalah pembangunan sistem pengairan ladang menggunakan pam solar. Sistem ini melibatkan pengepaman air menggunakan tenaga solar ke tangki simpanan utama yang dibina di kawasan paling tinggi dalam ladang sebelum air disalurkan secara graviti ke kawasan tanaman kelapa sawit. Pelaksanaan projek ini bertujuan memastikan pokok kelapa sawit menerima bekalan air yang mencukupi terutama ketika musim panas atau tempoh kurang hujan.

Bekalan air yang stabil dijangka dapat membantu meningkatkan kesuburan pokok, mengurangkan tekanan cuaca terhadap tanaman serta meningkatkan penghasilan Buah Tandan Segar (BTS). Selain itu, penggunaan tenaga solar juga membantu mengurangkan kos operasi jangka panjang, menjimatkan penggunaan bahan api serta menyokong amalan perladangan yang lebih lestari dan mesra alam.

Cadangan Sistem Pengairan Pam Solar
Rujukan sistem pengairan ladang menggunakan pam solar di Koperasi Ladang Berhad, Mersing — cadangan projek yang sedang dipertimbangkan oleh KWPTB

KWPTB telah menerima dua (2) sebut harga daripada kontraktor berikut:

  1. Koperasi Ladang Berhad
  2. Sima Resources Sdn. Bhd.

Walau bagaimanapun, Ahli Lembaga Koperasi (ALK) KWPTB masih dalam peringkat pertimbangan dan kajian terperinci sebelum projek ini dilaksanakan.

2

Program Penyuburan Tanah Bersama Syarikat Teknoganik Hijau Sdn Bhd dan MSR Growth Sdn Bhd

21 Jun 2025 Melaka September 2025 – 2026

Mesyuarat dan lawatan pertama telah diadakan di kilang baja Power Grow di Melaka pada 21 Jun 2025. Hasil daripada beberapa siri mesyuarat Jawatankuasa Perladangan dan Ahli Lembaga Koperasi (ALK), KWPTB bersetuju melaksanakan program penyuburan tanah bagi blok-blok yang mencatatkan hasil pengeluaran rendah.

Program ini melibatkan pembajaan foliar sebanyak tiga (3) kali semburan PowerGRO 720 dan satu (1) kali semburan Power Absorb 720 dalam tempoh 90 hari. Program ini bertujuan untuk:

  • Meningkatkan prestasi pokok sawit
  • Meningkatkan daya serapan nutrien
  • Memperbaiki kesuburan tanah
  • Meningkatkan penghasilan Buah Tandan Segar (BTS)

Program ini melibatkan dua (2) syarikat pembekal utama seperti berikut:

Technoganik Hijau Sdn. Bhd. Produk: Power Grow, Power Absorb dan Baja PowerGRO
MSR Growth Sdn. Bhd. Produk: Pro BioMax

Program dimulakan pada bulan September 2025 di beberapa blok ladang KWPTB yang dikenal pasti mempunyai tahap produktiviti rendah iaitu Blok 1F, 2C dan 2G.

Pelaksanaan Fasa 1

Program Fasa 1 melibatkan kawasan seluas 100.24 hektar (247.69 ekar) seperti berikut:

Keluasan
100.24 ha
247.69 ekar
Blok Terlibat
3
1F, 2C & 2G

Senarai Blok — Fasa 1

Bil Blok Keluasan (Hektar) Keluasan (Ekar)
1Blok 2C38.85 ha95.98 ekar
2Blok 1F46.10 ha113.94 ekar
3Blok 2G15.29 ha37.77 ekar
Jumlah100.24 ha247.69 ekar

Pegawai penyelia bagi setiap blok adalah seperti berikut:

Blok 1F
ALK
En. Raziman bin Haji Ab Rahman
Pegawai
En. Ridzuan bin Mohamad
Blok 2G
ALK
En. Mohd Farid bin Mohd Fauzi
Pegawai
En. Mohd Aswadi bin Razak
Blok 2C
ALK
Haji Zainal Abidin bin Mohamed
Pegawai
En. Mat Rosnin bin Said

Pelaksanaan Fasa 2

Selepas Program Fasa 1 menunjukkan peningkatan hasil yang memberangsangkan, KWPTB telah memulakan Program Fasa 2 bermula Januari 2026 dengan penambahan beberapa blok baharu iaitu 1D, 1E, 2A, 2B, 2D, 2E dan 2F. Program tambahan ini melibatkan kawasan seluas 261.55 hektar (646.30 ekar) seperti berikut:

