Mengenai KWPTB

Ucapan Pengerusi

Assalamualaikum kepada semua anggota Koperasi Warisan Polis Terengganu Bhd. yang saya hormati.

Assalamualaikum kepada semua anggota Koperasi Warisan Polis Terengganu Bhd. yang saya hormati. Bagi pihak Koperasi, rasanya belum terlambat lagi mengucapkan selamat berpuasa dan beribadah di bulan yang penuh dengan Barakah ini. Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah AWT yang telah memberi Rahmat dan rezeki kepada koperasi kita dan sebagaimana yang dijanjikan, sumbangan tabung pengajian sejumlah RM1,000.00 telah diberikan kepada anggota pada akhir bulan Februari 2025 

Disini saya ingin mengambil kesempatan untuk memaklumkan secara ringkas keadaan koperasi yang terlibat di dalam sector perladangan, perlombongan dan hartanah seperti mana yang telah diusahakan oleh koperasi kita. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T pada awal tahun 2025 ini, iaitu bulan Januari dan Februari kita telah mendapat keuntungan sejumlah lebih kurang RM400,000.00. Kami anggota ALK sedang bersungguh-sungguh berusaha bagi memastikan hasil pendapatan kita akan bertambah dan MOHON juga dari semua anggota mendoakan supaya kita terus berjaya dan mendapat keuntungan yang bertambah Insya-Allah. Dengan bertambahnya hasil ini serta keuntungan yang ada dapatlah nanti kita akan memberi pulangan keuntungan ini kepada anggota-anggota kita dalam bentuk DIVIDEN dan BONUS Insya-Allaah. 

Untuk makluman anggota, buat masakini terdapat syarikat swasta sedang menjalankan operasi bagi mengenalpasti jika masih terdapat lagi mineral atau apa jua hasil bumi di sekitar lombong kita TANPA mengganggu kawasan ladang kita dan sekiranya berjaya maka pendapatan kita akan meningkat dan akan dirasai oleh semua anggota.

Di samping itu juga, bagi meningkatkan pendapatan, koperasi telah menjalankan aktiviti baru iaitu hartanah dan pembinaan. Buat masa ini 2 projek (Bina Rumah Atas Tanah Sendiri) sedang berjalan di daerah Dungun, Terengganu. Peringkat kesiapan projek adalah sekitar 75% dan 55%. 2 projek lagi akan menyusul kemudian iaitu di Derah Marang, Terengganu dan Daerah Kuantan, Pahang. Anggaran kos keseluruhan projek adalah sekitar RM 800,000. Untuk makluman, bagi anggota yang berminat dan ingin menggunakan khidmat bina rumah dengan koperasi amatlah dialu-alukan. REBET Istimewa menanti anda. Anggota juga boleh lawati laman web koperasi untuk maklumat lebih lanjut.

Pada tahun ini, pihak koperasi juga bercadang untuk mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan di luar Terengganu iaitu di Melaka Bandaraya Bersejarah.  

Sekian wassalam dan selamat beribadat PUASA serta SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA dengan yang tersayang. Kesempatan ini juga kepada anggota-anggota yg berjaya terpilih untuk menjadi TETAMU ALLAH bagi pihak koperasi ingin mengucapkan semoga dikurniakan oleh Allah kesihatan yg baik dari hari ini hingga kembali nanti dan mendapat UMRAH DAN HAJI YG MABROR.  Insya-Allaah Aamiin

Haji Suhaimi Bin Yaacob
Haji Suhaimi bin Yaacob
Pengerusi Koperasi Warisan Polis Terengganu berhad