Keluasan
261.55 ha
646.30 ekar
Blok Terlibat
7
1D, 1E, 2A, 2B, 2D, 2E & 2F

Senarai Blok — Fasa 2

Bil Blok Keluasan (Hektar) Keluasan (Ekar)
1Blok 1D40.98 ha101.26 ekar
2Blok 1E47.53 ha117.45 ekar
3Blok 2A19.01 ha46.98 ekar
4Blok 2B31.36 ha77.49 ekar
5Blok 2D30.96 ha76.50 ekar
6Blok 2E44.76 ha110.60 ekar
7Blok 2F46.95 ha116.02 ekar
Jumlah261.55 ha646.30 ekar
Pelaksanaan Program Penyuburan Tanah Fasa 2
Pelaksanaan Program Penyuburan Tanah Fasa 2 di ladang KWPTB melibatkan 7 blok tambahan dengan keluasan 261.55 hektar bermula Januari 2026
3

Operasi Ladang KWPTB Bakal Lebih Rancak Dengan Penambahan Aset Lori & Traktor Baharu

Terengganu Januari 2026

TERENGGANU – Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad (KWPTB) terus mengorak langkah ke hadapan dalam memperkasakan sektor perladangannya dengan kemasukan aset jentera baharu.

Pihak pengurusan dengan sukacitanya mengumumkan penerimaan sebuah lori dan traktor baharu yang akan digunakan sepenuhnya untuk kegunaan di ladang sawit milik koperasi.

Pembelian aset-aset ini dilihat sebagai satu keperluan mendesak dan strategik bagi menampung aktiviti ladang yang semakin rancak, terutamanya selepas kejayaan koperasi mencatatkan hasil kutipan yang memberangsangkan pada tahun lalu.

Dengan adanya jentera moden ini, proses pengangkutan buah, penyelenggaraan jalan, serta kerja-kerja penjagaan ladang dapat dijalankan dengan lebih efisien dan pantas. Ini secara langsung dapat meminimumkan masalah logistik dan memastikan buah sawit dapat dihantar ke kilang dalam keadaan segar dan tepat pada waktunya.

Pihak Koperasi optimis bahawa pelaburan terhadap jentera ini akan memberi pulangan yang berbaloi (ROI) melalui peningkatan produktiviti dan penjimatan kos operasi jangka panjang.

Lori baharu Isuzu Elf milik KWPTB untuk operasi ladang sawit
Penambahan aset lori baharu milik KWPTB untuk menyokong operasi ladang sawit yang lebih efisien

Marilah kita sama-sama mendoakan agar dengan kehadiran aset baharu ini, hasil ladang KWPTB akan terus bertambah melimpah ruah. Semoga usaha kita ini sentiasa dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT.

Insya-Allah, semoga terus maju jaya.

4

Lawatan dan Sesi Perbincangan Bersama Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Berhad (KPFB)

9 April 2026 Kuala Lumpur

Satu lawatan dan sesi perbincangan telah diadakan pada 9 April 2026 bersama Pengerusi dan Ahli Lembaga Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Berhad (KPFB) di Kuala Lumpur. Tujuan utama pertemuan ini adalah bagi membincangkan peluang kerjasama strategik yang boleh dimanfaatkan bersama antara KWPTB dan KPFB, khususnya dalam bidang pelaburan, perniagaan dan pembangunan ekonomi koperasi. KPFB merupakan koperasi premier bagi tahun 2025 dan mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan serta pembangunan sektor koperasi.

Sesi Perbincangan Bersama KPFB
Sesi perbincangan bersama Pengerusi dan Ahli Lembaga Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Berhad (KPFB) di Kuala Lumpur pada 9 April 2026

Hasil Perbincangan

Hasil daripada perjumpaan tersebut, pihak KPFB telah mengemukakan satu cadangan (proposal) berkaitan pembelian Buah Tandan Segar (FFB) dengan tawaran harga dan bentuk kerjasama yang dilihat berpotensi memberi kelebihan serta meningkatkan pendapatan kepada KWPTB.

Status Semasa: Pengerusi dan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) akan mengadakan perbincangan lanjut bagi meneliti cadangan tersebut secara terperinci sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan selepas Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-46. Selain itu, kedua-dua pihak turut membuka ruang kepada kemungkinan kerjasama lain yang dilihat berpotensi dan mampu memberi manfaat kepada KWPTB, khususnya dalam bidang perniagaan, pelaburan dan pembangunan ekonomi koperasi pada masa akan datang.

Disediakan oleh

En. Raziman bin Ab Rahman

bagi Pihak Jawatankuasa Perladangan
Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad

Laporan Jawatankuasa

Laporan Jawatankuasa Perladangan

KOPERASI WARISAN POLIS TERENGGANU BERHAD (KWPTB)
TAHUN 2025/2026

Ahli Jawatankuasa Perladangan 2025/2026

  • 1 EN MOHD FARID BIN MOHD FAUZI
  • 2 EN AHMAD SHUKRI BIN HASSAN
  • 3 HAJI ZAINAL ABIDIN BIN MOHAMED
  • 4 EN RAZIMAN BIN HJ AB RAHMAN

Peranan Ahli Jawatankuasa Perladangan

Ahli Jawatankuasa Perladangan bertanggungjawab membantu koperasi dalam memastikan pengurusan dan operasi ladang dilaksanakan secara cekap, sistematik dan berkesan bagi mencapai sasaran pengeluaran serta keuntungan yang ditetapkan. Selain itu, jawatankuasa turut merancang dan memantau pelaksanaan aktiviti-aktiviti pembangunan ladang, peningkatan produktiviti serta usaha memperkasakan prestasi kakitangan dan pekerja ladang.

Aktiviti-aktiviti Jawatankuasa Perladangan

1

Lawatan Muhibah ke Koperasi Ladang Berhad di Mersing, Johor

4 Jun 2025 Mersing, Johor

Pada 4 Jun 2025, KWPTB telah mengadakan lawatan muhibah ke Koperasi Ladang Berhad di Mersing, Johor. Koperasi Ladang Berhad merupakan antara koperasi terbaik di Malaysia dan telah diiktiraf sebagai koperasi nombor lima terbaik bagi tahun 2024. Tujuan lawatan ini adalah untuk berkongsi pengalaman berkaitan pengurusan ladang terbaik, teknologi perladangan serta peluang kerjasama yang boleh dimanfaatkan bagi kepentingan kedua-dua koperasi.

Lawatan ini melibatkan Ahli Jawatankuasa Perladangan KWPTB iaitu En. Mohd Farid bin Mohd Fauzi, En. Raziman bin Haji Ab Rahman, En. Ahmad Shukri bin Hassan dan Haji Zainal Abidin bin Mohamed. Turut hadir bersama ialah Pengurus Ladang serta dua (2) orang Pegawai Ladang.

Lawatan Muhibah ke Koperasi Ladang Berhad, Mersing
Lawatan muhibah Ahli Jawatankuasa Perladangan KWPTB ke Koperasi Ladang Berhad, Mersing, Johor pada 4 Jun 2025

Hasil Lawatan

Hasil daripada lawatan tersebut, pihak ladang KWPTB telah melaksanakan pembinaan dan penyelenggaraan sebanyak 188 unit silt pit di beberapa kawasan strategik ladang. Pembinaan silt pit ini bertujuan untuk:

  • Mengurangkan hakisan tanah;
  • Mengawal aliran air permukaan;
  • Meningkatkan kadar resapan air ke dalam tanah; dan
  • Membantu mengekalkan kelembapan tanah.

Langkah ini turut membantu menjaga kesuburan tanah, mengurangkan kerosakan jalan ladang serta menyokong amalan perladangan yang lebih lestari dan mesra alam.

Pembinaan Silt Pit di Ladang KWPTB
Pembinaan dan penyelenggaraan 188 unit silt pit di kawasan strategik ladang KWPTB hasil daripada lawatan penanda aras ke Koperasi Ladang Berhad

Cadangan Projek Sistem Pengairan Pam Solar

Salah satu projek yang sedang dipertimbangkan oleh KWPTB adalah pembangunan sistem pengairan ladang menggunakan pam solar. Sistem ini melibatkan pengepaman air menggunakan tenaga solar ke tangki simpanan utama yang dibina di kawasan paling tinggi dalam ladang sebelum air disalurkan secara graviti ke kawasan tanaman kelapa sawit. Pelaksanaan projek ini bertujuan memastikan pokok kelapa sawit menerima bekalan air yang mencukupi terutama ketika musim panas atau tempoh kurang hujan.

Bekalan air yang stabil dijangka dapat membantu meningkatkan kesuburan pokok, mengurangkan tekanan cuaca terhadap tanaman serta meningkatkan penghasilan Buah Tandan Segar (BTS). Selain itu, penggunaan tenaga solar juga membantu mengurangkan kos operasi jangka panjang, menjimatkan penggunaan bahan api serta menyokong amalan perladangan yang lebih lestari dan mesra alam.

Cadangan Sistem Pengairan Pam Solar
Rujukan sistem pengairan ladang menggunakan pam solar di Koperasi Ladang Berhad, Mersing — cadangan projek yang sedang dipertimbangkan oleh KWPTB

KWPTB telah menerima dua (2) sebut harga daripada kontraktor berikut:

  1. Koperasi Ladang Berhad
  2. Sima Resources Sdn. Bhd.

Walau bagaimanapun, Ahli Lembaga Koperasi (ALK) KWPTB masih dalam peringkat pertimbangan dan kajian terperinci sebelum projek ini dilaksanakan.

2

Program Penyuburan Tanah Bersama Syarikat Teknoganik Hijau Sdn Bhd dan MSR Growth Sdn Bhd

21 Jun 2025 Melaka September 2025 – 2026

Mesyuarat dan lawatan pertama telah diadakan di kilang baja Power Grow di Melaka pada 21 Jun 2025. Hasil daripada beberapa siri mesyuarat Jawatankuasa Perladangan dan Ahli Lembaga Koperasi (ALK), KWPTB bersetuju melaksanakan program penyuburan tanah bagi blok-blok yang mencatatkan hasil pengeluaran rendah.

Program ini melibatkan pembajaan foliar sebanyak tiga (3) kali semburan PowerGRO 720 dan satu (1) kali semburan Power Absorb 720 dalam tempoh 90 hari. Program ini bertujuan untuk:

  • Meningkatkan prestasi pokok sawit;
  • Meningkatkan daya serapan nutrien;
  • Memperbaiki kesuburan tanah; dan
  • Meningkatkan penghasilan Buah Tandan Segar (BTS).

Program ini melibatkan dua (2) syarikat pembekal utama seperti berikut:

Technoganik Hijau Sdn. Bhd. Produk: Power Grow, Power Absorb dan Baja PowerGRO
MSR Growth Sdn. Bhd. Produk: Pro BioMax

Program dimulakan pada bulan September 2025 di beberapa blok ladang KWPTB yang dikenal pasti mempunyai tahap produktiviti rendah iaitu Blok 1F, 2C dan 2G.

Pelaksanaan Fasa 1

Program Fasa 1 melibatkan kawasan seluas 100.24 hektar (247.69 ekar) seperti berikut:

Keluasan
100.24 ha
247.69 ekar
Blok Terlibat
3
1F, 2C & 2G

Senarai Blok — Fasa 1

Bil Blok Keluasan (Hektar) Keluasan (Ekar)
1 Blok 2C 38.85 ha 95.98 ekar
2 Blok 1F 46.10 ha 113.94 ekar
3 Blok 2G 15.29 ha 37.77 ekar
Jumlah 100.24 ha 247.69 ekar

Pegawai penyelia bagi setiap blok adalah seperti berikut:

Blok 1F
ALK
En. Raziman bin Haji Ab Rahman
Pegawai
En. Ridzuan bin Mohamad
Blok 2G
ALK
En. Mohd Farid bin Mohd Fauzi
Pegawai
En. Mohd Aswadi bin Razak
Blok 2C
ALK
Haji Zainal Abidin bin Mohamed
Pegawai
En. Mat Rosnin bin Said

Pelaksanaan Fasa 2

Selepas Program Fasa 1 menunjukkan peningkatan hasil yang memberangsangkan, KWPTB telah memulakan Program Fasa 2 bermula Januari 2026 dengan penambahan beberapa blok baharu iaitu 1D, 1E, 2A, 2B, 2D, 2E dan 2F. Program tambahan ini melibatkan kawasan seluas 261.55 hektar (646.30 ekar) seperti berikut:

Keluasan
261.55 ha
646.30 ekar
Blok Terlibat
7
1D, 1E, 2A, 2B, 2D, 2E & 2F

Senarai Blok — Fasa 2

Bil Blok Keluasan (Hektar) Keluasan (Ekar)
1 Blok 1D 40.98 ha 101.26 ekar
2 Blok 1E 47.53 ha 117.45 ekar
3 Blok 2A 19.01 ha 46.98 ekar
4 Blok 2B 31.36 ha 77.49 ekar
5 Blok 2D 30.96 ha 76.50 ekar
6 Blok 2E 44.76 ha 110.60 ekar
7 Blok 2F 46.95 ha 116.02 ekar
Jumlah 261.55 ha 646.30 ekar
Pelaksanaan Program Penyuburan Tanah Fasa 2
Pelaksanaan Program Penyuburan Tanah Fasa 2 di ladang KWPTB melibatkan 7 blok tambahan dengan keluasan 261.55 hektar bermula Januari 2026
3

Lawatan dan Sesi Perbincangan Bersama Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Berhad (KPFB)

9 April 2026 Kuala Lumpur

Satu lawatan dan sesi perbincangan telah diadakan pada 9 April 2026 bersama Pengerusi dan Ahli Lembaga Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Berhad (KPFB) di Kuala Lumpur. Tujuan utama pertemuan ini adalah bagi membincangkan peluang kerjasama strategik yang boleh dimanfaatkan bersama antara KWPTB dan KPFB, khususnya dalam bidang pelaburan, perniagaan dan pembangunan ekonomi koperasi. KPFB merupakan koperasi premier bagi tahun 2025 dan mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan serta pembangunan sektor koperasi.

Sesi Perbincangan Bersama KPFB
Sesi perbincangan bersama Pengerusi dan Ahli Lembaga Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Berhad (KPFB) di Kuala Lumpur pada 9 April 2026

Hasil Perbincangan

Hasil daripada perjumpaan tersebut, pihak KPFB telah mengemukakan satu cadangan (proposal) berkaitan pembelian Buah Tandan Segar (FFB) dengan tawaran harga dan bentuk kerjasama yang dilihat berpotensi memberi kelebihan serta meningkatkan pendapatan kepada KWPTB.

Status Semasa: Pengerusi dan Ahli Lembaga Koperasi (ALK) akan mengadakan perbincangan lanjut bagi meneliti cadangan tersebut secara terperinci sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan selepas Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-46. Selain itu, kedua-dua pihak turut membuka ruang kepada kemungkinan kerjasama lain yang dilihat berpotensi dan mampu memberi manfaat kepada KWPTB, khususnya dalam bidang perniagaan, pelaburan dan pembangunan ekonomi koperasi pada masa akan datang.

4

Perbincangan Berkaitan Peluang Usahasama Bersama RISDA Estates Sdn Bhd

19 Mei 2026 Kuala Lumpur

Satu sesi perbincangan telah diadakan pada 19 Mei 2026 di Pejabat Ketua Pegawai Operasi RISDA Estates Sdn Bhd di Kuala Lumpur bagi membincangkan peluang kerjasama strategik antara syarikat tersebut dan Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad. Antara perkara yang dibincangkan adalah potensi kerjasama dalam pengurusan dan pengusahaan ladang milik RISDA, khususnya ladang-ladang yang berada di negeri Terengganu secara kontrak.

Skop kerjasama yang dicadangkan termasuk:

  • Pembekalan tenaga kerja;
  • Perkhidmatan penyelenggaraan ladang; dan
  • Perkhidmatan berkaitan pengurusan perladangan.

Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan perbincangan lanjut pada masa akan datang bagi meneliti secara lebih mendalam skop perkhidmatan, bentuk kerjasama serta potensi manfaat yang boleh diperoleh bersama.

Penutup

Jawatankuasa Perladangan KWPTB sentiasa komited dalam memastikan pengurusan ladang dilaksanakan secara lebih sistematik, produktif dan berdaya maju. Pelbagai usaha telah dilaksanakan termasuk lawatan penanda aras, program peningkatan kesuburan tanah, cadangan penggunaan teknologi hijau serta penerokaan peluang kerjasama strategik bersama koperasi dan syarikat berkaitan perladangan. Diharapkan segala perancangan dan usaha yang dilaksanakan ini dapat meningkatkan hasil pengeluaran ladang, memperkukuhkan kedudukan kewangan koperasi serta memberi manfaat jangka panjang kepada seluruh anggota KWPTB.

Disediakan oleh

En. Raziman bin Haji Ab Rahman

bagi Pihak Jawatankuasa Perladangan
Koperasi Warisan Polis Terengganu Berhad